Sukan Institusi Pendidikan Tinggi

Directions Website Contact the business

Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Sukan Instutusi Pengajian Tinggi (SUKIPT)
https://sukipt.com.my/
Malim, Perak.

Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama 4 Majlis Sukan iaitu Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (MASISWA), Majlis Sukan Politeknik (MSP) dan Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM). SUKIPT buat julung kali telah diadakan pada 28 Oktober hingga 11 November 2012 bertempat di Sekitar Lembah Klang. Penganjuran SUKIPT Edisi ke-5 2022 ini antara lainnya adalah bertujuan untuk meneruskan kesinambungan SUKIPT yang telah dianjurkan sebanyak tiga kali dalam memberi satu ruang yang lebih luas kepada atlet IPT untuk bertanding dalam satu kejohanan sukan yang kompetitif dan terbuka. SUKIPT edisi ke-5 2022 ini akan diadakan pada 15 hingga 23 Ogos 2022 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg.

Tahniah Universiti Putra Malaysia (UPM) atas kejayaan dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan SUKIPT 2026! ๐Ÿฅ‡๐Ÿ”ฅSetinggi-tingg...
17/09/2026

Tahniah Universiti Putra Malaysia (UPM) atas kejayaan dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan SUKIPT 2026! ๐Ÿฅ‡๐Ÿ”ฅ

Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh kontinjen UPM atas komitmen, semangat juang dan usaha luar biasa sepanjang kejohanan. Setiap perjuangan, pengorbanan dan kejayaan yang dilakar menjadi bukti kekuatan sebuah kontinjen yang bersatu.

35 ๐Ÿฅ‡ 20 ๐Ÿฅˆ15 ๐Ÿฅ‰

Syabas UPM! Terus mencipta Legasi Juara!

๐Ÿฅˆ TEMPAT KEDUA KESELURUHAN SUKIPT 2026Tahniah Universiti Teknologi MARA (UiTM) atas pencapaian cemerlang sebagai Naib Ju...
17/09/2026

๐Ÿฅˆ TEMPAT KEDUA KESELURUHAN SUKIPT 2026

Tahniah Universiti Teknologi MARA (UiTM) atas pencapaian cemerlang sebagai Naib Juara Keseluruhan SUKIPT 2026! ๐Ÿ†๐Ÿ”ฅ

Satu pencapaian yang membanggakan hasil semangat juang, kerja keras dan kesungguhan seluruh kontinjen UiTM dengan kutipan 29 Pingat Emas, 21 Pingat Perak & 32 Pingat Gangsa.

๐Ÿฅ‰ TEMPAT KETIGA KESELURUHAN SUKIPT 2026Tahniah Universiti Malaya (UM) atas pencapaian membanggakan dengan kutipan 28 pin...
17/09/2026

๐Ÿฅ‰ TEMPAT KETIGA KESELURUHAN SUKIPT 2026

Tahniah Universiti Malaya (UM) atas pencapaian membanggakan dengan kutipan 28 pingat emas, 18 perak dan 17 gangsa! ๐Ÿ†

Terus mencipta legasi, terus mengukir kecemerlangan. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Tahniah diucapkan kepada Darren James Nair a/l Rodney James dari HELP University yang dinobatkan sebagai Olahragawan SUK...
15/09/2026

Tahniah diucapkan kepada Darren James Nair a/l Rodney James dari HELP University yang dinobatkan sebagai Olahragawan SUKIPT 2026 selepas meraih tiga pingat emas serta mencipta tiga rekod kejohanan dalam acara 10,000 meter, 5,000 meter dan 3,000 meter lari berhalangan.

Satu pencapaian yang mencerminkan semangat โ€œMencipta Legasi Juaraโ€.

Tahniah Syahida Asyiqin Rusli dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atas kejayaan dinobatkan sebagai Olahragawa...
15/09/2026

Tahniah Syahida Asyiqin Rusli dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atas kejayaan dinobatkan sebagai Olahragawati SUKIPT 2026. ๐Ÿ†

Beliau mencipta Rekod Kebangsaan baharu dalam acara Kayak TK1 200 Meter Wanita dengan catatan 56.30 saat, mengatasi rekod terdahulu 57.29 saat. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Satu pencapaian yang melakar sejarah dan membuktikan semangat โ€œMencipta Legasi Juaraโ€. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Tahniah pasukan bola sepak Universiti Malaya (UM) atas kejayaan menjuarai kategori Pasukan Terbaik Lelaki SUKIPT 2026!Me...
15/09/2026

Tahniah pasukan bola sepak Universiti Malaya (UM) atas kejayaan menjuarai kategori Pasukan Terbaik Lelaki SUKIPT 2026!

Menang 1โ€“0 di final, menamatkan penguasaan juara bertahan UiTM.

Mencipta Legasi Juara. ๐Ÿ”ฅ

Tahniah Pasukan Bola Tampar Wanita UPM yang dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik Wanita SUKIPT 2026!Empat edisi. Empat kej...
15/09/2026

Tahniah Pasukan Bola Tampar Wanita UPM yang dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik Wanita SUKIPT 2026!

Empat edisi. Empat kejuaraan.
Dominasi yang terus mencipta legasi. ๐Ÿ

08/09/2026

[VIDEO] RANGKUMAN SUKIPT 2026: 28 OGOS โ€“ 6 SEPTEMBER 2026 ๐Ÿ†๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

SUKIPT 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang selepas 10 hari menyaksikan persaingan sengit, semangat kesukanan dan aksi terbaik mahasiswa dari seluruh negara. ๐Ÿ”ฅ

Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul sebagai juara keseluruhan SUKIPT 2026.

SUKIPT 2026 turut menyaksikan, 45 rekod kejohanan berjaya dipecahkan termasuk dua rekod kebangsaan.

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua atlet, jurulatih, pegawai serta kontinjen yang telah memberikan komitmen dan mencipta pelbagai momen bermakna sepanjang kejohanan. ๐Ÿ’ชโœจ

Terima kasih SUKIPT 2026! Jumpa lagi di pentas seterusnya! ๐Ÿ…๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ


Address

Putrajaya
62200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sukan Institusi Pendidikan Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sukan Institusi Pendidikan Tinggi:

Shortcuts

Share

Category