12/02/2026
LATIHAN SILAT MADRASAH AL - IHYA’
Mengadakan sedikit ujian kepada pelajar sebelum cuti panjang untuk menyambut Bulan Ramadhan. InsyaAllah akan sambung pelajaran selepas Hari Raya Aidilfitri.
Semoga kita semua dapat menjalani ibadah sepanjang Bulan Ramadhan ini dengan Rahmat dan Kasih SayangNya. Aamiin Ya Rabb 🤲🏻
07/12/2025
MAJLIS AKHIR TAHUN & KENAIKAN BENGKUNG PENCAK SILAT TEMPUR BETAWI
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Akhir Tahun & Kenaikan Bengkung buat seluruh gelanggang Pencak Silat Tempur Betawi di Negeri Selangor pada 6 Disember 2025 di Puncak Alam.
Majlis yang menghimpunkan seluruh ahli keluarga para pesilat dan dihadiri oleh barisan Para Jurulatih Tertinggi PSTBM. Majlis berjalan dengan penuh meriah dengan pemberian bengkung, persembahan silat dan hidangan potluck.
Tahniah kepada pengelola majlis iaitu Cikgu Aizat, Cikgu Hazim & Cikgu Firdaus dari Persatuan Pencak Silat Tempur Betawi Selangor bersama rakan-rakan kolaborasi yang menjayakan majlis ini.
Kepada para pesilat yang menerima bengkung, tahniah diucapkan dan jadikanlah ianya sebagai tanda amanah untuk menjadi insan yang berguna, memberi manfaat kepada orang sekeliling, dan bukan untuk kebanggaan pada diri. Teruslah belajar, merendah diri dan menimba ilmu.
"Semangat Laksamana Digenggam, Jiwa Agama Menjadi Tunjang"
07/12/2025
Alhamdulillah sesi latihan harini di Surau Putra Al-Amin. Latihan pemantapan stamina pelajar Pencak Silat Tempur Betawi . Kelas dipimpin oleh Cikgu Syed dan Cikgu Firdaus, dibantu oleh Encik Abdullah selaku parents yang terlibat.
“Semangat Laksamana Digenggam, Jiwa Agama Menjadi Tunjang”
06/12/2025
LATIHAN GOLOK PENCAK SILAT TEMPUR BETAWI
Lokasi : Surau Putra Al Amin, Presint 8 Putrajaya
Masa : 9:00 - 11:00 malam
Hari : Rabu (Minggu 1 & Minggu 3)
yang dikendalikan oleh Ustaz Syam, Jurulatih Senjata PSTBM. Segala pertanyaan lanjut boleh hubungi 013 482 3437.
30/11/2025
PENCAK SILAT TEMPUR BETAWI DI PUTRAJAYA
Kelas setiap hari Jumaat di Surau Al Furqan, Presint 11 Putrajaya. Sesiapa area berdekatan yang berminat dan nak ambil rasa boleh hubungi admin (+6013 3389 250)
Silat untuk mempertahankan diri dan keluarga. Silat juga dapat mendidik jiwa, InsyaAllah 💪🏻
“Semangat Laksamana Digenggam, Jiwa Agama Menjadi Tunjang”
24/11/2025
LATIHAN SILAT PENCAK SILAT TEMPUR BETAWI BANTING
Latihan terbuka untuk Remaja dan Dewasa setiap hari Sabtu, 9-11 malam. Pendaftaran masih dibuka 💪🏻
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 01121182988 (Puan Hazirah)
~Semangat Laksamana Digenggam, Jiwa Agama Menjadi Tunjang.