Pertubuhan Seni Gayung Fatani Putrajaya

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Putrajaya

Share

Aliran Silat Melayu Tradisi Semenanjung Tanah Melayu & yg serumpun sebenih dengannya. Latihan Muzik

15/08/2026

Adat berguru mencari faham,
adat bersilat mencari adab;
pada gerak tersimpan makna,
pada langkah tersurat hikmah,
pada diam tersimpan rahsia
zahirnya bunga, batinnya makrifah.

Bukan gagah pada keras tenaga,
bukan tinggi pada banyaknya ilmu;
silat itu cermin mengenal diri,
menundukkan nafsu, menjernihkan hati,
kerana rahsia gerak bukan pada tubuh semata,
tetapi pada budi yang menghidupkan jiwa.

Moga ilmu menjadi suluh pada akal,
hikmah menjadi penawar pada budi,
dan makrifah menjadi jalan mengenal diri;
dari guru turun kepada murid,
dari gelanggang mengalir ke gelanggang,
menjadi pusaka yang hidup,
bukan sekadar diwarisi, tetapi dihayati.

Rukun Silat Pulut…?
>>>Boleh catat di ruangan komen.

‏سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْم ‏أَسْتَغْفِرُ الله
❤️
فطاني نوسا بقتي 🇲🇾 FATANI NUSA BAKTI

Credit topup for video to Cikgu Hani Saidi جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا يَا حَبِيْبَ الله



https://vt.tiktok.com/ZSVRG7EJS/

Photos from Pertubuhan Seni Gayung Fatani Putrajaya's post 14/08/2026

‎اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

Berlangsungnya majlis perasmian SUKMA 2026 malam tadi di Dewan UNITEN.

Majlis ini dirasmikan oleh Datuk Wira Presiden PESAKA Malaysia, diiringi oleh Jawatankuasa PESAKA Malaysia termasuk Tuan Pengerusi PSGFM sebagai Anggota Pendiri PESAKA Malaysia.

Tuan Pengerusi PSGFM ditemani oleh Naib Pengerusi PSGFM, Cikgu Din Hadi dan sempat beramas mesra dengan pesilat/atlet PSGFM yang mewakili kontinjen silat negeri masing².

Pesan beliau kepada pesilat/atlet, adalah sama seperti TokYah Ramli pesan kepada Cikgu Anuar;
“Mu buat molek-molek…”

Syariat dengan usaha sungguh²,
Hakikatnya berlepas pada الله تعالى عزّ وجلّى…

وَاُفَوِّضُ أَمْرِي إِلى الله إِنَّ الله بَصِيرٌ بِالعِبادِ

“…Dan aku serahkan segala urusanku pada الله , Sesungguhnya الله melihat kepada hamba²nya…)
(Surat Ghafir 44)

‏ ‏بَارَكَ اللهُ فِيْكُم
❤️
فطاني نوسا بقتي 🇲🇾 FATANI NUSA BAKTI



https://vt.tiktok.com/ZSVJuJyEC/

Photos from Pertubuhan Seni Gayung Fatani Putrajaya's post 13/08/2026

Amanah Yang Perlu Dijunjung,
Tanggung Yang Perlu Dijawab

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan izin-Nya, telah berlangsung Majlis Berlimau di Kampung Relang, Gelanggang Pak Long Rodi, dalam suasana penuh adat, tertib, kasih sayang serta ukhwah persaudaraan.

Majlis dimulakan dengan ikrar taat setia di hadapan Tuan Pengerusi PSGFM, bersama barisan Jawatankuasa PSGFM serta Guru-Guru Tua PSGFM. Ikrar yang dilafazkan bukanlah sekadar susunan kata di bibir, bahkan menjadi tanda sebuah sumpah setia dan tekad perjuangan, untuk terus menjunjung amanah, memelihara warisan serta berdiri teguh dalam satu saf perjuangan bersama.

Sesungguhnya, amanah yang dipikul bukanlah ringan, dan tanggung yang disandang bukanlah untuk dipandang sepi. Ia adalah pusaka perjuangan yang diwariskan dari generasi ke generasi, untuk dijaga dengan setia, dipelihara dengan adab, serta diteruskan dengan penuh rasa hormat dan tanggungjawab.

Pada siangnya p**a, majlis diserikan dengan persembahan daripada barisan Guru dan Jurulatih PSGFM dari cawangan-cawangan negeri serta gelanggang-gelanggang PSGFM yang berdaftar secara sah. Setiap gerak langkah yang dipersembahkan bukan sekadar memperlihatkan keindahan seni dan ketangkasan, bahkan menjadi cerminan disiplin, kesungguhan dan kesinambungan sebuah perjuangan yang telah lama berakar.

Lebih indah lagi, terpancar senyuman dan seri wajah Guru-Guru Tua PSGFM, menyaksikan suasana majlis yang berlangsung dalam penuh harmoni, kemesraan dan kasih sayang. Seakan terubat penat perjalanan zaman, apabila melihat anak-anak buah terus berdiri dalam satu barisan, bersatu hati dan saling menghormati antara satu sama lain.

Demikianlah adat sebuah perjuangan; yang tua menjadi suluh, yang muda menyambung langkah. Yang dahulu menanam budi, yang kemudian menyambung bakti.

Semoga amanah yang telah disumpahkan terus dijunjung, tanggung yang telah dipikul terus dijawab, dan tali persaudaraan yang telah terjalin terus kukuh hingga ke penghujung zaman.

Beradat dalam langkah,
Beradab dalam perjuangan,
Setia pada amanah,
Teguh pada sumpah.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas nikmat pertemuan dan persaudaraan ini. Semoga segala usaha, gerak langkah dan perjuangan kita sentiasa berada dalam lindungan serta redha-Nya.

‏ ‏بَارَكَ اللهُ فِيْكُم
❤️
فطاني نوسا بقتي 🇲🇾 FATANI NUSA BAKTI



https://vt.tiktok.com/ZS4EvQKTV/

Photos from Pertubuhan Seni Gayung Fatani Putrajaya's post 13/08/2026

PSGFM MEMPERKASA ILMU SENI SILAT DI SELATAN THAILAND 🇲🇾🇹🇭

Alhamdulillah, satu lagi lembaran bermakna telah tercatat dalam usaha memperkukuh kelestarian, pengembangan dan pengantarabangsaan Seni Gayung Fatani di rantau Nusantara.

Dalam sebuah kejohanan yang berlangsung di Wilayah Patani, Thailand, Tuan Pengerusi PSGFM telah diraikan bersama oleh Puan Yang Terutama Gabenor Wilayah Patani, dengan bendera PSGFM berkibar di bumi Patani sebagai simbol kehadiran dan representasi kontinjen Malaysia.

Turut hadir ialah Pengerusi PSGFM Cawangan Kedah, Pengerusi PSGFM Cawangan Pulau Pinang, serta barisan atlet daripada Gelanggang Gayung Fatani Putrajaya dan Selangor.

Kejohanan ini menghimpunkan pesilat daripada empat wilayah utama di Selatan Thailand, iaitu:

🇹🇭 Songkhla ~ Gelanggang Gayung Fatani di Madrasah Chana
🇹🇭 Yala ~ Gelanggang Gayung Fatani Yala Rajabhat University
🇹🇭 Narathiwat ~ Gelanggang Gayung Fatani Narathiwat
🇹🇭 Patani ~ melibatkan beberapa gelanggang silat tempatan dari institusi pengajian tinggi dan sekolah²

Penyertaan ini bukan sekadar medan persaingan sukan, bahkan menjadi platform pertukaran ilmu, pemerkasaan warisan budaya serta pengukuhan hubungan silaturahim antara penggiat seni silat Malaysia dan Selatan Thailand.

Lebih membanggakan, kontinjen Gayung Fatani telah mencatatkan pencapaian yang amat membanggakan dengan membawa p**ang:
🥇 3 Pingat Emas🥈 2 Pingat Perak🥉 1 Pingat Gangsa

serta berjaya dinobatkan sebagai Johan II Keseluruhan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pesilat, jurulatih, pengurus pasukan serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sumbangan terhadap kejayaan ini. Sesungguhnya setiap pingat yang diraih bukan sekadar ukuran prestasi pertandingan, tetapi merupakan manifestasi disiplin, ketekunan, adab, jati diri dan kesinambungan tradisi ilmu persilatan.

Memperkasa Silat Sebagai Warisan Ilmu dan Diplomasi Budaya

Lebih signifikan, Alhamdulillah dengan izin dan rahmat الله سبحانه تعالى , PSGFM turut diberi kepercayaan menjadi organisasi untuk berkolaborasi utama dalam Festival Sungai Patani, sebuah acara tahunan yang menjadi antara platform penting dalam mengangkat identiti, kebudayaan dan warisan masyarakat di Wilayah Patani.

Dalam perkembangan yang sama, Tuan Pengerusi PSGFM turut menerima jemputan untuk mengadakan seminar, kursus dan bengkel di beberapa institusi pengajian tinggi serta sekolah-sekolah di empat wilayah Selatan Thailand.

Jemputan ini membuka ruang yang lebih luas untuk memperkenalkan dan mendalami falsafah, sejarah, kaedah, nilai, etika serta keilmuan Seni Gayung Fatani dalam konteks pendidikan dan pembangunan generasi muda.

Sesungguhnya, perkembangan ini memperlihatkan bahawa silat tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai seni mempertahankan diri atau pertandingan sukan. Sebaliknya, silat merupakan khazanah ilmu, warisan intelektual, medium pendidikan karakter dan instrumen diplomasi budaya yang mampu merapatkan hubungan masyarakat serantau.

Dalam konteks ini, Seni Gayung Fatani mempunyai kedudukan yang amat signifikan sebagai salah satu manifestasi warisan persilatan Melayu yang perlu terus didokumentasikan, dikaji, diajarkan dan diwariskan secara sistematik kepada generasi akan datang.

Semoga jaringan kerjasama antara PSGFM dan institusi-institusi silat serta pendidikan di Selatan Thailand ini terus berkembang sebagai sebuah ekosistem pertukaran ilmu dan budaya yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Daripada gelanggang kepada institusi pendidikan, daripada warisan kepada ilmu, dan daripada ilmu kepada generasi masa hadapan.

🇲🇾 Gayung Fatani ~ Warisan Ilmu, Adab dan Jati Diri.
🇹🇭 Memperkukuh Silaturahim Serumpun Melalui Seni Silat.

Alhamdulillah. Tahniah kepada seluruh keluarga besar PSGFM.

‏سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْم ‏أَسْتَغْفِرُ الله
❤️
فطاني نوسا بقتي 🇲🇾🇹🇭 FATANI NUSA BAKTI



https://vt.tiktok.com/ZS4KSrvjT/

10/08/2026

‎اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

Usaha gigih Cikgu Soh Suhaiming Ha-day & Cikgu Afnan dalam mendidik pelajar² sekolah dari Madrasah Ar Rahmaniah Lubuk Sawo, Bachok, Narathiwat.

Pihak sekolah berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan PSGFM agar ilmu terus disampaikan kepada pelajar² sekolah.

Semoga terus berjaya dunia akhirat, imbangi ilmu Seni Gayung Fatani (Pertubuhan Seni Gayung Fatani Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia - PPS: 0452/98 PSGFM) bersendikan syara’.

‏ ‏بَارَكَ اللهُ فِيْكُم
❤️
فطاني نوسا بقتي 🇲🇾🇹🇭 FATANI NUSA BAKTI

09/08/2026

Moga berjaya Cikgu

‏بَارَكَ الله ُفِيْك

🇲🇾 MALAYSIA THERAPISTS TEAM 🇲🇾

Proudly Representing Malaysia on the International Stage

With great pride and honour, Malaysia Therapists Team proudly presents our Malaysian representatives at the Vietnam Professional Massage Championship 2026 🇻🇳🏆

Our judges and participants carry more than just their skills—they carry the name, spirit, professionalism and dignity of Malaysia onto the international stage.

✨ JURI MALAYSIA
🇲🇾 Dr. Hadafi Fitri
🇲🇾 Mazlin Mazlan
🇲🇾 Lim Sim Zher

✨ PESERTA MALAYSIA
🇲🇾 Wong
🇲🇾 Qaizil
🇲🇾 Akmal

Every touch represents knowledge.
Every technique represents dedication.
Every achievement represents Malaysia. 🇲🇾

May our Malaysian team continue to demonstrate excellence, professionalism, sportsmanship and unity, while building stronger connections with therapists from around the world.

🌏 One Touch, A Thousand Harmonies
🤝 United Through Healing & Professionalism
🏆 Proudly Malaysia Therapists Team

SEMOGA BERJAYA DI PENTAS DUNIA!
Mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. 🇲🇾✨










🇲🇾🏆

07/08/2026

Bengkel Silat Pulut

Kehadiran para pesilat daripada pelbagai perguruan telah mengimarahkan lagi gelanggang, berhimpun dengan satu niat yang luhur untuk menyelami zahir dan maknawi warisan Silat Pulut.

Makna yang tersirat pada setiap gerak dan langkah dihuraikan melalui falsafahnya yang mendalam; disampaikan menurut tertib lapis pesilat dan jurulatih, seterusnya menjengah ke medan permainan para guru. Di situlah terhimpun adab, budi, petua dan hikmah, bahawa Silat Pulut bukan sekadar persembahan gerak, bahkan suatu pusaka akal, jiwa dan pekerti yang diwariskan turun-temurun.

Sesungguhnya, Silat Pulut itu bukan semata-mata bunga di hujung langkah, dan bukan p**a sekadar indah pada pandangan mata. Di sebalik lembutnya gerak tersimpan teguhnya pendirian; di sebalik santunnya tangan terpelihara maruah insan. Tiap-tiap limbai ada sukatnya, tiap-tiap kekuda ada timbangnya, tiap-tiap langkah berpasak pada adab, dan tiap-tiap kuncian berpaut pada hikmah. Maka gerak yang halus itu bukan tanda lemahnya kudrat, bahkan lambang sempurnanya kawalan, tertibnya ilmu, dan tingginya budi.

Barang siapa menuntut Silat Pulut dengan hati yang jernih, nescaya dipertemukan akan hakikat bahawa kekuatan tidak terletak pada kerasnya tenaga, melainkan pada halusnya budi, lurusnya niat, dan sempurnanya penguasaan diri. Itulah pusaka orang tua-tua; geraknya berbicara tanpa kata, langkahnya mengajar tanpa suara, dan diamnya sarat dengan seribu makna.

Mudah-mudahan bengkel yang berlangsung menjadi wasilah menyambung titian ilmu, mempererat ukhuwah sesama pesilat tanpa mengira perguruan, serta menyuburkan kembali warisan yang telah sekian lama berakar di bumi Melayu. Semoga segala yang ditimba menjadi bekal yang dipelihara dengan amanah, diamalkan dengan adab, lalu diwariskan kepada generasi yang mendatang agar warisan ini kekal hidup, subur mekar, dan tidak luput ditelan zaman.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ،
وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ،
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
❤️
فطاني نوسا بقتي 🇲🇾 FATANI NUSA BAKTI



Credit topup for video Cikgu Has Hani Saidi

https://vt.tiktok.com/ZS44UroWr/

07/08/2026

Dukacita dimaklumkan bahawa ibunda kepada Jurulatih PSGFM Perlis, Cikgu Nazmi telah kembali ke rahmatullah pagi Jumaat yang barokah ini.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْت •
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ •
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها •

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ • اَلْحَمْدُ لِله رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ • الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ • مٰلِكِ يٓوْمِ الدِّيْنَ • إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ • إِهْدِنَا الصِّرٰطَ الْمُسْتَقِيْمُ • صِرٰطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّٓالِّينَ•

Takziah daripada Jawatankuasa PSGFM kepada keluarga Cikgu Nazmi.

Semoga almarhumah ditempatkan dikalangan orang yang solehah dan beriman.

https://www.facebook.com/share/p/1EuvBx3DVq/?mibextid=wwXIfr

Dukacita dimaklumkan bahawa ibunda kepada Jurulatih PSGFM Perlis, Cikgu Nazmi telah kembali ke rahmatullah pagi Jumaat yang barokah ini.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْت •
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ •
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها •

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ • اَلْحَمْدُ لِله رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ • الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ • مٰلِكِ يٓوْمِ الدِّيْنَ • إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ • إِهْدِنَا الصِّرٰطَ الْمُسْتَقِيْمُ • صِرٰطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّٓالِّينَ•

Takziah daripada Jawatankuasa PSGFM kepada keluarga Cikgu Nazmi.

Semoga almarhumah ditempatkan dikalangan orang yang solehah dan beriman.

Photos from Pertubuhan Seni Gayung Fatani Putrajaya's post 07/08/2026

‎اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

Barokahnya kami dengan kehadiran tetamu² istimewa dari PSGFM Perak (Tuan Komander Irwan), PSGFM Kedah (Tuan Azfar) & PSGFM Pahang (Tuan Ridwan).

Seusai latihan mentelaah keris, terus dengan perbincangan program² yang akan diadakan nanti.

إِنْ شَاءَ الله تَعٰلى بِقُدْرَتِهِ

Moga usaha murni dalam memperkasakan ilmu PSGFM ini dirahmati الله تعالى عزّ وجلّى dan dipermudah segala urusan.

اَللّٰهُمَّ ءَامِيْن يَا رَحْمٰن يَا رَحِيْم يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن وَيَا مُجِيْبَ السَّائلِيِْن

فطاني نوسا بقتي 🇲🇾 FATANI NUSA BAKTI



https://vt.tiktok.com/ZS4CGunjW/

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Presint 11
Putrajaya
62300