05/10/2026
Selamat datang kepada clubhub.my sebagai Rakan Rasmi terbaru Putrajaya Wanderers bagi musim 2026/2027.
Sama ada anda mengurus komuniti kecil atau kelab amatur, urusan ahli dan aktiviti memang ada cabarannya. Bila semuanya diurus melalui WhatsApp, maklumat mudah tenggelam dalam perbualan. Siapa yang akan bermain, siapa yang sudah bayar, siapa yang hadir β semuanya perlu direkod.
ClubHub membantu anda mengurus ahli, aktiviti, bayaran dan statistik di satu tempat.
Untuk ahli kelab, ClubHub memudahkan anda:
- Mendaftar sebagai ahli kelab
- Melihat jadual perlawanan dan aktiviti akan datang
- Mendaftar dan membuat bayaran untuk menyertai aktiviti
- Menyemak rekod penyertaan dan kehadiran
- Menyertai aktiviti kelab lain yang dibuka kepada orang ramai (akan datang)
Untuk pengurus kelab, ClubHub membantu anda:
- Mengurus senarai ahli
- Membuka pendaftaran aktiviti
- Mengurus bayaran
- Merekod kehadiran
- Menyusun pemain dan pasukan
- Merekod keputusan perlawanan
- Menyemak statistik pemain
WhatsApp untuk berkomunikasi. ClubHub untuk mengurus kelab.
clubhub.my dibangunkan oleh KrafKod
Pihak Putrajaya Wanderers merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ClubHub atas kepercayaan serta sokongan yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuhkan dan berkembang maju, sekali gus membawa manfaat serta impak positif kepada kedua-dua pihak pada masa hadapan. π€
The Stork βοΈ Fight Till The End