Majlis Sukan JPJ Malaysia

Majlis Sukan JPJ Malaysia

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Sukan JPJ Malaysia, Sport & recreation, JPJ Malaysia, Aras 5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Persiaran Perdana, Putrajaya.

16/06/2026

๐ŸŒ™ SALAM AWAL MUHARRAM 1448H ๐ŸŒ™

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448 Hijrah

Sempena kehadiran Tahun Baharu Islam 1448H, Majlis Sukan JPJ Malaysia mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram kepada seluruh warga Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, ahli-ahli Majlis Sukan JPJ serta seluruh umat Islam.

Marilah kita menjadikan peristiwa hijrah sebagai inspirasi untuk terus memperbaharui azam, memperkukuh integriti, meningkatkan disiplin dan mempertingkatkan kecemerlangan dalam setiap amanah yang dipikul.

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kesejahteraan, kesihatan yang baik serta kejayaan yang berterusan kepada kita semua.

โ€œHijrah Membawa Perubahan, Perpaduan Mengukuhkan Kecemerlanganโ€

Ikhlas daripada,

MAJLIS SUKAN JPJ MALAYSIA
Bersukan โ€ข Berintegriti โ€ข Berprestasi






27/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidiladha 1447H / 2026M โœจ๐ŸŒ™

Majlis Sukan JPJ Malaysia mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha
kepada seluruh warga JPJ Malaysia serta umat Islam yang meraikannya.

Semoga ibadah korban dan pengorbanan yang dilaksanakan membawa keberkatan, memperkukuh ukhuwah serta menyemai nilai keikhlasan, kesyukuran dan perpaduan dalam kehidupan kita semua.

Di kesempatan yang mulia ini, marilah kita terus memupuk semangat kesukanan, kebersamaan dan kecemerlangan demi organisasi dan negara tercinta.

๐Ÿ•Œ โ€œAidiladha mengajar erti pengorbanan, keikhlasan dan kesatuan.โ€

Ikhlas daripada
Majlis Sukan JPJ Malaysia





Photos from KBSMalaysia's post 02/05/2026
01/05/2026

๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ท๐’†๐’Œ๐’†๐’“๐’‹๐’‚
1 ๐‘ด๐’†๐’Š 2026

โ€œ๐™‹๐™š๐™ ๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™– ๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰๐™„ ๐™†๐™€๐™Ž๐™๐™ˆ๐˜ผ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™–โ€

Majlis Sukan JPJ Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pekerja di Malaysia yang terus komited, berdedikasi dan berintegriti dalam melaksanakan amanah masing-masing.

Sesungguhnya, setiap usaha dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi pemacu utama kepada kemajuan organisasi, pembangunan negara serta kesejahteraan masyarakat. Semangat kerja berpasukan, disiplin dan ketahanan yang ditunjukkan mencerminkan kekuatan sebenar tenaga kerja Malaysia.

Teruskan melangkah dengan semangat juang yang tinggi, menjaga keseimbangan antara kecemerlangan kerjaya dan kesejahteraan diri, serta menjadikan gaya hidup sihat sebagai asas produktiviti berterusan.

โ€œ๐™‹๐™š๐™ ๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™– ๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰๐™„ ๐™†๐™€๐™Ž๐™๐™ˆ๐˜ผ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™–โ€

๐“˜๐“ด๐“ฑ๐“ต๐“ช๐“ผ ๐“ญ๐“ช๐“ป๐“ฒ๐“น๐“ช๐“ญ๐“ช
๐“œ๐“ช๐“ณ๐“ต๐“ฒ๐“ผ ๐“ข๐“พ๐“ด๐“ช๐“ท ๐“™๐“Ÿ๐“™ ๐“œ๐“ช๐“ต๐“ช๐”‚๐“ผ๐“ฒ๐“ช

Photos from Majlis Sukan JPJ Malaysia's post 30/04/2026

๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฏ๐‘ถ๐‘น๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ด๐‘บ๐‘ฑ๐‘ด ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ท๐‘จ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ป๐‘ผ๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐‘ผ๐‘บ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ฉ๐‘บ

30 แด€แด˜ส€ษชสŸ 2026 (แด‹สœแด€แดษช๊œฑ)
5.30 แด˜แด‡แด›แด€ษดษข
แด˜แด‡แดŠแด€ส™แด€แด› แด‹แด‡แด›แดœแด€ ๊œฑแด‡แด›ษชแด€แดœ๊œฑแด€สœแด€, แด‹แด‡แดแด‡ษดแด›แด‡ส€ษชแด€ษด ส™แด‡สŸษชแด€ แด…แด€ษด ๊œฑแดœแด‹แด€ษด

Majlis Sukan JPJ Malaysia (MSJM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datoโ€™ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Delegasi MSJM diketuai oleh YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Pengerusi MSJM, bersama barisan kepimpinan MSJM dalam usaha memperkenalkan organisasi serta memperkukuh hubungan strategik dengan pihak Kementerian.

Kunjungan ini turut membuka ruang perbincangan mengenai potensi kolaborasi dalam pembangunan sukan, penglibatan dalam program anjuran Kementerian Belia dan Sukan, serta sokongan ke arah memperkasakan budaya sukan dalam kalangan warga JPJ.

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan yang lebih progresif, inklusif dan berimpak tinggi.

Turut hadir ialah YBhg. Datoโ€™ Ahmad Kamarunzaman bin Mehat, Timbalan Pengerusi MSJM; Tuan Rahalim bin Mohamed, Presiden Kelab Golf JPJ Malaysia; serta barisan delegasi MSJM dan pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


JPJ Malaysia, Aras 5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Persiaran Perdana
Putrajaya
62100