pssgcsm WPKL

pssgcsm WPKL

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from pssgcsm WPKL, Martial Arts School, Rawang.

20/03/2026

🌙 SALAM AIDILFITRI 1447H 🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Di kesempatan yang mulia ini, kami daripada
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYUNG CULA SAKTI MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (PSSGCSM WPKL)

ingin mengucapkan:
✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ✨
Maaf Zahir & Batin

Semoga Aidilfitri yang disambut ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita.

Ampun dipinta atas segala khilaf dan salah, sama ada yang disengajakan mahupun tidak.

Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan yang lalu diterima oleh Allah SWT dan kita semua terus istiqamah dalam melakukan kebaikan.

🌿 “Gayung bergayut, kata bersahut,
ukhwah terjalin, hati terpaut.” 🌿
Ikhlas daripada:
Barisan Kepimpinan & Warga
PSSGCSM WPKL

06/03/2026

Salam Nuzul Al Quran - 17 Ramadhan - malam al quran di turunkan

-"Al-Quran adalah cahaya penyuluh kegelapan, petunjuk bagi umat manusia."

"Semoga kita terus istiqamah mendalami isi kandungan Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup di dunia dan akhirat."

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT BERBUKA PUASA

Ikhlas daripada : PERTUBUHAN SILAT SENI GAYUNG CULA SAKTI MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ( PSSGCSM WPKL )

05/02/2026

🥋 LATIHAN MINGGUANJURULATIH & PESILAT DEWASA 🥋

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYUNG CULA SAKTI MALAYSIAWILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (PSSGCSM WPKL)
📅 Rabu
⏰ 9:00 – 11:00 malam
📍 Pusat Latihan PSSGCSM WPKL, The Reef Rawang

Latihan berteraskan disiplin, adab persilatan, pemantapan gerak seni serta pengukuhan ukhwah sesama pesilat.

✨ “Gayung Bergayut Kata Bersahut,Biduk Berlalu Kiambang Bertaut” ✨

゚viralシfypシ゚viralシalシ

03/02/2026

KELAB TUNAS PENDEKAR GCS

Kelas Silat Kanak-kanak & Remaja
Kelab Tunas Pendekar GCS merupakan platform latihan seni mempertahankan diri berteraskan Silat Seni Gayung Cula Sakti yang khusus untuk kanak-kanak dan remaja.

Program ini bertujuan membentuk jati diri, disiplin, keyakinan serta sahsiah terpuji selari dengan nilai adat dan warisan seni silat Melayu.

Latihan merangkumi asas pergerakan silat, teknik bela diri, kawalan diri, adab persilatan serta pembentukan mental dan fizikal secara berperingkat, selamat dan tersusun di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman.

Maklumat Sesi Latihan:
🗓 Hari: Jumaat
⏰ Masa: 9:00 – 11:00 malam
📍 Tempat: Pusat Latihan PSSGCSM WPKL, The Reef, Batu 16, Rawang

Anjuran : Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti MalaysiaWilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PSSGCSM WPKL)
゚viralシfypシ゚viralシalシ

02/02/2026

🌆 SELAMAT MENYAMBUT
HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 🇲🇾

Ikhlas daripada :
Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PSSGCSM WPKL)

Semoga Wilayah Persekutuan terus maju, aman dan sejahtera,
serta menjadi contoh perpaduan, keharmonian dan kemajuan negara.

Marilah kita bersama-sama memelihara warisan bangsa,

memperkukuh jati diri dan menyumbang bakti
demi agama, bangsa dan tanah air.

✨ Bersatu • Berbudaya • Berjati Diri ✨

26/01/2026

📌 Latihan Jurulatih Muda | 24 Januari 2026 | Sabtu | 9:00 - 11:00 Malam | Pusat Latihan PSSGCSM WPKL, The Reef Rawang

Para jurulatih muda didedahkan dengan latihan Seni Tangkapan Pisau – Tikaman Anak Sungai, melibatkan teknik kawalan, elakan dan tindak balas selamat dalam situasi serangan sebenar.

Turut berlangsung Sesi PdP Jadual Latihan & Pelan Mengajar bagi membentuk jurulatih muda yang bukan sahaja mahir di gelanggang, malah mampu menyusun dan menyampaikan latihan dengan tersusun dan berkesan.

💪 Melahirkan jurulatih berilmu, beradab dan berwibawa.
゚viralシfypシ゚viralシalシ

21/01/2026

“Membina jati diri, memperkukuh ilmu dan mempertahankan warisan bangsa.
Ayuh sertai Latihan Mingguan Jurulatih & Kelas Dewasa PSSGCSM WPKL.”

**Latihan Mingguan Jurulatih
PSSGCSM WPKL**

Latihan khas bagi jurulatih untuk memperkukuh kemahiran teknikal, kaedah pengajaran, disiplin serta kepimpinan dalam seni Silat Gayung Cula Sakti.

Dilaksanakan secara berstruktur di bawah garis panduan dan adat pertubuhan.

Latihan setiap:

🗓 Hari: Rabu
⏰ Masa: 9:00 – 11:00 malam
📍 Tempat: Pusat Latihan PSSGCSM WPKL, The Reef Rawang
゚viralシfypシ゚viralシalシ

19/01/2026

Latihan Seni Keris
Latihan berfokuskan penguasaan seni persilatan tradisional Melayu yang menitikberatkan adab, disiplin dan keselamatan.

Merangkumi asas pegangan keris, langkah kaki, bunga keris, teknik serangan, pertahanan dan elakan, serta penghayatan falsafah seni warisan bangsa.

Dilaksanakan secara berperingkat di bawah bimbingan cikgu kamaruddin (SINGA BERANTAI silat seni gayong) dan Gurulatih bertauliah PSSGCSM

16/01/2026

RABU | 14 JANUARI 2026 | PUSAT LATIHAN PSSGCSM WPKL | LATIHAN MINGGUAN JURULATIH DAN PESILAT DEWASA

Latihan Mingguan Jurulatih PSSGCSM WPKL
Latihan mingguan jurulatih Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PSSGCSM WPKL) dijalankan secara berterusan sebagai platform pemantapan ilmu, kemahiran dan disiplin perguruan.

Sesi latihan ini memberi fokus kepada pengukuhan asas persilatan, penghayatan seni tempur, pembentukan jati diri serta peningkatan kualiti kepimpinan dalam kalangan jurulatih.

Melalui latihan berkala ini, para jurulatih bukan sahaja memperhalusi teknik dan silibus perguruan, malah turut memperkukuh ukhuwah, keseragaman penyampaian ilmu serta komitmen dalam melahirkan pesilat yang berakhlak, berdisiplin dan berwibawa.

Latihan ini menjadi tunjang utama dalam memastikan kesinambungan warisan seni silat Gayung Cula Sakti terus terpelihara dan berkembang dengan penuh amanah serta tanggungjawab.

12/01/2026

🧑🏻‍🏫✨ SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ✨👩🏼‍🏫

PSSGCSM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada seluruh anak-anak pelajar.

Semoga sesi persekolahan ini menjadi permulaan yang baik dalam membina ilmu, disiplin, adab dan jati diri.

Teruskan melangkah dengan semangat juang, hormati guru, sayangi rakan dan jadikan ilmu sebagai bekalan menuju masa depan yang gemilang.
📚 Ilmu dipelajari, akhlak dibina, jati diri diperkasa
💪 Gayung Bersendi Adat, Silat Membentuk Insan




11/01/2026

Sesi latihan bagi tahun 2026 bermula..

✨ PENGAMBILAN AHLI BARU 2026 ✨

Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PSSGCSM WPKL)

Ayuh sertai warisan seni bela diri Melayu yang berteraskan adab, disiplin dan jati diri.

Terbuka kepada kanak-kanak dan remaja yang ingin membina sahsiah, ketahanan diri serta semangat persaudaraan.

📍 Pusat Latihan PSSGCSM WPKL
🗓 Hari: Jumaat
⏰ Masa: 9.00 – 11.00 malam
👉 Daftar sekarang & jadilah pewaris seni warisan bangsa.

DAFTAR SEGERA….!!!!
Hubungi : Cikgu Salihen Bin Sarbini (019-345 6639)

Gayong bersendikan adat, berteraskan akhlak.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Rawang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Rawang