Kelab Memanah Berkuda Al-Farisi

Kelab Memanah Berkuda Al-Farisi

Share

AL-FARISI HORSEBACK ARCHERY CLUB. Menjadikan panahan berkuda sebagai medium membina sahsiah diri remaja.

Photos from Kelab Memanah Berkuda Al-Farisi's post 26/08/2025

PANKAS MERDEKA 1.0

Alhamdulillah, sempena bulan kemerdekaan kali ini, kolaborasi antara Kelab Memanah Berkuda Al-Farisi dengan Perguruan Yeop Mahidin (PYM) berjaya menghimpun 192 orang pemanah (96 regu) dalam pertandingan memanah PANKAS Merdeka 1.0.

Khusus kepada para peserta, yang datang dari jauh dan dekat, yang menang dan yang tak naik podium tapi tetap ceria cdan tenang... Syabas dan tahniah.

Insya Allah, jumpa lagi dalam siri PANKAS seterusnya nanti. PANKAS... bukan untuk pemanah lemah semangat!

Photos from Kelab Memanah Berkuda Al-Farisi's post 25/08/2025

PANKAS MERDEKA 1.0 | 24 OGOS 2025

Alhamdulillah, sempena bulan kemerdekaan kali ini, kolaborasi antara Kelab Memanah Berkuda Al-Farisi dengan Perguruan Yeop Mahidin (PYM) berjaya menghimpun 192 orang pemanah (96 regu) dalam pertandingan memanah PANKAS Merdeka 1.0.

Pak Din (Zaharudin Rastam bin Dato’ Yeop Mahidin) selaku pengasas/Presiden PYM, dan orang yang mengilhamkan permainan PANKAS (panahan tangkas), membarakan semangat para pemanah dengan ikut sama bertanding.

Yang muda dan yang lebih berusia, yang kecil dan besar, lelaki dan perempuan, sama-sama menarik busur di lorong yang ditetapkan menghala ke bola sasar di ‘medan’ masing-masing. Walaupun peserta lelaki dan perempuan memanah di lorong sebelah-menyebelah, syariat dan ihtilat tetap terjaga dalam tempoh 30 saat menghujankan anak-anak panah di setiap ‘tempur’.

Seperti kejohanan PANKAS sebelum ini, suasana tempur sentiasa meriah di setiap saringan, Lebih-lebih lagi di perlawanan separuh akhir dan akhir. Namun, suasana di luar tempur, meriah dengan ukhuwah dan kasih sayang - antara ciri unik pertandingan PANKAS, selain keunikan format pertandingan itu sendiri.

Terima kasih kepada semua penaja dan penyumbang.Tidak dilupakan individu-individu yang menginfaq wang tunai dan menyumbang hadiah, yang menambah kemeriahan PANKAS Merdeka.

Syabas para petugas PYM dan ALFHA yang bertungkus-lumus di depan dan belakang tabir PANKAS Merdeka 1.0 yang berlangsung seharian di Putra EQ Academy (PEQ), Kundang. Kehadiran gerai-gerai makanan dan minuman serta gerai peralatan memanah, ditambah dengan reruai memanah santai (Fun Shoot) dan arena menunggang kuda (Joy Ride), menceriakan para pengunjung khususnya warga Kundang yang datang berpasangan dan membawa anak-anak.

Khusus kepada para peserta, yang datang dari jauh dan dekat, yang menang dan yang tak naik podium tapi tetap ceria dan tenang... Syabas dan tahniah.

InsyaAllah, jumpa lagi dalam siri PANKAS seterusnya nanti. PANKAS... bukan untuk pemanah lemah semangat!

23/08/2025

15 BUAH GERAI AKAN BERJUALAN SEAWAL 8.30 PAGI

*Gerai Peralatan Memanah Tradisional* - busur, anak panah, tarkas (quiver), nock, mata anak panah dll.

*Gerai Makanan dan Minuman* pelbagai citarasa...

*Makanan*
- tauhu berlauk, karipap dan kuih-muih lain
- croffle, shawarma
- rojak buah, jagung rebus
- lasagna, samboosa, mantou, sate ikan
- nasi lemak, makanan goreng2, nasi berlauk
- jeli kelapa, jeli limau, buah potong dalam cawan

*Minuman*
- air mineral, aiskrim, herbal tea, teh tarik, teh, kopi, milo
- matcha, air oren, air asam boi
- air jagung, air keladi, air limau kasturi, air buah naga
- aiskrim pulut tradisional

Dalam kemeriahan
*PANKAS Merdeka 1.0*
Ahad | 24 Ogos 2025
Lokasi: PEQ, Kundang
https://maps.app.goo.gl/keupcVTk6fXoR2fT8?g_st=aw

Photos from Kelab Memanah Berkuda Al-Farisi's post 08/07/2025

Ziarah Mahabbah (ALFHA)

Pertemuan dengan TG Syaikh Zainul Asri di Pondok DarSa, Kuala Nerang antara kenangan manis Ziarah Mahabbah ALFHA ke utara pada 5-6 Julai 2025.

Ziarah ke Dima Garden, Kuala Ketil p**a menemukan kami dengan Coach Syamsul, jurulatih memanah berkuda yang turut pernah melatih ahli ALFHA.

Di Changlun, kami ziarahi Bendahari ALFHA, Puan Aida dan ibunya. Sejak lebih 2 bulan lepas, Puan Aida jaga dan temani ibunya yang diuji strok.

Destinasi terakhir hari pertama: Masjid Al-Busra, Merbok, masjid 'mesra musafir'. Di situ ada medan selera, pasar mini, car wash dan lain-lain yang diinisiatifkan Ustaz Mohd Firdaus Mat Akhir, Imam/Pengerusi masjid.

Ziarah mahabbah hari kedua: ke Akademi Tahfiz As-Sofa di Bota, Perak. Mudir yang mesra dipanggil Abi, memberi ihsan kami menunggang 2 kuda pure Arab miliknya menyusuri lorong di bendang.

Kunjungan terakhir: stable milik ahli ALFHA, Sdr Alfie dan kakaknya Puan Effa, di Tronoh, Perak. Di situ ada 2 stalion, seekor kuda betina dan seekor anak kuda jantan.

Alhamdulillah, ziarah singkat yang sangat bermakna - bertemu tuan guru, jalin semula hubungan dengan coach, dapat kenalan baharu, memacu kuda Arab dan eratkan ukhuwah. Terima kasih semua yang meraikan dan kepada kawan-kawan yang menginfak.

28/06/2025

*PANKAS MERDEKA 1.0* dibawakan khas oleh *Perguruan Yeop Mahidin (PYM)* dengan kerjasama *Kelab Memanah Berkuda Al-Farisi (ALFHA)* dan *Putra EQ Academy (PEQ).*

*Tujuan: _Menguji Ketangkasan & Ketahanan di samping Menyatukan Pemanah Dalam Usaha Mewujudkan Permainan Identiti Dari Malaysia_*

*Butiran Ringkas Pertandingan*:

- Perlawanan ini akan dijalankan secara SATU LAWAN SATU antara regu.
- Hanya *6 panah dibenarkan* di dalam Kawasan Tempur
- ⁠*30 saat* setiap perlawanan.
- *Sasaran tergantung* berbentuk *bulat* dan berukuran 12 inci dari garis pusat.
- *Jarak 18 meter.*

*Penentuan Juara*
- 6 panah terdahulu.

*Ciri-Ciri Busur Yang Dibenarkan:*
- Busur warisan (tradisional) tanpa alat bantuan dibenarkan.
- ⁠Hanya tanda panah (marking) pada busur dibenarkan.

*Ciri-ciri Anak Panah*
- Segala jenis bahan anak panah dibenarkan.
- ⁠Sifat ekor anak panah (nock) hendaklah bukaannya tidak melebihi ukur lilit badan panah (shaft).

*Tatacara Pemakaian Peserta*
- Pemakaian busana atau pakaian tradisional bangsa digalakkan.
- ⁠3 hadiah istimewa disediakan kepada kategori Pemakai Busana Lelaki & Wanita.

*Yuran Penyertaan*

*Penyertaan Sepasang Regu: RM120*

*Penyertaan Sepasang Regu Secara Berpasukan: RM100*
(Minimum 3 regu)

*HADIAH*
Wang Tunai + Sijil + Medal & Hadiah Menarik

*Kategori Regu Terbaik Keseluruhan:*
- JOHAN
- TEMPAT ⁠KEDUA
- ⁠TEMPAT KETIGA

*Kategori Regu Terbaik Medan*
- Johan, Tempat Kedua & Tempat Ketiga Medan

*Kategori Pasukan Terbaik*
- Pasukan Regu Terbaik

*Kategori Pasukan Sorak*
- Pasukan Sorak Terbaik

*Kategori Busana Terbaik*
- 3 Busana Lelaki Terbaik
- 3 Busana Wanita Terbaik

*Butiran Atur Cara:*
============
Hari: Ahad | 8.30 Pagi
Tarikh: 24 Ogos 2025
Tempat: Putra EQ Academy (PEQ), Kundang
https://maps.app.goo.gl/GtBx3EEmy24s3QQh8?g_st=aw

Untuk mendaftar, sila hubungi:
En. Azizz https://wa.me/60173654349/?text=DaftarPankasMerdeka

Tarikh tutup penyertaan: *10 Ogos 2025*

Penyertaan adalah terhad!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Rawang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Rawang