21/08/2026
Salam semua, Tok Wan mengajak semua anak-anak negeri Pahang untuk menyertai Liga Fantasy EPL Pahang 1st musim 2026/2027. Tok Wan tahu ramai anak-anak muda yang berminat menyertai liga ini setiap kali musim EPL tiba.
Buat pertama kalinya, Liga Fantasy EPL Pahang1st ini diperkenalkan bagi memberi ruang kepada anak-anak Pahang menunjukkan kebolehan sebagai seorang pengurus pasukan bolasepak yang berjaya.
Pasukan yang mengumpul mata terbanyak setiap bulan dan di akhir musim 2026/27 akan mendapat hadiah-hadiah menarik yang disediakan.
Kita tengok musim ini bagaimana…apakah Arsenal akan terus jadi juara ? atau Chelsea, Manchester City, Manchester United dan Liverpool yang bakal menjadi juara nanti. Ayuh semua….scan QR Code ya 👍
Pihak penganjur akan mewujudkan satu liga khas Liga Fantasy EPL Pahang 1st dan peserta yang telah disahkan pendaftarannya akan diberikan kod liga untuk menyertai pertandingan.
Hadiah Bulanan dan Hadiah Keseluruhan (tempat pertama hingga tempat ke-50) bernilai RM50,000 menanti pemenang-pemenang Liga Fantasy EPL Pahang1st.
Syarat-Syarat Penyertaan
1. Penyertaan terbuka kepada anak kelahiran Negeri Pahang yang mempunyai nombor Kad Pengenalan dengan kod negeri 06 atau 33, atau kad pengenalan beralamat di Pahang.
2. Penyertaan terbuka kepada peserta yang berumur 17 tahun dan ke atas.
3. Setiap peserta hanya dibenarkan membuat satu (1) penyertaan sahaja menggunakan satu nama dan satu nombor Kad Pengenalan yang sah.
4. Setiap peserta hanya dibenarkan mendaftarkan satu (1) pasukan Fantasy Premier League dalam Liga Fantasy EPL Pahang 1st.
5. Penyertaan adalah PERCUMA dan tiada sebarang yuran pendaftaran dikenakan.
6. Peserta hendaklah mempunyai akaun Fantasy Premier League yang sah dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak Fantasy Premier League serta pihak penganjur.
7. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya terdapat maklumat palsu, pendaftaran berganda atau pelanggaran terhadap syarat pertandingan.
23/07/2026
17/07/2026
15/07/2026
14/07/2026
11/07/2026
10/07/2026
09/07/2026