✨✨✨Salam Maulidur Rasul ✨✨✨
12 Rabitulawal 1448 H / 25 Ogos 2026
Mari kita semua bersama2 berselawat ke atas Nabi kita Nabi Muhammad SAW. 🤗
🌹اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa’ala Ali Sayyidina Muhammad.🌹
“Sesungguhnya orang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yg paling banyak berselawat denganku”
(HR AL-NASAI & IBNU HIBBAN)
Daripada
PSSBWBS & KJSOS
Persatuan Silat Seni Bakat Warisan Budaya Sabah
JIWA BWB merupakan Persatuan/Kelab Silat yang aktif di daerah Sandakan Bela Diri dan Sukan.
16/08/2026
Tahniah acara silat seni Sabah 💪🥇🥈🥉
🔥 SILAT SABAH TERUS MENYINAR DI SUKMA SELANGOR 2026! 🔥
1 EMAS • 2 PERAK • 1 GANGSA BERSAMA 🥇🥈🥈🥉
Aksi mantap pesilat Sabah dalam acara seni membuahkan hasil!
🥇 SENI REGU WANITA
Fiffy Ferlisa • Manjaseerah Manuil • Sherlenna Abdullah
🥈 SENI TUNGGAL WANITA
Roslyana Rustam
🥈 SOLO KREATIF LELAKI
Roslan Habil
🥉 GANGSA BERSAMA – SENI REGU LELAKI
Mohammad Nazir Muhqaizul • Mohammad Syafwan • Muhammad Darmadiansyah
🔥 SEMANGAT • DISIPLIN • PRESTASI
Sabah terus mengukir nama di gelanggang SUKMA!
SABAH BOLEH! 💪🔥
📷kontinjensabah
16/08/2026
Selamat bertanding Team Sukma Sabah 2026 ✨✨✨💪💪💪
27/06/2026
🥋 NANTIKAN KEMUNCULANNYA! 🥋
Satu lagi langkah pemerkasaan ilmu kejurulatihan silat bakal membuka tirai di Negeri Sabah Tahun 2026 melalui penganjuran Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik Silat Tahap 2 di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK).
Kursus ini dikhususkan kepada para jurulatih dan penggiat silat yang telah lulus SPKK Tahap 1 serta bersedia untuk melangkah ke tahap seterusnya dalam bidang kejurulatihan. Melalui kursus ini, peserta berpeluang memperkukuh pengetahuan, meningkatkan kemahiran teknikal, serta memantapkan profesionalisme sebagai jurulatih sukan silat.
Sabah 2026 bakal menjadi medan ilmu, pengalaman dan semangat baharu dalam dunia kejurulatihan silat.
📌 Terbuka kepada peserta yang telah lulus SPKK Tahap 1 sahaja.
📌 Hebahan rasmi, tarikh, tempat dan maklumat lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.
Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik Silat Tahap 2 — Sabah 2026.
Nantikan!
Salam Awal Muharram ✨✨✨
Semoga tahun ini Membawa sinar harapan, Keberkatan, kejayaan, dipermudahkan, setiap doa dimakbulkan dan setiap usaha diberkati oleh Allah SWT dalam setiap langkah kehidupan.
“JIWA BWB”
“BIAR LAMBAT ASAL MANTAP”
“SILAT ITU SILATURRAHIM”
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
Daripada
Persatuan Silat Seni Bakat Warisan Budaya Sabah
Dan
Kelab JIWA Silat Olahraga Sandakan
04/05/2026
Tahniah diucapkan kepada semua peserta PSSBWBS yang telah berjaya menamatkan penyertaan dalam Labuan International Silat Beach Championship 2026 dengan penuh semangat dan dedikasi.
Hasil usaha gigih dan komitmen yang ditunjukkan, JIWA BWB telah berjaya meraih 3 pingat perak 🥈 dan 6 pingat gangsa🥉. Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan dan bukti kesungguhan semua atlet serta sokongan padu daripada jurulatih dan pihak sekolah.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. Teruskan berusaha, tingkatkan prestasi dan jangan pernah berputus asa. Syabas dan tahniah!,💪💪💪
"JIWA BWB"
"BIAR LAMBAT ASAL MANTAP"
"SILAT ITU SILATURRAHIM"
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
29/04/2026
PSSBWBS akan menyertai Labuan International Silat Beach Championship 2026 yang akan berlangsung pada 30 April 2026 hingga 3 Mei 2026. Seramai 14 orang peserta daripada SMK Sandakan, SMK Batu Sapi dan SK Sungai Padas akan mewakili persatuan dalam kejohanan ini.
Kami berharap penyertaan ini dapat memberi pengalaman berharga serta mengharumkan nama persatuan di peringkat antarabangsa.
Teruskan berjuang dengan penuh semangat, disiplin dan keyakinan. Jadikan setiap langkah di gelanggang sebagai bukti usaha dan latihan yang telah dicurahkan. Menang atau kalah bukan penentu utama, tetapi semangat juang dan keberanian adalah kemenangan sebenar. Ayuh, berikan yang terbaik dan harumkan nama persatuan! 💪🔥
JIWA BWB
SILAT ITU SILATURRAHIM
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
20/03/2026
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri ✨✨✨
Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan silaturahim.
Maaf zahir dan batin.
"JIWA BWB"
"BIAR LAMBAT ASAL MANTAP"
"SILAT ITU SILATURRAHIM"
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
Daripada
Persatuan Silat Seni Bakat Warisan Budaya Sabah
Dan
Kelab JIWA Silat Olahraga Sandakan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Masjid Datu Pangeran Galpam
Sandakan
90000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |