29/06/2026
Sandakan Rugby Harapan
RUGBY
29/06/2026
24/06/2026
Colours of Rugby – Sandakan Rugby Harapan Cup 2026
| Day 1 |
A heartfelt thank you to YB Vivian Wong Shir Yee for her presence, unwavering commitment, and continuous support from the very first day of the Sandakan Rugby Harapan Cup 2026.
The outstanding sportsmanship displayed by players from various districts reflects the remarkable growth of rugby at the grassroots level. The participation of school students further highlights the tournament’s role in providing early exposure and valuable experience, preparing young athletes for higher-level competitions such as SAGA and SUKMA.
With the dedication and commitment shown by the organizers, we hope this tournament will continue to be held annually, inspiring future generations and strengthening the rugby community across Sabah.
Day 1 – A celebration of unity, passion, and the vibrant colours of rugby. 🏉
Vivian Wong 黄诗怡
Sandakan Rugby Harapan Cup 2026
23/06/2026
XCV Badbois RUGBY (0) vs OSCA Legends Rugby Club (12)
Sandakan Rugby Harapan Cup 2026
23/06/2026
Titanium Rugby Club
Congratulations to Titanium Rugby Club on winning the Sandakan Rugby Harapan Cup 2026 for the first time!
Titanium Rugby Club emerged as champions after defeating ERC Development with a score of 14–7 in a thrilling final. This historic victory marks the club’s first-ever Sandakan Rugby Harapan Cup title and is a testament to the team’s hard work, determination, and outstanding performance throughout the tournament.
Well done to all players, coaches, and supporters who made this achievement possible. Here’s to many more successes in Future.
OP : MJ Capture Moment | Awing Tantali | Noraynee Roslan | Ahmad Jimmy
"Semangat juang, kesukanan, dan masa depan ragbi kita! 🏉✨
Sandakan Rugby Harapan Cup 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang!
Tahniah kepada semua pasukan yang telah memberikan aksi terbaik di padang. Ia bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi tentang semangat 'harapan' yang kita bina bersama demi pembangunan bakat-bakat baharu di Sabah.
Terima kasih kepada YB VIVIAN WONG SHIR YEE, Ahli Parlimen P.186 Sandakan. Pejabat Perhubungan Parlimen P.186 Sandakan, Eagles Rugby Club, dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan edisi keempat ini.
Kepada sang juara, Titanium Rugby Club, syabas atas persembahan yang luar biasa!
Teruslah menyokong pembangunan sukan ragbi di Sandakan.
Jumpa lagi di edisi akan datang!
23/06/2026
Sebagai Pengarah Kejohanan Sandakan Rugby Harapan Cup 2026, saya memanjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana kejohanan ini, edisi keempat, telah berjaya melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya—dan dalam keadaan semua orang masih boleh senyum, walaupun badan masing-masing “berperang” dengan keletihan.
Edisi kali ini menyaksikan penyertaan pasukan-pasukan yang bukan calang-calang, malah boleh dianggap powerhouse dalam sukan ragbi negeri Sabah. Setiap perlawanan benar-benar mencerminkan tahap kompetitif yang tinggi, sampai kadang-kadang saya sendiri rasa macam nak turun padang jadi “water boy” pun dah cukup mencabar.
Walaupun pada awalnya proses mendapatkan penyertaan dan merealisasikan penganjuran ini penuh dengan cabaran—daripada urusan logistik sampai ke perkara-perkara kecil yang tiba-tiba jadi besar—Alhamdulillah, semua kesulitan berjaya diatasi. Akhirnya, kejohanan ini dapat berlangsung dengan lancar, walaupun ada masanya saya rasa macam minum kopi pun tak sempat habis sebab telefon tak berhenti berbunyi.
Secara jujurnya, tahun ini adalah antara tahun paling mencabar dalam pengalaman saya sebagai pengarah kejohanan. Pelbagai masalah datang silih berganti sehingga ada ketika timbul rasa ingin berputus asa. Namun, sokongan padu dan dorongan berterusan daripada YB Vivian Wong Shir Yee menjadi “charging station” utama yang menghidupkan semula semangat saya untuk meneruskan amanah ini hingga ke wisel penamat.
Saya juga amat bersyukur kerana program yang dirancang akhirnya berjaya disempurnakan dengan baik. Walaupun saya jatuh sakit ketika perlawanan akhir sedang berlangsung, pada ketika itu rasa sakit seolah-olah “mute” sendiri kerana terlalu teruja melihat perjalanan final yang begitu sengit. Sakit diganti dengan rasa puas, lega dan gembira apabila Sandakan Rugby Harapan Cup 2026 akhirnya tamat dengan jayanya.
Akhir sekali, saya selaku Pengarah Kejohanan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Tanpa sokongan anda semua, kejayaan ini tidak mungkin dapat direalisasikan. Terima kasih.
23/06/2026
Terima kasih kepada seluruh Team Urusetia Sandakan Rugby Harapan Cup 🙏🏉
Oleh kerana jasa dan pengorbanan anda semua tidak dapat dibalas dengan kata-kata, kami amat menghargai segala usaha dan komitmen yang telah diberikan sepanjang kejohanan ini berlangsung 💪✨
Walaupun kita kehilangan seorang ahli penting dalam pasukan, iaitu Cikgu Mustamin Ole kerana yang telah berpindah sekolah di luar kawasan, semangat beliau tetap terus hidup bersama kita di Sandakan Rugby Harapan Cup ❤️
Sekalung penghargaan juga kepada semua guru dan urusetia yang sudi membantu menjayakan program Parlimen Sandakan ini. Tanpa sokongan dan kerjasama anda semua, kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai 🌟
Saya selaku wakil kepada YB Vivian Wong ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih. Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik dan pengorbanan yang telah dicurahkan 🤲✨
Ikhlas daripada,
Pengarah Kejohanan
Sandakan Rugby Harapan Cup 🏉🌺
22/06/2026
*Penghargaan Kejohanan Sandakan Rugby Harapan Cup 2026*
Dengan berakhirnya Sandakan Rugby Harapan Cup 2026 pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pihak yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan kejohanan ini.
Kejohanan ini merupakan satu manifestasi aspirasi kita dalam memperkasakan sukan ragbi di peringkat komuniti. Kejayaan acara ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan padu daripada:
*1. Seluruh Pasukan*
Bertanding: Kami menzahirkan kekaguman atas semangat kesukanan yang tinggi, disiplin, dan daya saing yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. Anda telah mempamerkan kualiti permainan yang membanggakan dan menjadi inspirasi kepada generasi muda.
*2. Para Penyokong dan Komuniti: Sokongan moral yang diberikan oleh para penonton dan penyokong menjadi nadi kekuatan kepada setiap atlet. Kehadiran anda telah menyemarakkan lagi atmosfer kejohanan ini.
Sandakan Rugby Harapan Cup bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi platform untuk kita memupuk perpaduan dan melahirkan bakat-bakat baharu yang bakal membawa nama Sabah ke persada yang lebih tinggi.
Kami berharap agar jalinan kerjasama dan semangat persaudaraan yang terbina ini akan terus dikekalkan untuk edisi-edisi akan datang.
Sekian, terima kasih.
*Jawatankuasa Pengelola,*
*Sandakan Rugby Harapan Cup 2026*
21/06/2026
Catch Us Live at KARAS.TV youtube.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Sandakan
90000