SK Jementah Official

Call Directions

SK Jementah Official JBA 7017 | Alamat: KM 22, Jalan Muar, 85200 Jementah, Johor Darul Takzim

15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎMAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN SK JEMENTAH 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Alhamdulillah, Majlis Penutup Bulan Kebangsaan SK Jementah telah berlangsung dengan penuh semangat patriotik dan meriah. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Sepanjang Bulan Kebangsaan, pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan murid, antaranya:

πŸ“Œ Pertandingan Mewarna Bulan Kemerdekaan
πŸ“Œ Pertandingan Busana Merdeka
πŸ“Œ Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka
πŸ“Œ Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Patriotik
πŸ“Œ National Day Online Quiz Tahap 1
πŸ“Œ National Day Online Quiz Tahap 2
πŸ“Œ Pertandingan Melukis Poster Merdeka Tahap 2
πŸ“Œ Pertandingan Replika dan Video Merdeka PPKI

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat dan kreativiti. Terima kasih juga kepada semua guru dan warga sekolah yang telah bertungkus-lumus menjayakan setiap aktiviti sepanjang Bulan Kebangsaan.

Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air terus subur dalam jiwa anak-anak SKeJIANS. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

β€œMalaysia MADANI: Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera.”





14/09/2026

πŸ“šβœ¨ SAMBUTAN BULAN PUSAT SUMBER SKJ FASA 1/2026 βœ¨πŸ“š

Alhamdulillah, Sambutan Bulan Pusat Sumber SKJ Fasa 1/2026 telah berlangsung sepanjang bulan April hingga Jun 2026 dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menarik serta berinformasi.

Antara pertandingan yang telah dijalankan:

πŸ“– 1. Jom Baca Anak Segamat
🎀 2. Bicara Buku – Tokoh NILAM BM & BI
πŸ“š 3. Resensi Buku
πŸ”¬ 4. Bijak Sains & Inovasi – STEM GO
πŸ’» 5. Kuiz Online Jejak Maklumat – Tahap 1 & Tahap 2

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat! πŸ‘πŸ»πŸŒŸ

Semoga program ini dapat terus menyemai minat membaca, budaya ilmu, kreativiti dan kemahiran mencari maklumat dalam kalangan murid SK Jementah.




πŸ“’ PROGRAM SKIM LENCANA ANTIDADAH NEGERI JOHOR (SLAD-J) 2026πŸ“Œ Tajuk Infografik 1 : JAUHI V**E 🚭 πŸ“Œ Tajuk Infografik 2 : AS...
13/09/2026

πŸ“’ PROGRAM SKIM LENCANA ANTIDADAH NEGERI JOHOR (SLAD-J) 2026

πŸ“Œ Tajuk Infografik 1 : JAUHI V**E 🚭
πŸ“Œ Tajuk Infografik 2 : ASAP MEMBUNUH πŸ’¨

πŸ“ Disediakan Oleh: MUHAMMAD RAIHAN BIN MOHAZAKEPOL

BACAAN YASIN & HADIS ✨Alhamdulillah, program Bacaan Yasin dan Hadis pada hari ini telah berjalan dengan lancar. Program ...
11/09/2026

BACAAN YASIN & HADIS ✨

Alhamdulillah, program Bacaan Yasin dan Hadis pada hari ini telah berjalan dengan lancar. Program ini telah dipimpin oleh Cikgu Kamalul Abrar bin Mohd Radzuan.

Semoga program ini terus menjadi amalan yang diberkati dan membawa manfaat kepada semua 🀲✨ 🀲✨



08/09/2026

✨ SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR SK JEMENTAH ✨

Seluruh warga SKeJIANS mengucapkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada GPK Hal Ehwal Murid (HEM) kita yang baharu, yang telah rasmi melapor diri pada 7 September 2026.

🌹 Puan Nor Hasmah binti Samah 🌹

Dari Selangor ke Negeri Johor,
Membawa harapan azam yang murni;
Langkah Cikgu Hasmah penuh tersusur,
Kini berkhidmat di Jementah ini.

Semoga dengan kehadiran dan pengalaman luas Cikgu Hasmah, unit Hal Ehwal Murid SK Jementah akan terus memacu kecemerlangan, sahsiah, dan kebajikan anak-anak didik kita ke tahap yang lebih gemilang.

Selamat menabur bakti di bumi Jementah! 🀲✨

πŸ‡²πŸ‡Ύ MAKLUMAN CUTI SEKOLAH PENGGAL 2 πŸ‡²πŸ‡ΎAssalamualaikum dan salam sejahtera 🌸Untuk makluman semua ibu bapa/penjaga, cuti se...
28/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ MAKLUMAN CUTI SEKOLAH PENGGAL 2 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌸

Untuk makluman semua ibu bapa/penjaga, cuti sekolah Penggal 2 akan berlangsung seperti berikut:

πŸ“… 29 Ogos 2026 (Sabtu) hingga 6 September 2026 (Ahad)

Murid kembali ke sekolah:
πŸ“… 7 September 2026 (Isnin)

Selamat bercuti kepada semua murid! πŸ₯° Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan sebaiknya bersama keluarga. Jaga diri, jaga keselamatan dan jangan lupa luangkan masa untuk membaca serta mengulang kaji pelajaran. πŸ“šβ€οΈ

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈπŸ’™πŸ’›



πŸŒ™ PROGRAM CEMERLANG GENIUS QURAN KE ARAH KOMUNITI LESTARI πŸŒ™Alhamdulillah, telah berlangsung Program Cemerlang Genius Qur...
27/08/2026

πŸŒ™ PROGRAM CEMERLANG GENIUS QURAN KE ARAH KOMUNITI LESTARI πŸŒ™

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Cemerlang Genius Quran ke Arah Komuniti Lestari pada 27 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di SK Jementah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pensyarah serta pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) atas segala kerjasama, ilmu dan sokongan yang diberikan sepanjang pelaksanaan program ini.

Tidak dilupakan, ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Ustaz Ahmad Zaidan bin Abu Samah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Segamat (Pendidikan Islam), Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Segamat atas kesudian merasmikan Majlis Penutup program.

Semoga jalinan kerjasama dan perkongsian ilmu ini terus diperkukuh demi melahirkan murid yang cemerlang, berilmu, berakhlak serta celik teknologi. 🀲🏻🌟

β€œAI-Quran Panduan Hidup, Teknologi Pemangkin Kebaikan, Komuniti Lestari Aspirasi Kita.”



26/08/2026

πŸŒ™ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M πŸŒ™

Alhamdulillah, Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M Peringkat SK Jementah telah diadakan pada hari ini 26 Ogos 2026 bertempat di Dewan Ilmu, SK Jementah.

Program yang bertemakan β€œMadani Dihayati, Ummah Diberkati” ini diserikan dengan ceramah oleh Ustaz Abdul Ghani bin Mohd Noor (GPK HEM SK Gemereh).

Semoga sambutan ini dapat menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian. 🀍✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Abdul Ghani, NYDP PIBG Encik Hamdan dan wakil AJK PIBG SK Jementah yang turut sama hadir dan memberikan sokongan dalam menjayakan program ini. Terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. 🌷

Semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan menjadi asbab pembentukan generasi yang berakhlak mulia. 🀲🏻

24/08/2026

πŸ“’ MAKLUMAN CUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M πŸŒ™βœ¨

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Selasa, 25 Ogos 2026 merupakan Cuti Umum Sempena Maulidur Rasul 1448H.

Murid-murid akan bersekolah semula pada hari Rabu, 26 Ogos 2026, bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. πŸ•ŒπŸ’š

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk kita menyemai rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian. ο·Ί

πŸŒ™ Salam Maulidur Rasul 1448H
Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ―

Address

Jementah
Segamat
85200

Telephone

079473261

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Jementah Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share