Smart MA Taekwondo Segamat

Smart MA Taekwondo Segamat

Share

Official page for SMART Ma Taekwondo Club Segamat
Specialized in Taekwondo & Martial Arts

31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-69! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga semangat perjuangan, keberanian dan perpaduan yang membentuk Malaysia terus menjadi inspirasi buat kita semua.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada
Ketua Jurulatih & Seluruh Pasukan Smart Ma Taekwondo Segamat πŸ₯‹

Photos from Smart MA Taekwondo Segamat's post 20/08/2026

πŸŽ‰ MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰

SMART MA Taekwondo Academy akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia. Maklumat berkaitan program adalah seperti berikut:

πŸ“… Tarikh: 22 Ogos 2026 [Sabtu]
⏰ Masa: 6:30-9:00 P.M
πŸ“ Tempat: SMART MA Taekwondo Academy

πŸ‘• Tema Pakaian: Pakaian Tema Orang Kampung πŸ‡²πŸ‡Ύ

Jom sama-sama kita memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, menghayati semangat patriotisme, mengeratkan silaturahim serta menikmati pelbagai aktiviti dan hidangan bersama. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Sekian, terima kasih.

SMART MA TAEKWONDO SEGAMAT πŸ‡²πŸ‡Ύ

20/08/2026

πŸŽ‰ MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰

SMART MA Taekwondo Academy akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia. Maklumat berkaitan program adalah seperti berikut:

πŸ“… Tarikh: 22 Ogos 2026 [Sabtu]
⏰ Masa: 6:30-9:00 P.M
πŸ“ Tempat: SMART MA Taekwondo Academy

πŸ‘• Tema Pakaian: Pakaian Tema Orang Kampung πŸ‡²πŸ‡Ύ

Jom sama-sama kita memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, menghayati semangat patriotisme, mengeratkan silaturahim serta menikmati pelbagai aktiviti dan hidangan bersama. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Sekian, terima kasih.

SMART MA TAEKWONDO SEGAMAT πŸ‡²πŸ‡Ύ

13/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor ke-20.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk kepada YAB Dato’ dalam memikul amanah yang besar ini. Semoga segala urusan dipermudahkan dan setiap usaha diberkati demi kemajuan negeri Johor serta kesejahteraan seluruh rakyat.

Semoga kepimpinan YAB Dato’ bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Johor sentiasa dipelihara, diperkukuhkan dan terus dikurniakan ilham untuk membawa Johor ke arah yang lebih maju, makmur dan sejahtera.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.

Daripada
KETUA JURULATIH & SELURUH PASUKAN SMART MA TAEKWONDO SEGAMAT

20/06/2026

Membongkok (bow atau kyeongrye) dalam Taekwondo adalah asas kepada seni mempertahankan diri ini yang melambangkan penghormatan, disiplin, dan kerendahan hati. Ia bukan tanda tunduk atau lemah, sebaliknya cara untuk menunjukkan nilai murni yang diajar dalam sukan ini.

1. Menghormati jurulatih dan rakan
- Ia dilakukan sebagai tanda terima kasih kepada jurulatih (Sabumnim) atas tunjuk ajar dan kepada rakan sepelatih (atau lawan) atas kerjasama.

2. Menghargai tempat latihan
- Membongkok apabila masuk atau keluar dari dewan latihan (dojang) menunjukkan rasa hormat kepada ruang pembelajaran seni mempertahankan diri tersebut.

3. Membina disiplin
- Amalan ini menetapkan fokus, membantu minda bertenang dan menyediakan diri untuk berlatih dengan lebih berdisiplin

Follow our media social πŸ‘‡πŸΌ
Facebook:
instagram: .segamat
TikTok:

20/06/2026

Counter attack, side step!

Follow our media social πŸ‘‡πŸΌ
Facebook:
instagram: .segamat
TikTok:

10/05/2026

Cari aktiviti bermanfaat untuk anak pada hujung minggu? πŸ₯‹βœ¨

Berita baik buat ibu bapa di sekitar Segamat! Pengambilan pelajar baru Sesi 2/2026 di Smart MA Taekwondo Segamat kini dibuka. Kami faham hari sekolah anak-anak sudah penat dengan buku, jadi jom penuhi hujung minggu mereka dengan aktiviti fizikal yang membina jati diri!

Kenapa kelas kami sesuai untuk anak anda?
πŸ“… Jadual Fleksibel: Kelas dijalankan pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu & Ahad). Tak mengganggu waktu sekolah atau kerja sekolah anak!
βœ… Disiplin & Fokus: Melatih anak supaya lebih beradab dan mendengar kata.
βœ… Kesihatan: Mengelakkan anak terperap di rumah dengan gajet.
βœ… Yuran Mampu Milik: Hanya RM 45/sebulan untuk latihan profesional.

πŸ“ Lokasi: Sekitar Segamat, Johor.
πŸ₯‹ Umur: 5 tahun ke atas.
🎁 KELAS PERCUBAAN PERCUMA menanti anda! Biar anak cuba dulu, pasti mereka seronok.

Jangan tunggu lagi, slot hujung minggu biasanya sangat cepat penuh! πŸ’¨

πŸ‘‡ Hubungi kami sekarang untuk tempah slot: WhatsApp: 012-7879490 (Atau klik link di bio profil kami)

SeniBelaDiri”

Photos from Smart MA Taekwondo Segamat's post 26/04/2026

Ujian Kenaikan Gred Tali Pinggang Smart MA Taekwondo Segamat 1/2026 telah berlangsung dengan suasana yang cukup meriah dan penuh semangat. Dari belt putih (Gred 9) sehingga lah belt merah (Gred 1), masing-masing turun dengan fokus dan kesungguhan, menunjukkan hasil latihan yang mereka lalui selama ini.

Setiap gerakan dan teknik yang dipamerkan bukan sekadar untuk lulus ujian, tapi juga menggambarkan disiplin, keberanian dan semangat untuk terus belajar dan memperbaiki diri.

Tahniah kepada semua. Syabas juga kepada jurulatih serta ibu bapa yang sentiasa menjadi penyokong kuat di belakang tabir. πŸ₯‹πŸ”₯




Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Segamat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Segamat
85000