Recap AR Junior April 2026; U12
Taring Junior FC
Kelab Bolasepak Komuniti Akar Umbi • Terbuka untuk pemain lelaki & perempuan berumur 5–13 tahun. Bersama membina asas bola sepak dengan seronok dan selamat! ⚽
13/05/2026
🎉 Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelatih
𝐈𝐃𝟎𝟖𝟑 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐉𝐮𝐧𝐢𝐨𝐫 𝐅𝐂 – 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐑𝐢𝐧𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐦𝐞𝐧𝐲𝐢𝐡,
𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐢𝐤𝐫𝐢 𝐑𝐢𝐳𝐪𝐢𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐇𝐮𝐳𝐚𝐢𝐦𝐢
atas kejayaan terpilih menyertai pasukan
𝐔𝟏𝟏 𝐇𝐮𝐥𝐮 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐤𝐞 𝐋𝐢𝐠𝐚 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤 𝐅𝐀𝐒!
Semoga terus istiqamah dalam latihan, berdisiplin di dalam dan luar padang serta sentiasa memberikan yang terbaik demi mengharumkan nama pasukan.
Terus melangkah maju dan semoga berjaya dalam dunia bola sepak! ⚽🔥
03/05/2026
🔥 AR JUNIOR CUP 2026 🔥
📍 Lokasi: Padang Kolej Professional MARA Beranang, Hulu Langat, Selangor
📅 Tarikh: 26 April 2026
“Ruyung telah kamu pecahkan, sagunya telah kamu nikmati.”
Namun perjalanan tidak berhenti di sini — masih banyak ruyung yang perlu dipecahkan untuk menikmati lebih banyak kejayaan di masa hadapan. 💪⚽
Tahniah dan syabas kepada:
🏆 Team U12 TJFC YARI
🏆 Team U10 THFC Razor
Yang berani menyahut cabaran dalam kejohanan ini walaupun digabungkan dengan pemain dari pelbagai kategori (U9, U10, U11 & U12). Keberanian, semangat, dan kesungguhan anda semua amat membanggakan! 👏🔥
🙏 Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada:
• Ibu bapa & penjaga
• Jurulatih
• Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
Tanpa sokongan anda, penyertaan TJFC dalam AR Cup 2026 tidak mungkin dapat direalisasikan.
💯 Teruskan usaha, teruskan berjuang — ini baru permulaan perjalanan!
⚽🔥
20/03/2026
✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨
Daripada seluruh warga Taring Junior FC, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pemain, ibu bapa, jurulatih serta penyokong yang sentiasa menyokong kami.
Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik serta kejayaan berterusan buat kita semua, di dalam dan di luar padang. ⚽🐯
Terima kasih atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi.
🌙 Salam Aidilfitri 1 Syawal 1447H
🎉 Taring Junior FC – Semangat, Disiplin, Juara!
18/02/2026
🌙⚽ 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐉𝐮𝐧𝐢𝐨𝐫 𝐅𝐂 ⚽🌙
Seluruh warga 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐉𝐮𝐧𝐢𝐨𝐫 𝐅𝐂 (𝐓𝐉𝐅𝐂) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua pemain, ibu bapa, jurulatih dan penyokong setia kelab.
Semoga bulan yang penuh keberkatan ini mendidik kita menjadi lebih berdisiplin, sabar dan kuat — bukan sahaja di padang, tetapi juga dalam kehidupan seharian.
💪 Latihan mungkin berbeza jadualnya,
🤝 Semangat berpasukan tetap sama,
🔥 Jiwa Taring tetap membara!
Semoga setiap amalan diterima dan setiap usaha diberkati.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐫𝐞𝐞𝐦! 🌙✨
31/01/2026
📅𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝟑𝟏 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Pihak pengurusan 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐔𝐍𝐈𝐎𝐑 𝐅𝐂 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Tuan Zaharudin Abdul Kadir, pemilik 𝐏𝐞𝐭𝐫𝐨𝐧 𝐑𝐢𝐧𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 (𝐅𝟏), atas kesudian beliau menaja jersi kejohanan bagi 𝐩𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐉𝐅𝐂 𝐔𝟏𝟐 𝟐𝟎𝟐𝟔.
Sokongan dan keprihatinan ini amat bermakna buat kami dalam usaha membangunkan bakat-bakat muda sukan bola sepak.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. 🙏⚽
11/01/2026
🎶⚽𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 ⚽🎶
Hari ini kami dengan penuh rasa bangga mempersembahkan 𝐋𝐚𝐠𝐮 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐉𝐮𝐧𝐢𝐨𝐫 𝐅𝐂, khas untuk 𝐩𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐔𝟏𝟐 – 𝟐𝟎𝟐𝟓 ❤️
Lagu ini bukan sekadar sebuah lagu.
Ia adalah tanda 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 buat para pemain yang berjuang di padang,
ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan,
serta semua jurulatih dan penyokong yang menjadi sebahagian daripada keluarga 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐉𝐮𝐧𝐢𝐨𝐫 𝐅𝐂.
Setiap langkah, setiap peluh, setiap kenangan —
semuanya dirakam dalam lagu dan video ini.
Terima kasih kerana bersama kami sepanjang perjalanan ini.
𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠, 𝐭𝐚𝐣𝐚𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠, 𝐠𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐠𝐚𝐮𝐦𝐚𝐧. 🐯🔥
📺 Tonton video penuh & dengar lagu rasmi sekarang.
🎶 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐉𝐮𝐧𝐢𝐨𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐓𝐞𝐚𝐬𝐞𝐫 🎶
Sedikit teaser daripada lagu khas 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐉𝐮𝐧𝐢𝐨𝐫 𝐅𝐂.
Lagu ini dicipta sebagai tanda penghargaan buat pemain 𝐔𝟏𝟐 𝟐𝟎𝟐𝟓 —
anak-anak yang telah berjuang, belajar, dan membesar bersama pasukan ini.
📅 𝐋𝐚𝐠𝐮 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 & 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚:
🗓 𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐉𝐮𝐧𝐢𝐨𝐫 — 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧, 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧.
31/12/2025
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔 🐯⚽
Daripada keluarga 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐉𝐮𝐧𝐢𝐨𝐫 𝐅𝐂,
terima kasih atas sokongan padu yang tidak pernah putus.
Tahun baharu, cabaran baharu.
𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠, 𝐭𝐚𝐣𝐚𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠,
𝐝𝐚𝐧 𝐠𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐠𝐚𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚𝐧! 💪🔥
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Bandar Rinching
Semenyih
43500