PSSGMKebangsaan Semenyih - Sang Nila Utama

PSSGMKebangsaan Semenyih - Sang Nila Utama

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PSSGMKebangsaan Semenyih - Sang Nila Utama, Martial Arts School, Semenyih.

Photos from PSSGMKebangsaan Semenyih - Sang Nila Utama's post 27/03/2022

Latihan terakhir sebelom cuti...jumpe lepas raya..

Photos from PSSGMKebangsaan Semenyih - Sang Nila Utama's post 14/02/2022

Alhamdulillah sempurna sudah Majlis Penyampaian Anugerah Sandang Negeri Selangor yang diadakan pada 12 Februari 2022 baru-baru ni.

Berkat tunjuk ajar dan didikan dari gurulatih-gurulatih terutama Cikgu Fairul Gurulatih yang mengajar Gelanggang Sang Nila Utama telah melahirkan ramai anak-anak muda yang berjaya penyarung Anugerah Sandang Khalifah, Khalifah Muda, Srikandi & Srikandi Muda.

Semoga silat PSSGMK Gelanggang Sang Nila Utama terus maju ke hadapan dan melahirkan ramai lagi bakal-bakal pesilat-pesilat yang dapat berjuang demi mempertahankan, agama, bangsa dan Tanahair tercinta..

"JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA" ....

Jangan ditepuk susu di dulang
Anak Harimau tak dapat menyusu,
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti harimau hilang kuku.

Jangan ditepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu,
Jangan pecah mentera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.

Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas,
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.

Pecah gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut di lautan tujuh,
Pecah Gayong perpecahan sayang,
Di satu masa balik berpadu (teguh)

27/12/2021

Jangan Lepaskan Peluang Utk Pelajari ilmu Seni Mempertahankan Diri PSSGMK Gelanggang Sang Nila Utama...

PENDAFTARAN telah DiBUKA... Jom ramai2 memeriahkan gelanggang ini... Jadi la sebahagian familia kami...

Photos from PSSGMKebangsaan Semenyih - Sang Nila Utama's post 10/12/2021

Alhamdulillah pd 7hb Nov 2021...Gelanggang SNU telah mengadakan ujian kenaikan bengkong Pelangi Merah Cula III & bengkong Pelangi Kuning Cula I. Seramai 12 orang pesilat telah berjaya menduduki ini.

Majlis Penyampaian Bengong telah dirasmikan oleh Pengerusi Surau Istiqomah, Taman Rinching dan Penyampaian bengkong disempurnakan oleh Ayahanda Cikgu Rasol merangkap Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan Negeri Selangor dan Pemegang Sandang Singa Malaya Kebangsaan.

Jutaan Terima Kasih kepada Pengerusi Surau & Ajk-ajk surau, penduduk Taman Rinching serta ibubapa pesilat yg telah b*k membantu untuk menjayakan ujian kenaikan bengkong ini. Diharapkan program-program seperti ini dapat membuka minda para remaja khasnya ibubapa am nya dalam mempertahankan Seni Silat Warisan Melayu ini agar ilmu pertahankan diri ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian anak-anak remaja zaman sekarang bagi membendung gejala-gejala buli yg makin berleluasa pada zaman moden ini..

* Jangan ditepuk susu di dulang
Anak Harimau tak dapat menyusu,
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti harimau hilang kuku.

*Jangan ditepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu,
Jangan pecah mentera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.

*Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas,
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.

*Pecah Gayong Di Dalam Dulang,
Dulang Hanyut Di Lautan Tujuh;
Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,
Suatu Masa Dan Ketika Kembali Berteguh (berpadu)...

PSSGMK Dulu Kini Dan SelamaNya...

05/12/2021

Hari ni 5 Disember 2021... Pesilat-Pesilat telah dijemput untuk memenuhi Undangan Walimatul Urus Tuan Rumah di EcoVenture Resort & Recreation yang dipimpin oleh Cikgu Fairul dari Gelanggang SNU...

Terima kasih di atas kesudian Tuan Rumah mengundangkan pesilat-pesilat Gelanggang SNU beraksi di depan Raja Sehari..

*DuluKiniDanSelamanyaPSSGMK*
Warisan Bangsa Pusaka Kita..

Photos from PSSGMKebangsaan Semenyih - Sang Nila Utama's post 05/12/2021

Memenuhi Jemputan Majlis Walimatul Urus Tuan Rumah & kenalan untuk mempersembahkan Demo & Bunga Silat bagi memeriah Majlis Raja Sehari di Semenyih EcoVenture Resort & Recreation...

Terima kasih di atas kesudian Tuan Rumah mengundangkan pesilat-pesilat Gelanggang SNU beraksi di depan pengantin..

Sirih Pinang Di Carik-Carik
Daun pandan harum bau nya
Seni Warisan tampak menarik
Bersulam bagai penyeri manis nya

5 Dec 2021

PSSGMKebangsaan Semenyih - Sang Nila Utama 02/12/2021

Assalamualaikum & Salam Segayong Seperguruan Persilatan....

Senarai beberapa buah Gelanggang di bawah *PSSGMK Cawangan Semenyih* berserta Gurulatih & Pembantu Gurulatih yg mengajar di setiap Gelanggang tersebut :-


SEMENYIH

1. Gelanggang Sang Nila Utama
- Gurulatih : Cikgu Fairul
- Pembantu Gurulatih : Muhammad Fahmi

2. Gelanggang Panglima Munir
- Gurulatih : Cikgu Eddy Kurniawan

3. Gelanggang Pewaris Kesuma
- Gurulatih : Cikgu Badrol

4. Gelanggang Darul Mustaffa
- Gurulatih : Cikgu Fairul

5. Gelanggang Garuda putih
- Gurulatih Cikgu Aliff

6. Gelanggang SMK Bandar Rinching
- Gurulatih Cikgu Fairul

7. Gelanggang SMK Engku Husain
- Gurulatih Cikgu Azrin

8. MJII
- Gurulatih Cikgu Ridwan

*GENGGAM, ANGKAT, YAKIN, WARAS, NGERI*

PSSGMKebangsaan Semenyih - Sang Nila Utama Martial arts school

Surau Istiqamah seksyen 6 bandar rinching 11/10/2021

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
sempena kebenaran merentas negeri dan kebenaran mengadakan aktiviti luar (outdoor), gelanggang Sang Nila Utama, Rinching ingin mengajak tuan-tuan & puan-puan, adik-adik & abang-abang untuk menghadiri kelas percuma selama 3 bulan sehingga bulan disember tahun 2021 ini.

sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan penyertaan dari pelbagai peringkat umur bagi menghadiri kelas percuma (free trial) yang gelanggang kami anjurkan.

disertakan maklumat seperti berikut :

TARIKH : sabtu malam setiap minggu
MASA : 9.00-10.15 P.M. (bagi kanak kanak berumur 12 tahun kebawah)
9.00-11.00 P.M. (bagi remaja dan dewasa)
TEMPAT : Surau Istiqamah seksyen 6 bandar rinching (https://foursquare.com/v/4f290de3e4b0eb70d4e108e8)

pihak kami bermohon agar kehadiran peserta dapat menjaga S.O.P (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan oleh pihak KKM dan pihak kami agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini berlaku. kerjasama anda amat kami hargai.

Surau Istiqamah seksyen 6 bandar rinching 29 visitors have checked in at Surau Istiqamah seksyen 6 bandar rinching.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Semenyih?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Semenyih