Coach Yafiz Cycles

Coach Yafiz Cycles

Share

CYC can provide you bicycle repair and service, riding guidance and coaching services for the joy of.

14/10/2024

Celebrating my 3rd year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. 🙏🤗🎉

Photos from Coach Yafiz Cycles's post 21/03/2022

back behind steering after nearly 3 months never driving and life behind bar only.. coaching is my soul and no one can stop me.. c*cling is my life and my passion..
*cles *clingcoach
*clinglifestyle
*clingisourpassion *c

Photos from Coach Yafiz Cycles's post 07/03/2022

4 minggu berturut join event.. 3 minggu berturut c*cling event dan minggu keempat running event.. jadinya minggu ni rehat dari join sebarang event.. minggu depan baru join event c*cling lagi 3 minggu berturut sebelum memasuki bulan puasa.. 2 minggu yang awal berlumba kategori Elite dan Master dalam acara Road Race dan minggu ketiga dalam acara MTB kategori Master.. kemudiannya minggu keempat iaitu minggu lepas join Riyadh Marathon for 21km run.. kaki dah kembang badan dah lembik jadinya rehat dua hari sebelum sambung kayuh balik hari ni.. punyalah sibuk status pun tak update langsung..

Done and dusted:
12/2: Systematic Challenge Elite - RR
18/2: Riyadh Wheelers Master - RR
25/2: Sikad Endurance Master - MTB
5/3: Riyadh Marathon 2022 Open - HM

Next Events:
18/3: Riyadh Wheelers 50km Master - RR
25/3: ITEA 100km Master - RR
1/4: Riyadh Wheelers 25miles Master - TT

Berapa diperantauan kena cari aktiviti yang boleh mengisi masa lapang.. kena maksimum kayuh sebab dah nak masuk musim panas.. musim panas kalau kayuh mau terbakar jadinya.. bulan puasa nanti pun kita kayuh malam saja terus sambung sampai musim panas nanti kayuh malam saja.. sekarang ni sebelum cuaca extreme panas kita kayuh dulu puas2.. road to Dammam for 400km solo ride..

Photos from Coach Yafiz Cycles's post 13/02/2022

Permulaan yang baik untuk tahun ini.. Penyertaan pelumbaan yang pertama di Arab Saudi.. Langkah yang baik bermula dengan pasukan amatur untuk penyertaan pelumbaan kategori Elite dalam usaha menuju ke arah penubuhan pasukan benua satu hari nanti. bermula dari bawah adalah lebih baik daripada tanpa sebarang langkah permulaan.. terima kasih kepada boss (IG) yang memberi sokongan untuk penubuhan pasukan amatur ini.. tidak lupa kepada penggiat basikal warga Malaysia yang berada di Riyadh ini kerana melengkapkan bilangan pelumba untuk penyertaan ini.. semoga ini adalah langkah yang baik untuk menuju satu langkah kemajuan.. menduduki tempat ke 49 daripada 90 pelumba yang memulakan pelumbaan daripada 100 yang mendaftar adalah sesuatu yang baik kerana bersaing dengan pelumba muda bukan sesuatu yang mudah.. walaubagaimanapun kayuhan yang semampu mungkin tetap dipersembahkan..


*clingclub

03/02/2022

Perginya takan kembali dan pergi meninggalkan kita buat selamanya.. Diantara orang yang memberi ruang dan peluang untuk aku bekerjaya sebagai seorang Jurulatih.. Kerjaya aku sebagai Jurulatih bermula dengan Team Selangor dan beliau yang memberi sepenuh kepercayaan pada tahun 2008.. Kerjaya aku diteruskan sehingga ke Brunei dan beliau jugalah orang yang membantu dalam mencadangkan aku untuk ke Brunei.. Jasamu tetap ku kenang hingga akhir hayatku.. Semoga engkau tenang di sana dan kita akan bersua di sana satu hari nanti.. Aku memohon agar dihalalkan segala ilmu dan pengorbanan yang kau curahkan dari aku bergelar pelumba sehingga menjadi Jurulatih serta sehingga apa yang aku jadi kini.. Semoga engkau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.. Salam Takziah buat keluarga arwah En. Amrun Misnoh..

Photos from Coach Yafiz Cycles's post 27/01/2022

Kayuh untuk sihat.. bila sihat baru boleh buat apa yang kita minat.. bekas pelumba jiwa dah sebati dengan lumba pasti akan join juga mana2 lumba.. lumba pun setakat mana yang mampu sebab kena sedar hari dah semakin senja.. apa lagi nak dikejarkan bila dah semakin senja ni kena cepat2 siap sebelum masuk waktu bagi mencari bekalan untuk dibawa ke sana kelak.. di sana adalah kekal abadi disebaliknya Dunia ni penuh dengan wayang semata-mata.. wayang kena jalan cerita yang menarik.. disebalik wayang yang ditontonkan kena kuatkan yang dibelakang tabir.. belakang tabir adalah bekalan yang akan dibawa ke sana kelak.. yang faham tu faham jadinya faham ke faham? mohon buat2 faham..
*cles
*clinglifestyle
*clingisourpassion










22/01/2022

Boss nak join kayuh sebab hari ni offday.. setelah 4 hari tak berkayuh di luar dan hanya lakukan latihan fizikal dalam rumah akibat cuaca sejuk yang melampau.. jadinya hari ni keluar kayuh buat Fondo terus untuk cover distance yang tak kayuh 4 hari sebelum ni.. planning untuk distance minggu ni tergelincir sedikit tapi takpa minggu depan kita cover balik.. kayuh tetap kayuh walaupun kayuhan untuk pelancongan sahaja.. hari ni kita menyantuni boss untuk halfway dan kemudian kita balik kayuh sorang diri.. nasib ada member yang tolong hantarkan boss balik.. di mana saja kita berada di situ kita terus mencari kenalan.. Alhamdulillah ALLAH permudahkan urusan tadi jika tidak naya juga nak fikirkan macam mana nak bawa boss balik semula.. Alhamdulillah ALLAH sebaik-baik perancang..

Photos from Coach Yafiz Cycles's post 21/01/2022

Segan nak keluar kayuh dengan suhu sebegini rupa.. 3 hari dah tak berkayuh sebab sejuk punya pasal.. sejuk2 pun gagahkan juga ke Masjid untuk Solat Subuh.. tak lengkap rasanya kalau dah Solat Tahajud tak terus ke Masjid untuk Solat Subuh.. cuma aku rasa pelik sikit mereka yang lain boleh pakai jubah sahaja tanpa sweater.. aku pakai sweater yang berbungkus habis pun masih tak tahan sejuk ni.. hampir sebulan di sini tapi masih belum rasa serasi dengan cuaca sebegini.. memang kulit iklim khatulistiwa aku ni.. ada hikmahNYA juga semua ni sebab ALLAH dah rancang siap2 supaya aku tak balik awal.. duduk di Masjid lama2 dapat terus beribadah dan beramal kepadaNYA.. sekurangnya Solat Taubat dapat aku laksanakan sebelum terang sikit untuk balik ke rumah.. sangkaan aku meleset untuk suhu meningkat malahan semakin menurun p**a jadinya.. Salam Jumaat dari Bumi Anbiya.. jadikan hari ini lebih baik dari hari2 sebelum.. semoga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh ALLAH SWT..

Photos from Coach Yafiz Cycles's post 14/01/2022

Alhamdulillah hari Jumaat yang indah bakal berlabuh di Bumi Anbiya ini.. jika kita sentiasa bersama ALLAH maka segala urusan dipermudahkan olehNYA.. bermula dari awal pagi selepas Solat Subuh terus berkayuh ke tempat RV point sejauh 28km untuk kayuh bersama geng2 Malaysian Riyadh Cycling Club (MRCC).. kali pertama untuk ke tempat RV telah sesat barat disebabkan data internet habis.. nasib ada yang pandai berfikir dengan pantas untuk topup kan sebab ana masih belum mempunyai online banking di sini.. baru dapat ana beli data balik semula.. sampai RV point dengan selamat dan mereka semua selamat menunggu ana.. kemudiannya kami berkayuh mengelilingi sebuah Universiti Wanita yang terbesar di Dunia membuatkan ana teruja melihatnya.. jika ada siapa2 yang mempunyai anak perempuan boleh pasang niat dari sekarang untuk hantar anak belajar di Universiti ini.. selepas selesai berkayuh kami lepak breakfast kedai Pakistan dan dapatlah ana bersembang sakan cakap melayu sebab macam rasa dah lama sangat tak sembang panjang cakap melayu.. setelah selesai breakfast ana bergegas untuk p**ang agar sempat untuk pergi Solat Jumaat.. sampai di rumah dengan selamat dan ada lagi 20 minit sebelum bermulanya Solat Jumaat.. sekali lagi ALLAH permudahkan urusan ana.. selepas Solat Jumaat ana pergi makan Kabsah Hasyi yang diidamkan sekian lama.. habis makan terus balik rumah untuk masuk kerja p**a.. sesudah Isyak satu rahmat lagi turun iaitu hujan membasahi tanah Riyadh.. hujan memang amat jarang berlaku di Bumi Anbiya ini dan bila hujan memang rahmat yang teramat sangat.. segalanya bermula dengan doa dan ALLAH akan permudahkan segalanya..

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Semenyih?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Semenyih
43500