SKPN 5 MUAR

Call Directions Contact the business

SKPN 5 MUAR Ruang Informasi SK Parit No 5 Muar Johor . Khas buat semua warga sekolah kakitangan dan alumni SKPN5

PERHIMPUNAN RASMI 24 Ogos 2026 (Isnin)Penyampaian Hadiah / Sijil1. Pergerakan Puteri Islam Malaysia 2. PENGAKAP3. KLINIK...
24/08/2026

PERHIMPUNAN RASMI
24 Ogos 2026 (Isnin)

Penyampaian Hadiah / Sijil
1. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
2. PENGAKAP
3. KLINIK SOFBOL

Tahniah kepada murid-murid yang terlibat.



Tahniah kepada 4 orang murid Pengakap Tahun 5 telah dipilih untuk menyertai PERKHEMAHAN BERSEPADU SAHABAT ALAM peringkat...
22/08/2026

Tahniah kepada 4 orang murid Pengakap Tahun 5 telah dipilih untuk menyertai PERKHEMAHAN BERSEPADU SAHABAT ALAM peringkat NEGERI pada:

21-22 Ogos 2026 (Jumaat -Sabtu)
Bertempat di SK Sg Balang Darat

Semoga pengalaman bermakna ini dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar disamping mendidik anak-anak ini menjadi insan yang berdikari serta serba berkebolehan dalam pelbagai aspek untuk masa kini dan akan datang.

Terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru pengiring, ibu bapa serta wakil PIBG yang sentiasa memberikan galakan dan sokongan.🫰👍




🎶 TAHNIAH CRYSTAL NOTE TEAM SK PARIT NO.5 🎶Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Crystal Note Team SK Parit No.5 atas...
22/08/2026

🎶 TAHNIAH CRYSTAL NOTE TEAM SK PARIT NO.5 🎶

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Crystal Note Team SK Parit No.5 atas kejayaan meraih NAIB JOHAN dalam Pertandingan Rekoder dan Genderang Sekolah Rendah Peringkat Daerah Muar 2026. 🥈✨

Kejayaan ini merupakan hasil dedikasi, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi daripada para peserta serta bimbingan penuh komitmen daripada guru-guru pembimbing.

Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir, seluruh warga SK Parit No.5 serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, doa dan dorongan sepanjang persiapan hingga ke hari pertandingan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah, Crystal Note Team! 💙🎵



🏆 TAHNIAH TEAM BICARA BERIRAMA SERITMA! 🏆Syabas dan tahniah diucapkan kepada Team Bicara Berirama SERITMA yang telah ber...
22/08/2026

🏆 TAHNIAH TEAM BICARA BERIRAMA SERITMA! 🏆

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Team Bicara Berirama SERITMA yang telah berjaya merangkul gelaran JOHAN dalam pertandingan Bicara Berirama Bahasa Melayu Sekolah Rendah! 🎉👏

Kejayaan ini melayakkan Team Bicara Berirama SERITMA mewakili Daerah Muar ke Pertandingan Bicara Berirama Bahasa Melayu Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor. 🏆✨
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen, disiplin, semangat berpasukan dan persembahan yang membanggakan. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat atas bimbingan, latihan dan pengorbanan yang dicurahkan.

Penghargaan yang tidak terhingga juga buat barisan pentadbir, seluruh warga kerja SK Parit No.5 serta ibu bapa atas sokongan, doa dan dorongan yang sentiasa diberikan. ❤️
Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. Semoga Team Bicara Berirama SERITMA terus cemerlang dan mengharumkan nama Daerah Muar serta SK Parit No.5 di peringkat Negeri Johor!

🌟 SERITMA BOLEH! SERITMA HEBAT! 🌟
Tahniah dan selamat berjuang di peringkat negeri! 🇲🇾🏆





🇲🇾 SETULUS PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 🇲🇾Pihak SK Parit No.5 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kas...
21/08/2026

🇲🇾 SETULUS PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 🇲🇾
Pihak SK Parit No.5 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

👮 SJN Mohamad Nizam bin Ismail
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)
BSPT – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
IPD Muar

atas kesudian meluangkan masa hadir ke SK Parit No.5 serta menjalin kerjasama dan hubungan erat bersama warga sekolah.

Kehadiran dan komitmen pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat bermakna dalam usaha bersama membentuk murid yang berdisiplin, berhemah, mematuhi peraturan serta mengutamakan keselamatan.

Semoga jalinan kerjasama antara SK Parit No.5 dan PDRM terus kukuh demi kesejahteraan, keselamatan dan kemenjadian anak-anak murid. 🤝💙
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”
Terima kasih, Tuan. 🌷🇲🇾








Program Jelajah Susu F&N / 18 Ogos 2026 / SJKC Chung Hwa KetigaTahniah dan Syabas diucapkan kepada empat orang murid 6UM...
21/08/2026

Program Jelajah Susu F&N / 18 Ogos 2026 / SJKC Chung Hwa Ketiga

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada empat orang murid 6UM yang terpilih untuk menyertai program ini.

Aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 peringkat SK Parit No.5. Tarikh : 17 hingga 20 Ogos 2026
21/08/2026

Aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 peringkat SK Parit No.5.

Tarikh : 17 hingga 20 Ogos 2026

🇲🇾 MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Peringkat SK Parit No.5Alhamdulillah, telah berlan...
21/08/2026

🇲🇾 MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾
Peringkat SK Parit No.5

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia 2026 pada 17 Ogos 2026 bertempat di Dewan Ibnu Sina, SK Parit No.5.

Majlis telah disempurnakan oleh Puan Noorlina binti Meskon, Guru Besar SK Parit No.5, dengan penglibatan seluruh warga sekolah dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.

Tahun ini, sambutan tampil dengan nafas baharu melalui penggabungan elemen STEM dan nilai patriotisme, selaras dengan tema:
🇲🇾 “MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI” 🇲🇾

Pelbagai aktiviti menarik yang menggabungkan kreativiti, inovasi, penyelesaian masalah, kerjasama dan semangat Merdeka bakal dilaksanakan sepanjang tempoh sambutan.
Semoga Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia 2026 terus menyemarakkan Jiwa Merdeka, semangat perpaduan dan kecintaan terhadap Malaysia dalam kalangan seluruh warga SK Parit No.5.

❤️🤍💙💛 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾






21/08/2026

🇲🇾✨ PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM “RETRO MERDEKA” ✨🇲🇾
Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia 2026
Peringkat SK Parit No.5
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 🌺
🎉 Jom sertai pertandingan yang menarik dan penuh kreativiti! 🎉
👗 Tema:
“RETRO MERDEKA – Warna-warni Zaman Dahulu, Semangat Merdeka Masa Kini!”
📅 Tempoh penyertaan:
18 Ogos hingga 7 September 2026
(Untuk tujuan saringan)
👧🧒 Terbuka kepada:
• Murid PPKI & Tahap 1
• Murid Prasekolah
🎩 Pakaian yang sesuai:
✔️ Gaya retro/klasik era 50-an hingga 90-an
✔️ Pakaian tradisional masyarakat Malaysia
✔️ Gabungan pakaian retro + unsur patriotik
✔️ Warna/corak Jalur Gemilang
✔️ Aksesori bertemakan Malaysia
✔️ Pakaian kreatif menggunakan bahan kitar semula juga dialu-alukan ♻️
🇲🇾 Paling penting:
Pakaian mestilah mempunyai unsur semangat patriotik, kreativiti dan menepati tema “Retro Merdeka”.

📸 CARA PENYERTAAN: 1️⃣ Sarungkan pakaian mengikut tema.
2️⃣ Ambil 1 keping gambar penuh peserta.
3️⃣ Rakam video 30 saat – 1 minit peserta memperagakan pakaian.
4️⃣ Muat naik video ke mana-mana media sosial.
5️⃣ Hantar pautan video + gambar peserta kepada pihak yang ditetapkan.
🏆 SARINGAN:
⭐ 20 peserta terbaik – PPKI & Tahap 1
⭐ 20 peserta terbaik – Prasekolah
📌 Penilaian berdasarkan:
🌟 Kreativiti & keaslian pakaian
🇲🇾 Elemen patriotik
👗 Kesesuaian dengan tema Retro Merdeka
💃 Gaya memperagakan pakaian
✨ Kekemasan & aksesori
📢 Jangan lepaskan peluang!
Ajak anak-anak tampil dengan gaya retro yang kreatif, unik dan penuh semangat Merdeka!
🇲🇾 “RETRO GAYANYA, MERDEKA JIWANYA!” 🇲🇾
Anjuran:
📚 Panitia Sejarah & Prasekolah
SK Parit No.5

📢 INFO J-SAFE SIRI 2/2026 📢🎒 CEK BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMAT 🏫✨Keselamatan anak-anak merupakan tanggungjawab bersama...
22/07/2026

📢 INFO J-SAFE SIRI 2/2026 📢
🎒 CEK BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMAT 🏫✨
Keselamatan anak-anak merupakan tanggungjawab bersama. Ibu bapa ialah barisan pertama dalam memastikan keselamatan anak sebelum mereka melangkah ke sekolah.

Justeru, luangkan 2 minit sebelum anak keluar rumah untuk:
✅ Buka dan periksa beg bersama anak
✅ Periksa semua ruang beg seperti poket utama, poket kecil, bekas pensel dan bekas makanan
✅ Pastikan tiada barang terlarang dibawa ke sekolah
✅ Bawa hanya keperluan pembelajaran
✅ Berbual secara terbuka dengan anak tentang barang-barang yang dibawa ke sekolah

🚫 BARANG TERLARANG TIDAK DIBENARKAN DI SEKOLAH, termasuk vape/rokok, senjata tajam, mercun, pemetik api, dadah atau bahan terlarang, ubat tanpa kebenaran serta barangan yang boleh membahayakan murid lain.

🤝 Kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah amat penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan sejahtera.

💙 Cek sekejap di rumah, lindungi anak di sekolah.
🌱 Anak selamat, sekolah hebat!







Address

SK PARIT NO 5
Semerah

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6074213584

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKPN 5 MUAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SKPN 5 MUAR:

Shortcuts

Share

Category