15/04/2021
PERASMIAN JERSI SCFC EDISI 2021
Perasmian secara kecil-kecilan telah diadakan bagi meraikan jersi edisi 2021. Walaupun aktiviti/kegiatan agak kurang disebabkan oleh pendemik covid19, kita akan cuba adakan beberapa aktiviti yang mematuhi SOP yang ditetapkan.
Terima kasih kepada semua pembeli jersi pada tahun ini & terima kasih juga pada yang tidak putus-putus menyokong serta menyumbang kepada kelab.
TERIMA KASIH.
09/09/2020
PERASMIAN JERSI SCFC 2020
Perasmian Jersi Pada Malam Ini Merupakan Perasmian Jersi SCFC Bagi Edisi Tahun 2020.
Terima Kasih Kepada Team Futsal Balai Polis Pulau Bum Bum Kerana Memeriahkan Lagi Aktiviti Futsal Mingguan Yang Telah Diadakan.
Terima Kasih Kepada Semua Pemain Yang Sudi Hadir Pada Malam Ini. Tak Lupa Juga Kepada Pemain Yang Tidak Dapat Hadir Disebabkan Faktor Kerja.
02/09/2020
PENYERAHAN JERSI SCFC EDISI 2020
18/07/2020
SETELAH SEKIAN LAMA!!!
RIADAH FUTSAL!! PECAH LEMAK!! PELUH JANTAN!!
01/01/2020
SALAM TAHUN BARU, SALAM 2020
Riadah permulaan bagi tahun baru 2020, semoga permulaan ini dibuka dengan langkah kanan & lebih bersemangat. Dikesempatan ini juga, MIX TEAM ipd semporna mengambil peluang mengadakan sesi bergambar bersama-sama SCFC.
28/12/2019
LIGA PENALTI TERTUTUP SCFC 2019
Liga Penalti Tertutup SCFC 2019 telah diadakan pada 28/12/2019 pada hari sabtu bertempat di Padang IPD Semporna. Liga penalti ini belangsung selama 4 jam sahaja, bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Liga Penalti kali ini disertai seramai 30 orang pemain daripada IPD, PGA, MERIN, Anak-Anak Polis & Jemputan pemain SIFA Semporna. Pemain-pemain dipecahkan kepada 6 pasukan melalui sistem undian secara rawak(Random). 6 pasukan tersebut ialah :
Kumpulan 1
1) Pasukan(Team) A
2) Pasukan(Team) B
3) Pasukan(Team) C
Kumpulan 2
1) Pasukan(Team) D
2) Pasukan(Team) E
3) Pasukan(Team) F
Hasil daripada perlawanan kumpulan 1 & 2, terdapat 4 pasukan yang layak ke pusingan kedua(Separuh Akhir) 4 pasukan tersebut adalah:
Pusingan Kedua(SEPARUH AKHIR)
1) JOHAN K1(Team A) lwn N.JOHAN K2(Team F)
2) JOHAN K2(Team D) lwn N.JOHAN K1(Team B)
Setelah perlawanan pusingan kedua selesai, 2 pasukan telah layak ke pusingan akhir(FINAL) iaitu Team F & Team D. Manakala Team A & Team B bertembung bagi merebut kedudukan tempat ketiga & keempat.
PERLAWANAN TEMPAT KETIGA & KEEMPAT
1) Team A lwn Team B
PERLAWANAN AKHIR
1) Team F lwn Team D
KEPUTUSAN PENUH LIGA PENALTI TERTUTUP SCFC 2019
JOHAN : Team F
NAIB JOHAN : Team D
TEMPAT KETIGA : Team A
TEMPAT KEEMPAT : Team B
KELIMA & KEENAM BERSAMA : Team C & Team E
Kami sebagai pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemain yang terlibat kerana memberikan kerjasama, komitmen & disiplin yang bagus. Kami juga memohon maaf jika terdapat kesalahan, kesilapan atau kekurangan pada Liga Penalti kali ini. Kami harapkan penutup aktiviti tahun ini menjadi kenangan yang indah.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
TERIMA KASIH KEPADA URUSETIA :
1) Sasri
2) Syamsul
3) Kaussar
4) Azzrul
15/12/2019
KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP SCFC
Kejohanan ini diadakan pada 15/12/2019 iaitu hari ahad bertempat di Borneo Sports Centre(BSC). Kejohanan terdiri daripada 4 pasukan iaitu :
1) Pasukan A (Merah)
2) Pasukan B (Biru)
3) Pasukan C (Kuning)
4) Pasukan D (Hijau)
Seramai 24 pemain yang terlibat dalam kejohanan ini & seorang pengadil jemputan.
Sepanjang kejohanan, semua pemain memberikan kerjasama yang bagus & menunjukkan sikap yang "Profesional" seperti ketepatan masa, sikap kerjasama, menjaga kebersihan & redha dengan keputusan perlawanan😂.
Tujuan kejohanan adalah untuk mengeratkan hubungan antara pemain & untuk saling mengenali antara satu sama lain. Insyaallah kita akan adakan lagi pada tahun 2020.
KEPUTUSAN KEJOHANAN
JOHAN = Pasukan A (Merah)
NAIB JOHAN = Pasukan D (Hijau)
KETIGA = Pasukan B (Biru)
KEEMPAT = Pasukan C (Kuning)
25/10/2019
🏆KEHOHANAN BOLA SEPAK PIALA🏆
KETUA POLIS DAERAH SEMPORNA 2019(KPD Cup 2019)
Kejohanan ini berlangsung selama 3 minggu yang disertai oleh beberapa pasukan bola sepak yang melibatkan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Pangkat Rendah Polis & Keluarga Polis.
Terdapat 8 pasukan yang terlibat dan dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. 8 pasukan tersebut ialah :
KUMPULAN (A)
1) KOMBAS FC
2) ANAPOL FC (anak polis)
3) BALAI POLIS SEMPORNA
4) BALAI POLIS PULAU BUM BUM
KUMPULAN (B)
1) POLIS MERIN SEMPORNA
2) MIX TEAM IPD SEMPORNA
3) PASUKAN PEGAWAI
4) JPJKK
Sepanjang kejohanan berlangsung, pihak penganjur juga memainkan peranan dengan jayanya dari segi persediaan padang, peralatan, pemantauan pemain & kebajikan pengadil. Peminat-peminat bagi setiap pasukan juga membantu memeriahkan setiap perlawanan dengan memberi sorakan semangat & sokongan terhadap pasukan kesayangan mereka.
Berikut merupakan keputusan kejohanan,
KEPUTUSAN KEJOHANAN
TEMPAT PERTAMA : Mix Team IPD Semporna🏆
TEMPAT KEDUA : ANAPOL(anak polis)🏅🏅
TEMPAT KETIGA : Kombas Fc🏅🏅🏅
TEMPAT KEEMPAT : Merin Semporna
25/09/2019
SESI BERGAMBAR JERSI SCFC & RIADAH MINGGUAN
Terima kasih pada yang hadir dan memberi kerjasama & tidak lupa juga pada yang tidak dapat hadir disebabkan faktor kerja.