03/01/2023
Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepadamu Sahabat. Aminπ€²π€²π€²
*Kronologi insiden kemalangan berbasikal*
*FUNRIDE NEW YEAR TAWAU 2023*
1. Sekump**an rider bergerak secara berkump**an, seorang rider tunduk sekejap dan terlanggar tayar belakng rider di hadapan.
2. Rider depan terjatuh mengakibatkan rider2 lain ikut terjatuh. (dalam 5-8 orang yg terjatuh)
3. Rider2 yg jatuh tersondol tayar basikl ckg yasmin yg berada didepan masa itu.
4. Ckg yasmin turut terjatuh ke arah jln sebelah (lorong laju) & kebetulan ada kereta sedan (kenderaan jabatan) yg dipandu oleh pemandu askar dilorong laju tersebut.
4. Ckgu Yasmin terjatuh dan bergesel dgn kenderaan tersebut. Cikgu Yasmin dikejarkan ke hospital menggunakan ambulance.
5. Rider2 lain yg terjatuh cedera ringan dan diangkut menggunakan kenderaan marshall. Cuma ckg yasmin yg agak teruk kerana tergesel dgn kereta.
*Apa pun, kita doakan SEMOGA Cikgu Yasmin cepat sembuh sperti sediakala. Aminπ€²π€²π€²*
.
π€²π€²π€²
05/11/2022
Jgn lupa beli pisang
Pisang bagus untuk kesihatan dan bersukan
11/09/2022
.
Rider2 Kelab Basikal Semporna (KeBaS) telah menyertai kayuhan FUNRIDE COCOA Anjuran Lembaga Koko Malaysia dengan jarak kayuhan 30KM.
Pada awalnya ramai ahli KeBaS yang akan turun menyertai kayuhan ini. Namun 2 rider kmi (TUAN ZUL & USTAZ SOLAH) terpaksa mengundur diri kerana terlibat dengan program MENAWAN PUNCAK G.KINABALU pada tarikh yang sama dengan kayuhan ini.
Oleh kerna bertembung dengan program2 lain maka hanya seramai 5 orang sahaja rider KeBaS yang terlibat dalam kayuhan ini. 2 orang masuk kategori RB, 2 orang kategori Folding dan seorang masuk kategori MTB.
Pelepasan dijalankan pada pukul 7.30pagi mengikut kategori masing2. Pelepasan pertama adalah kategori RB, kemudian MTB dan yang terakhir adalah kategori Folding Bike.
Di kategori RB, sebaik saja pelepasan, semua rider2 bergerak satu kump**an dan kemudian berpisah mengikut kekuatan dan kelajuan masing2. Rider2 yg cukup stamina dan kekuatan akan berjaya berkumpul di peloton pertama. Manakala yang xcukup @ kurang stamina selalunya akan terputus dibelakng.
Di peloton pertama, jangkar utama KeBaS TUAN JAI telah berjaya menempatkan posisi di peloton pertama dari awal pelepasan sehinggalah 10KM yang terakhir.
Lebih kurang 10 KM lagi ke garisan penamat, dengan segala kekuatan yang ada, TUAN JAI telah melakukan breakaway dengan momentum kelajuan tinggi sehingga menyukarkan peloton dan rider2 lain mengejar dari belakang.
TUAN JAI telah berjaya meninggalkan semua rider2 dipeloton pertama jauh dibelakng dan beliau bergerak cemerlang secara solo sehinggalah ke garisan penamat.
Tahniah kepada Jangkar Utama KeBaS TUAN JAI telah mengungguli kategori RB di kedudukan JUARA di NO. PERTAMA.
Manakala di Kategori Folding Bike p**a, 2 orang rider KeBaS telah menempatkan posisi di barisan TOP-10. Tahniah TUAN FATAH menduduki tempat KE-9 @ anak beliau (AHMAD FAKRUL ABD. FATAH) menduduki tempat KE-10.
Dua orang lagi rider KeBaS berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 38KM dengan catatan masa lebih kurang 1jam. Tahniah TUAN AZREY & TUAN YASMIN. InshaAllah next event kita cuba lagi.
Tahniah jugak kepada rider2 dari Semporna yang telah menaiki podium dalam kayuhan ini. Tahniah,
1. TUAN RANO Juara Kategori MTB.
2. TUAN M.SHAFEE tempat ke-6 Kategori Folding Bike
3. BAHARUDDIN ALIMUDDIN tempat ke-5 kategori Folding Bike
4. M. SAIFUL HAFIZ tempat ke-7 Kategori Folding Bike.
Tahniah juga kepada rider2 lain yang telah menaiki podium dan tahniah jugak kepada semua rider yang telah berkayuh di FUNRIDE COCOA 2022. InshaAllah next event kita jumpa lagi.
01/09/2022
TARIKH 31 OGOS 2022
VIDEO WARNA WARNI
FUN RIDE & FUN RUN
Sempena Karnival Hijrah & Hari Merdeka
01/09/2022
TARIKH 31 OGOS 2022
Kelab KeBaS telah berkolabrasi bersama Pihak Masjid As-Salam dalam penganjuran dan pengelolan Fun Ride dan Fun Run Sempena Karnival Hijrah dan Hari Kebangsaan 2022.
Program ini adalah kayuhan dan larian santai sambil mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik menggambarkan semangat patriotisme semua yang telibat.
Sebelum pelepasan peserta, gerakan senamrobik dilakukan sebagai aktiviti regangan. Kemudian laungan keramat MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA dilaungkan serentak bersama-sama dengan di Ketuai oleh Tuan Pengerusi Masjid As-Salam (Tuan Habib Faizal)
Fun Ride dan Fun Ride ini telah menghimpunkan lapisan masyarakat dan lapisan pengayuh berbasikal dari pelbagai kelab di daerah Semporna iaitu :
1. Kelab Basikal Sihat Semporna (KBSS)
2. Semporna Edu Cycling Team (SECT).
3. Pusung Cycling Club
4. Huat Pahinit Cycling Semporna Team
5. Kelab The Padles
6. Kelab Kayuhan Kasilasa (3K)
5. SDPA Cycling Team
6. Frog Cycling Team
7. Kelab Semporna Foldies
8. Kelab Hyper Riders TTC
9. dan juga rider2 dari kelab lain yang turut sama memeriahkan program ini. Anda semua memang Awesome. Terbaik πππ
Sedikit coretan sejarah era negara kita. Negara kita pernah dibelenggu era penjajahan selama lebih kurang 600 tahun lamanya. Bayangkan berapa kurun, dekad dan generasi rakyat yg telah merasai keperitan dan kesengsaraan ini. Berapa ramai pejuang-pejuang, wira-wira pemimpin-pemimpin negara kita yang kecundang dan terkorban demi mengejar bayang2 kebebasan.
Hari ini, detik ini dan saat ini.
Kali yang ke-65, perjuangan mereka bukanlah sia2. Kebebasan yang di kejar, bukanlah bayang2. Sebuah kenyataan kebebasan dan kemerdekaan terhasil dan tercipta dari titik tumpah darahnya rakyat, pejuang, wira dan pemimpin yang terdahulu. Terima kasih semua wahai wira2 negara kami.
Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan, Program Funride dan Funrun ini dijalankan tujuan utamanya adalah menyamarakkan sambutan Bulan Kebangsaan negara kita yang ke-65 selain membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat setempat. Selain itu juga, aktiviti ini bertujuan memupuk gaya hidup yang sihat masyarakat dengan cara melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan.
Tahniah kepada Barisan jentra Masjid As-Salam yang diketuai oleh Tuan Habib.
Tahniah juga kepada KRU Kelab KeBaS (Pengerusi Kelab Tuan Yasmin, Jangkar Utama KeBaS Tuan Jai, Jurufoto Terbaik KeBas Ustaz Marzuki, Tuan Zul, dan Ustaz Solah) bergabung tenaga menguruskan prgorm ini dengan sangat terbaik.
Terima kasih juga kepada Tuan Azrey satu-satunya wakil kelab KeBaS yang ditugaskan untuk terlibat mengayuh bersama2 rider2 di trek kayuhan ini.
Kepada Tuan Fatah, tahniah dan terima kasih atas komitmen mengalas tugas mewakili Kelab KeBaS menyantuni Kayuhan Merdeka Di Daerah Tawau Anjuran Coop-Bank Pertama.
Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih diungkapan kepada semua yang terlibat bersama2 menjayakan Dan menyamarakkan BULAN MERDEKA pada tahun ini.
*SELAMAT MENYAMBUT
BULAN KEBANGSAAN & HARI MERDEKA KE-65*
21/08/2022
20 OGOS 2022,
Cyclist Kelab Basikal Semporna (KeBaS) telah menyantuni Kayuhan Amal Kastam Anjuran Jabatan Kastam Daerah Lahad Datu.
Pada program kayuhan amal ini, kami menurunkan tiga jenis jentra basikal iaitu 1 TT Bike, 3 Road Bike dan 2 Mountain Bike dari pelbagai brand. Kayuhan ini adalah sebagai kayuhan pemanasan sebelum beraksi di KALABAKAN FUNRIDE CHALLENGE dan KUNAK MTB CHALLENGE.
Sehari sebelum kayuhan, kami telah menjamu selera di Bakso Legends Steamboat Lahad Datu sebagai carbo loading sebelum berkayuh pada keesokan harinya. Cukup berpuas hati dengan menu yang tersedia. Sesiapa yang datang ke Lahad datu bolehlh singgah2 di Legends Steamboat LD, InshaAllah confirm puas hati.πππ
Jam 7.30pagi, peserta Kayuhan Amal dilepaskan bermula diperkarangan Wisma Kastam. Di sepanjang kayuhan ini, laluan trek dikawal sepenuhnya oleh Anggota Trafik, Anggota Kastam, Angkatan Sukarelwan Malaysia (APM) dan Barisan Marshall serta urusetia. Di setiap persimpangan dan trafik light juga ditempatkan sebahagian anggota2 tersebut bagi memudhkan aliran kayuhan ini berjalan lancar tanpa henti.
Sebaik saja rider2 dilepaskan, pada awalnya rider2 bergerak dalam kump**an, namun 10KM seterusnya semua rider akan berkayuh mengikut stamina dan kekuatan masing2. Pada ketika ini rider2 akan terpecah kump**an mengikut tahap kekuatan dan kelajuan masing2.
Tahniah kepada rider KeBaS Tuan Jai, rider yang beraksi cemerlang dalam kayuhan ini dengan Avgree 34.7Km/h walaupun menggunakan jentra MTB dgn size tayar 2.0.πππ
Lebih kurang jam 9.30pagi semua rider telah selesai menghabiskan kayuhan masing2 dan bersiap sedia untuk acara penutupan. Semasa acara penutupan, tiga orang cyclist KeBaS bertuah kerana mendapat rezeki hadiah dalam slot cabutan bertuah. Tahniah Tuan Jai jangkar utama KeBas, Tuan Fatah & Tuan Yasmin kerana bertuah.πππ
Terakhir dari kami Kelab Basikal Semporna (KeBaS) mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Pihak Penganjur Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lahad Datu atas penganjuran yang tersusun, teratur dan terbaikπππ.
Semoga bertemu lagi di event2 akan datang. InshaAllah
19/06/2022
18 JUNE 2022 (SABTU)
Rider2 Kelab Basikal Semporna (KEBAS) menyantuni Kayuhan FUN RIDE 2022 Sambutan Hari Guru Peringkat DAERAH TAWAU.
Kayuhan seperti ini sangat bermakna khususnya kepada warga2 peminat sukan berbasikal. Terima kasih warga DAERAH TAWAU menganjurkan aktiviti FunRide seperti ini. FUN RIDE saja namanya tpi sekali pelepasn automatik RACE RIDE jadinya. π€£π€£π€£
Memandangkan semua Rider2 KeBaS adalh warga pendidik, semestinya perasaan teruja, terharu dan gembira terungkap dalam sanubari kerana profesion ini sentiasa dihargai, dihormati dan disanjungi. Penghormatan dan penghargaan itu diluahkan dan diterjemahkan melalui penganjuran Sambutan Hari Guru seperti ini. Jutaan tahniah dan terima kasih kepada warga Tawau atas sambutan seperti ini.
Dari kami Rider2 KELAB BASIKAL SEMPORNA (KeBaS) mengucapkan kepada semua insan2 yang bergelar guru dan pendidik
"SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU"
"GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA"
"TERIMA KASIH CIKGU"
.
30/04/2022
Beza HANGPA dengan DEPA π