03/10/2025
Untuk makluman semua, secara rasminya dahulunya All Stars Futsal Senawang telah beralih kepada pengurusan baru ke RKS Sports Centre yang berkonsepkan "Multipurpose Court".
Peminat sukan futsal jangan bimbang! Futsal masih ada & tambahan beberapa sukan lain.
Info lanjut boleh direct Whatsapp talian di bawah
https://www.wasap.my/+6066788329/SLOTRKS
22/12/2024
Sepak mula sukan futsal akan berlangsung hari ini hingga esok di All Stars Futsal
Semoga berjaya buat kesemua pasukan yang bertanding🔥
26/10/2024
10 sekolah yang akan bertanding di Pertandingan Futsal TaHa Bestari 2024 di All Stars Futsal pada Ahad (27 Oktober 2024) anjuran Tabung Haji N.Sembilan.
Bagi mereka yang ingin membuka akaun Tabung Haji boleh hadir ke All Stars Futsal Senawang.
18/08/2024
Perluaskan sukan bola sepak jalan kaki | Berita Harian
SEREMBAN: Menempuh perjalanan sejauh lebih 70 kilometer (km) dari Sungai Udang, Melaka ke daerah ini hanya semata-mata mahu belajar sukan yang dianggap unik, bola sepak berjalan kaki atau 'walking football'.
08/04/2024
Hebahan penutupan sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 💫
21/02/2024
Assalamualaikum kepada Anak-anak Negeri Sembilan,
Pasukan Negeri Sembilan United Futsal Team akan mengadakan sesi pemilihan pemain-pemain futsal bagi mempersiapkan pasukan untuk mengharungi Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Division 2 yang dijadualkan akan berlangsung pada Mei 2024.
Kami mencari pemain skuad utama dari anak-anak Negeri Sembilan yang berkemahiran dan berpotensi tinggi dalam sukan Futsal untuk diserapkan di dalam pasukan kami.
Berikut adalah tentatif untuk Sesi Pemilihan Pemain Futsal NS United
🗓 : 24/2/2024 (Sabtu)
🕐 : 8.00 pm
🏟: Kompleks Sukan Negeri Paroi (Centre Court)
Nota:
1. Semua pemain perlu memakai pakaian yg bersesuaian dan kelengkapan sendiri
2. Semua pemain diharapkan untuk datang seawal 7.30 pm bagi pendaftaran ke sesi pemilihan. Jika lambat hadir untuk pendaftaran pemilihan, pihak pengurusan tidak akan membenarkan menyertai pemilihan
Sekian. Terima Kasih.
Pengurus
Negeri Sembilan United Futsal Team
22/10/2023
BR VAMOS ungguli SPFL 2023 | Berita Harian
KUALA LUMPUR: Kejuaraan Liga Futsal SP (SPFL) 2023 sah menjadi milik BR VAMOS selepas menamatkan kejohanan dengan sembilan kemenangan dan dua kekalahan untuk mengutip 27 mata sekali gus menewaskan 11 pasukan lain.
23/09/2023
Senarai pemenang Pertandingan Futsal Kokuyo 2023. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang
Terima kasih memilih venue kami untuk kejohanan futsal syarikat anda. Jumpa lagi akan datang!
22/09/2023
Untuk tempahan gelanggang futsal & ping pong boleh terus Call/Whatsapp talian 012-5780399
Save nombor tu di telefon anda ya!