21/05/2026
Sekalung penghargaan dan tahniah buat Presiden Sepak Takraw Lanjut Club (STLC) atas pengurniaan pingat dari Sultan Selangor sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor ke 80.
Semoga dengan penerimaan pingat ini memberikan inspirasi kepada anak muda STLC.
15/04/2026
Para pemain Sepak Takraw Lanjut Club (STLC) menyantuni dan meraikan wira sebenar Ferhan Ammar di Kejohanan Piala Emas Khir Johari yang telah mewakili pasukan Selangor.
Sekalung tahniah serta penghargaan buat Ferhan Ammar atas kejayaan yang dilakar buat Selangor
13/04/2026
Simpan sini sebagai satu kenangan yang manis buat anak muda kelab takraw kami (ferhan ammar)..tahniah buat player selangor pistons dan barisan kejurulatihan selangor pistons...
12/04/2026
Tahniah buat Ferhan Ammar anak muda dari Kampung Baru Lanjut dibawah Sepak Takraw Lanjut Club (STLC) telah berjaya memenangi Piala Emas Khir Johari Kali Ke 58 di Kuala Lumpur.
Satu kejayaan perlu dibanggakan apabila anak muda ini membarisi regu utama pasukan Selangor ketika perlawanan akhir bertemu pasukan Angkatan Tentera Malaysia.
Kemenangan seterusnya dijelmakan ke regu le 2 pasukan Selangor dan dinobatkan sebagai juara pada edisi kali ini.
Tahniah buat Ferhan Ammar atas kejayaan ini
04/04/2026
Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada pemain Sepak Takraw Lanjut Club (STLC) saudara Azni bin Bidin dan pasangan. Majlis telah berlangsung di kediaman keluarga beliau di Kg Remgas Johol Negeri Sembilan
Turut menghadiri majlis persandingan beliau ialah tekong STLC Hasbul Abdullah serta ketua pasukan Hafiz Bohari
Semoga kekal ke anak cucu
03/04/2026
Tahniah anak muda dari Sepak Takraw Lanjut Club (STLC) Ammar (duduk kiri sekali) yang akan mewakili pasukan Selangor ke Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari yang akan berlangsung pada 6 hingga 12 April yang akan berlangsung di Kompleks Akademi Sepak Takraw Kebangsaan Kg Baru Kuala Lumpur.
Semoga Ammar dapat memberikan persembahan yang terbaik serta mencapai kejayaan ketika di Piala Emas Khir Johari 2026