Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang - KBS

Call Directions Contact the business

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang - KBS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang - KBS, Sports, C32-1, Jalan 6 , Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

PBSD Sepang merupakan peneraju dalam mengupayakan pembangunan belia dan masyarakat berbudaya sukan di Daerah Sepang untuk menyemarakkan aktiviti kesukarelawanan dan kecergasan secara berorganisasi melalui program-program Belia, Sukan dan Rakan Muda

🔥 JOM WARGA SEPANG! KITA TURUN RAMAI-RAMAI! 🏃‍♂️🏃‍♀️Sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2026 Daerah Sepang, kami bawakan ...
24/09/2026

🔥 JOM WARGA SEPANG! KITA TURUN RAMAI-RAMAI! 🏃‍♂️🏃‍♀️

Sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2026 Daerah Sepang, kami bawakan kepada anda…

🔴 HSN FUN RUN SEPANG 2026 🟡

Larian santai 5KM untuk SEMUA! Ajak keluarga, kawan-kawan, officemate dan geng anda untuk sama-sama meriahkan pagi Hari Sukan Negara! 💪🎉

📍 BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang
📅 10 Oktober 2026 | Sabtu
⏰ Flag Off: 7.30 pagi
🏃 Jarak: 5KM Fun Run/ 2KM Fun Walk
💰 Yuran bermula RM25 sahaja!

Bukan sekadar larian! 🔥
Pelbagai aktiviti menarik turut menanti anda pada hari acara.

⚡ JANGAN TUNGGU LAST MINUTE!
Ajak geng anda dan daftar awal untuk bersama-sama memeriahkan HSN Fun Run Sepang 2026!

👉 DAFTAR SEKARANG:
absolutego.my/event/hsn-fun-run-sepang-2026

📲 Atau muat turun aplikasi AbsoluteGo di Apple App Store atau Google Play Store untuk mendaftar.

Jom bergerak, jom aktif, jom meriahkan Hari Sukan Negara 2026! 💪🏃‍♀️🏃‍♂️


MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH SEPANG TAHUN 2026 ✨🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♂️SEPANG, 22 September 202...
23/09/2026

MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH SEPANG TAHUN 2026 ✨🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♂️

SEPANG, 22 September 2026 (Selasa)
Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Sepang Tahun 2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Dan Tanah Sepang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Khairi Azali bin Ibrahim A.M.N., Pegawai Daerah Sepang.

Mesyuarat memberi tumpuan kepada persediaan, penyelarasan dan pengisian aktiviti HSN 2026 berdasarkan kepada penetapan lokasi dan perancangan aktiviti-aktiviti mengikut kesesuaian ke arah mencapai objektif pelaksanaan. Selain itu mesyuarat turut membincangkan penglibatan jabatan, agensi serta komuniti bagi memastikan sambutan dilaksanakan dengan lancar, meriah dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Penganjuran HSN 2026 Peringkat Daerah Sepang diharapkan mampu membudayakan gaya hidup aktif dan sihat, di samping memperkukuh semangat kebersamaan masyarakat melalui penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan.




✂️ TAK TAHU GUNTING RAMBUT?🤔 NAK BELAJAR TEKNIK ASAS MENGGUNTING RAMBUT?Jangan risau — tak perlu ada pengalaman! Ini pel...
21/09/2026

✂️ TAK TAHU GUNTING RAMBUT?
🤔 NAK BELAJAR TEKNIK ASAS MENGGUNTING RAMBUT?

Jangan risau — tak perlu ada pengalaman! Ini peluang untuk anda belajar asas menggunting rambut secara praktikal bersama tenaga pengajar profesional ❗

🔥 JOM SERTAI

*PROGRAM GAYA HIDUP KELAB RAKAN MUDA @ PARLIMEN SEPANG TAHUN 2026 (BENGKEL ASAS GUNTING RAMBUT)*

Dalam bengkel ini, peserta akan didedahkan kepada teknik asas menggunting rambut, penggunaan peralatan yang betul serta kemahiran praktikal yang boleh dijadikan sebagai ilmu dan kemahiran tambahan.

🎯 Terbuka kepada belia berumur 15–30 tahun
💰 Yuran hanya RM20
👥 Terhad kepada 20 orang peserta terawal!
🎁 Kit peserta • Sijil penyertaan • Makan & minum • Ilmu & pengalaman berharga

📅 3 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Dewan Serbaguna Kampung Giching
📅 Daftar sebelum 25 September 2026

📲 JANGAN TUNGGU LAMA!
klik link di bawah dan daftar sekarang.
🔗 https://forms.gle/HjKYG5KnpaCZb1ZS8

Tempat adalah TERHAD kepada 20 peserta sahaja!

Sebarang pertanyaan hubungi :
KRMKGGICHING : 011-8722384
PUAN HAIZA : 016-3867475

Yuran penyertaan boleh dibuat di akaun tersebut

*Agrobank*
*1 00 5551 00007160 3*
*Kelab Rakan Muda Kampung Giching*

Belum pandai, kita belajar.
Belum mahir, kita praktis.
Dari asas, bina kemahiran! ✂️🔥

19/08/2026

JADUAL DAN KEPUTUSAN RASMI SUKMA XXII & PARA SUKMA SELANGOR 2026

Dapatkan keputusan terkini dan ikuti perkembangan setiap acara temasya SUKMA XXII Selangor 2026 terus di hujung jari anda.

Sila imbas kod QR yang tertera atau layari portal rasmi di rs.selangor2026.com untuk menyemak keputusan semasa, jadual perlawanan,serta kutipan pingat.

rs.selangor2026.com/bm

15/08/2026

PEMAKLUMAN KEPADA SEMUA SUKARELAWAN MAJLIS PERASMIAN SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimohon semua sukarelawan yang telah dijadualkan bertugas sempena Majlis Perasmian SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 untuk hadir mengikut ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 15 OGOS 2026

🕔 Masa Pengambilan Kit Sukarelawan: 4.00 petang – 7.00 malam
Masa bertugas: 7:00 malam - 11 malam
Majlis bermula: 8.00 malam

📍Lokasi: Kaunter Pendaftaran Sukarelawan - DATARAN KEMERDEKAAN SHAH ALAM

Mohon semua sukarelawan hadir mengikut waktu yang ditetapkan bagi memastikan proses pendaftaran dan pengagihan kit berjalan dengan lancar.

Jom bersama-sama kita memeriahkan Majlis Perasmian SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026

Terima kasih atas komitmen dan kerjasama anda.

Najwan Halimi
Media Selangor
SELANGORFM100.9


12/08/2026
06/08/2026

HIMPUNAN MEGA SUKARELAWAN SUKMA XXII SELANGOR 2026

Perhatian kepada semua sukarelawan! Anda semua dijemput hadir untuk sesi Himpunan Mega Sukarelawan

Tarikh : 9 Ogos 2026 | Ahad
Masa : 7.30 pagi
Lokasi : Perkarangan Litar Antarabangsa Sepang (Pintu Masuk Grandstand)

Sila semak kemas kini perincian di dalam emel & dashboard sukarelawan untuk maklumat lanjut

Turut diadakan
- Taklimat berkaitan skop bertugas, lokasi bertugas mengikut divisyen
- ⁠kehadiran akan direkod dalam sistem sukarelawan mengikut divisyen

Tiada kursus, latihan selepas ini. Anda akan terus hadir melapor diri di bahagian/divisyen masing-masing mengikut jadual yang diberikan selepas sesi taklimat.

Najwan Halimi
Media Selangor
SELANGORfm 100.9


LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2026👏🏻Syabas dan tahniah diucapkan kepada:🥈Sepang A (FVC) meraih gel...
01/08/2026

LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2026

👏🏻Syabas dan tahniah diucapkan kepada:

🥈Sepang A (FVC) meraih gelaran Naib Johan bagi Kejohanan Bola Tampar Lelaki

🥉Sepang B (LIBANSI VC) memenangi Tempat Ketiga bagi Kejohanan Bola Tampar Lelaki

🥈Sepang B (GALAXY NC) meraih gelaran Naib Johan bagi Kejohanan Bola Jaring

PBSD Sepang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pasukan yang mewakili daerah Sepang di Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 di atas semangat juang yang tinggi diberikan sepanjang kejohanan ini💪🏻👍🏻🔥





Majlis Penutup Kejohanan Bola Keranjang Piala Kampung Baru Seri Dengkil🏀Ahad, 26 Julai 2026Kejohanan Bola Keranjang kate...
27/07/2026

Majlis Penutup Kejohanan Bola Keranjang Piala Kampung Baru Seri Dengkil🏀

Ahad, 26 Julai 2026
Kejohanan Bola Keranjang kategori terbuka lelaki ini merupakan inisiatif murni anjuran Kelab Belia Kampung Baru Seri Dengkil dalam memperkasakan aktiviti sukan dan mengeratkan hubungan belia setempat.

Program sukan komuniti ini berlangsung dengan jayanya bertempat di fasiliti 📍Aktif@Dengkil. Penganjuran kejohanan seperti ini membuktikan komitmen tinggi persatuan belia dalam menyediakan platform sihat bagi mencungkil bakat sukan serta menyemarakkan gaya hidup aktif dalam kalangan penduduk Dengkil.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Nik Mariyana binti Nik Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang. Turut hadir sama Encik Muhamad Syukur bin Dato' Sabari, Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Sepang, Encik Lee Kwai Onn, Ketua Kampung Baru Seri Dengkil, Encik Chong Voon Fei, Ahli Majlis MPSepang (Pengerusi JPP Zon Sri Dengkil), Encik Tc. Hazimun Rahman bin Mohammad, Ahli Majlis MPSepang (Pengerusi JPP Zon Desa Sentosa) dan Pengerusi Kelab Belia Kampung Baru Seri Dengkil.

Majlis Perasmian Gimnasium Persatuan Tinju Daerah Sepang 🥊SEPANG, 25 Julai 2026 – Majlis Perasmian Gimnasium Persatuan T...
26/07/2026

Majlis Perasmian Gimnasium Persatuan Tinju Daerah Sepang 🥊

SEPANG, 25 Julai 2026 – Majlis Perasmian Gimnasium Persatuan Tinju Daerah Sepang telah berlangsung dengan jayanya di 📍Gym Apak Panther, Kota Warisan, Sepang, sebagai usaha memperkukuh pembangunan sukan tinju serta melahirkan lebih ramai atlet berpotensi di daerah Sepang.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merangkap Ahli Parlimen Sepang. Turut hadir sama ke majlis ialah Tuan Mohd Faizal bin Abdul Raji, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Puan Nik Mariyana binti Nik Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, Muhammad Fizry Tuah Bin Amran, Pengerusi Persatuan Tinju Daerah Sepang serta wakil-wakil agensi berkaitan Daerah Sepang

Perasmian gimnasium ini merupakan satu langkah penting dalam menyediakan kemudahan latihan yang lebih kondusif kepada atlet dan penggiat sukan tinju di daerah Sepang. Kemudahan ini dijangka menjadi pusat pembangunan bakat baharu serta platform untuk meningkatkan prestasi atlet di peringkat negeri dan kebangsaan.

Majlis turut menyaksikan komitmen pelbagai pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi memperkasakan pembangunan sukan tinju, sekali gus menyokong agenda pembangunan belia yang aktif, sihat dan berdaya saing di daerah Sepang.



Address

C32-1, Jalan 6 , Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang
43900

Telephone

+60387061380

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang - KBS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang - KBS:

Shortcuts

Share

Category