UPPA KLIA

UPPA KLIA

Share

Sukan dan Rekreasi UPPA KLIA ditubuhkan pada tahun 2023.

Photos from UPPA KLIA's post 26/07/2026

UPPA Cup 3.0: JIM Selangor Pertahan Kejuaraan, Cipta Hatrik Gelaran

UPPA Cup 3.0 berjaya dianjurkan dengan penuh meriah pada 24 Julai 2026 di Sportflex, Kota Seriemas, Nilai, menghimpunkan empat pasukan iaitu JIM Selangor, JIM Negeri Sembilan, JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta UPPA KLIA selaku tuan rumah.

Kejohanan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan itu menyaksikan setiap pasukan memberikan saingan sengit sepanjang perlawanan, sekali gus memeriahkan edisi ketiga penganjuran UPPA Cup.

Tumpuan utama sudah pasti terarah kepada JIM Selangor, yang sekali lagi membuktikan keunggulan mereka apabila berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut, sekali gus mencipta hatrik kejuaraan dalam sejarah UPPA Cup.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Komandan Depot Imigresen KLIA, Tuan Noorazmi, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan penerima anugerah individu.

Keputusan Rasmi UPPA Cup 3.0
πŸ† Juara: JIM Selangor
πŸ₯ˆ Naib Juara: JIM Negeri Sembilan
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: UPPA KLIA
πŸ… Tempat Keempat: JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Turut diberikan pengiktirafan kepada pemain-pemain yang menyerlah sepanjang kejohanan menerusi anugerah Best Goalkeeper dan Top Scorer.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding, barisan urus setia, pengadil, penyokong serta semua pihak yang telah menyumbang kepada kelancaran penganjuran UPPA Cup 3.0. Semoga kejohanan ini terus menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan dan memperkukuhkan ukhwah dalam kalangan warga Jabatan Imigresen Malaysia.

05/02/2025

πŸ’™πŸ’›

05/02/2025

De uppa akan bangkit untuk perlawanan seterusnya πŸ’›πŸ’™

04/02/2025

De’uppa untuk tiga mata πŸ’™πŸ’›

Ayuh hadir beramai-ramai ke Rafa Turf Serenia sokong De’uppa

Photos from UPPA KLIA's post 07/12/2024

UPPA CUP 2.0 Tahun 2024 βœ…

UPPA KLIA sekali lagi menganjurkan pertandingan bola sepak 3 penjuru bertempat di padang sporflex Kota Seriemas, Nilai.

Pada edisi kali ini, JIM Selangor berjaya mempertahankan kejuaran yang dimenangi mereka pada edisi yang lalu. Tempat kedua dimenangi GOAT FC ( HQ- Putrajaya ) dan ketiga UPPA KLIA FC.

Piala Kejohanan dan hamper telah disampaikan oleh Komandan Depot KLIA , PPI Muhammad Nizam Bin Abu Jaapar.

Tujuan utama dianjurkan kejohanan UPPA CUP ini adalah bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan mengeratkan ukhuwah diantara pemain.

04/11/2024

Terima kasih Pedot kerana telah memberikan 200% komitmen kepada pasukan selama ini.

Selamat maju jaya ditempat baharu.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Sepang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Airport Management Center ( Pejabat Imigresen KLIA )
Sepang
64000