Puspen Dengkil

Call Directions Website

Puspen Dengkil


Laman sosial ini merupakan platform bagi Puspen Dengkil berkongsi informasi dan juga aktiviti/program rawatan dan pemulihan yang dilaksanakan dalam membantu klien2 yang terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah. Kini Puspen Dengkil beroperasi sebagai Pusat Pemulihan Dwifungsi yang memberikan perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada klien- klien lelaki dan juga klien2 wanita.

____________________________________

Agensi Antidadah Kebangsaan menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan dadah. Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.




*KENANGAN & PENGHARGAAN*Warga PUSPEN Dengkil merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan besar Allahyarhamah T...
28/09/2026

*KENANGAN & PENGHARGAAN*

Warga PUSPEN Dengkil merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan besar Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali dalam bidang Pencegahan Dadah dan Advokasi Kesihatan di Malaysia.

Kata-kata hikmah Allahyarhamah menjadi pegangan kami:

"Kesihatan masyarakat dan masa depan generasi muda perlu dilindungi daripada ancaman dadah demi sebuah negara yang lebih sihat, sejahtera dan berdaya saing."

Jasa dan legasi Allahyarhamah sebagai tokoh PEMADAM, BAKTI dan penerima Anugerah Khas Tokoh Antidadah 2020 akan terus kami semai dalam setiap program pemulihan di PUSPEN Dengkil.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada:
Warga PUSPEN Dengkil

PUSPEN Dengkil – Bersama Membimbing Ke Arah Pemulihan.
Hubungi kami untuk khidmat nasihat di talian 03 87686049









23/09/2026
830 pagi IKIM FM 91.5 (Lembah Klang) / ikimhub.myBersama Puan Pengarah Norkumala Abdul
20/09/2026

830 pagi
IKIM FM
91.5 (Lembah Klang) / ikimhub.my
Bersama Puan Pengarah Norkumala Abdul

🌿 CSR DAY BINTANG AREA – MAYBANK x PUSPEN DENGKIL 🌿Program CSR Day Bintang Area anjuran Maybank bersama PUSPEN Dengkil d...
05/09/2026

🌿 CSR DAY BINTANG AREA – MAYBANK x PUSPEN DENGKIL 🌿

Program CSR Day Bintang Area anjuran Maybank bersama PUSPEN Dengkil dengan tema “Care • Share • Inspire • Together” dan “Building Communities, Creating Lasting Impact”.

Program telah diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Norkumala Abdul , Pengarah PUSPEN Dengkil, serta warga kerja dan klien PUSPEN Dengkil.

Antara pengisian program termasuk bacaan doa, ucapan daripada pihak Maybank dan Pengarah PUSPEN Dengkil, penyampaian mock cheque serta sesi bergambar, persembahan Zumba & Silat dan aktiviti permainan bersama.

🤝 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Maybank atas sumbangan, sokongan dan keprihatinan dalam menjayakan program CSR ini.

💚 Care • Share • Inspire • Together
✨ Small Actions, Big Impact!

PUSPEN Dengkil – Bersama Membimbing Ke Arah Pemulihan.
Hubungi kami untuk khidmat nasihat di talian 03 87686049









Salam Takziah
03/09/2026

Salam Takziah

SALAM TAKZIAH

Seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Bin Sani, Pembantu keelamatan, PUSPEN Jelebu, yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 September 2026

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan kepada warga AADK yang sentiasa dikenang atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat.

Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan, melimpahkan rahmat serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh, di samping mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

📢 MAKLUMAN UNTUK SEMUAUntuk makluman bersama, berikut merupakan kategori Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) AAD...
02/09/2026

📢 MAKLUMAN UNTUK SEMUA

Untuk makluman bersama, berikut merupakan kategori Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) AADK yang terdiri daripada tiga kategori iaitu:

🔴 Mandatori
🟡 Sukarela
🟢 Mandatori dan Sukarela

Maklumat ini dikongsikan sebagai rujukan dan makluman kepada semua. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan mengenai kategori PUSPEN di seluruh Malaysia.

PUSPEN Dengkil – Bersama Membimbing Ke Arah Pemulihan.
Hubungi kami untuk khidmat nasihat di talian 03 87686049










MAKLUMAN;🌟 PUSPEN KOTA BHARU – UBahlah DIRI, RAIH MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK! 🌟Setiap insan berhak mendapat peluang kedu...
02/09/2026

MAKLUMAN;

🌟 PUSPEN KOTA BHARU – UBahlah DIRI, RAIH MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK! 🌟

Setiap insan berhak mendapat peluang kedua untuk berubah dan membina kehidupan yang lebih baik. 💙

Agensi Antidadah Kebangsaan melalui PUSPEN Kota Bharu menyediakan program pemulihan yang komprehensif bagi membantu individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan bahan.

✨ Antara perkhidmatan yang disediakan: 🔹 Program pemulihan fizikal, mental, emosi & spiritual
🔹 Kaunseling individu dan kumpulan
🔹 Pendidikan & kemahiran
🔹 Sokongan berterusan selepas pemulihan (aftercare)

👨 Sasaran: Lelaki berumur 13–25 tahun
💰 Percuma – Tiada bayaran
🤝 Kami di sini untuk membantu, membimbing dan menyokong anda ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Pulih hari ini, bahagia esok hari! ❤️
📍 PUSPEN Kota Bharu
🕗 Ahad – Khamis | 8.00 pagi – 5.00 petang

PUSPEN Dengkil – Bersama Membimbing Ke Arah Pemulihan.
Hubungi kami untuk khidmat nasihat di talian 03 87686049









KENYATAAN MEDIA: KEJADIAN KELARIAN PENGHUNI PUSPEN DENGKILAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ingin memaklumkan berhubung...
28/08/2026

KENYATAAN MEDIA: KEJADIAN KELARIAN PENGHUNI PUSPEN DENGKIL

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ingin memaklumkan berhubung kejadian melibatkan dua orang penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil, Sepang yang telah melarikan diri dari kawasan pusat pemulihan.

Usaha mengesan dan menangkap kedua-dua suspek sedang giat dijalankan oleh pihak AADK dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada masa yang sama, siasatan dalaman secara menyeluruh turut dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta meneliti sebarang unsur kecuaian atau ketidakpatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP). Tindakan tegas akan diambil sekiranya
didapati berlaku sebarang kecuaian.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan suspek diminta segera menghubungi pejabat AADK terdekat atau Tele Hello AADK: 1-800-22-2235 / WhatsApp: 019-626 2233.

Kerjasama dan keprihatinan orang awam amat dihargai.

Address

PUSPEN DENGKIL, KM4, Jalan DENGKIL BANTING
Sepang
43800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60387686049

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspen Dengkil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share