Kelab Urusan Teknologi Wawasan - UTW

Kelab Urusan Teknologi Wawasan - UTW

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Urusan Teknologi Wawasan - UTW, Sports, Tingkat 1, Bangunan Kejuruteraan Sivil, Kompleks Kejuruteraan, KLIA, Sepang Darul Ehsan, Sepang.

01/11/2025

🔥𝐀𝐤𝐬𝐢 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐣𝐞𝐧 𝐔𝐓𝐖🔥

Saksikan aksi hebat dan semangat kesukanan yang membara dalam acara 🏓 𝐏𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐨𝐧𝐠 🏓

Ayuh berikan sokongan padu kepada Kontinjen UTW yang akan berentap dalam Sukan Inter-Division MAHB pada 𝟐 𝐍𝐨𝐯 𝟐𝟎𝟐𝟓!




Photos from Kelab Urusan Teknologi Wawasan - UTW's post 01/11/2025

🎉 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫-𝐃𝐢𝐯𝐢𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐌𝐀𝐇𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟓🎉

31 Oct 2025 - Majlis telah berlangsung di Padang Bola, Pejabat Korporat MAHB dengan penuh semangat di mana 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐈𝐳𝐚𝐧𝐢 𝐆𝐡𝐚𝐧𝐢, Pengarah Urusan MAHB telah merasmikan pembukaan rasmi temasya sukan tahunan ini.

💂‍♂️ Acara dimulakan dengan perbarisan penuh warna-warni oleh kontinjen dari pelbagai bahagian, menampilkan semangat kesukanan dan perpaduan warga MAHB.

💪 Sorakan bergema apabila berlangsungnya perlawanan Tarik Tali epik antara barisan Pengurusan Kanan MAHB dan wakil Kelab Sukan Malaysia Airports (KESUMA) — simbol kekuatan, kerjasama dan semangat berpasukan yang luar biasa!

💪 Semangat ini juga pemangkin kepada 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐣𝐞𝐧 𝐔𝐓𝐖 untuk memberikan aksi terbaik dengan semangat juang yang tinggi pada edisi kali ini!

Sukan Inter-Division MAHB bukan sekadar pertandingan, tetapi wadah memperkukuh silaturahim, semangat berpasukan dan budaya kerja sihat dalam kalangan warga Malaysia Airports.

Selamat Berjuang, 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐣𝐞𝐧 𝐔𝐓𝐖!!

Kredit foto: Athirah Osman sabidin

26/09/2025

𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗥-𝗗𝗜𝗩𝗜𝗦𝗜𝗢𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗔𝗜𝗥𝗣𝗢𝗥𝗧𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟱
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Kepada semua warga kerja UTW yang bersemangat dan berbakat,
Sukacita dimaklumkan bahawa Sukan Inter-Division Malaysia Airports 2025 akan berlangsung tidak lama lagi, dan UTW berpeluang untuk menghantar wakil dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan.

Sehubungan itu, kami ingin menjemput kakitangan UTW yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai pasukan UTW sebagai wakil rasmi dalam temasya sukan ini. Penyertaan anda bukan sahaja akan mengharumkan nama UTW, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan, dan membina daya saing yang sihat antara bahagian.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi pihak Sekretariat atau wakil 𝗘𝗫𝗖𝗢 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗕 𝗨𝗧𝗪.

Tarikh pemilihan akan diumumkan kelak!

Mari kita bersatu tenaga dan semangat demi membawa nama UTW ke pentas kejayaan!

Wassalam dan terima kasih.

𝙏𝙚𝙧𝙗𝙪𝙠𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙠𝙖𝙠𝙞𝙩𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙐𝙏𝙒 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙙𝙚 𝙣𝙤 𝙜𝙖𝙟𝙞 𝙈𝘼𝙃𝘽 𝙨𝙖𝙝𝙖𝙟𝙖 (𝙎𝙮𝙖𝙧𝙖𝙩 𝙥𝙚𝙣𝙮𝙚𝙧𝙩𝙖𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙆𝙀𝙎𝙐𝙈𝘼)

Photos from Kelab Urusan Teknologi Wawasan - UTW's post 22/04/2025

Alhamdulillah, Majlis Riang Ria Raya 2025 anjuran Kelab UTW telah berlangsung dengan meriah pada 18 April 2025 di UTW HQ, Engineering Complex, KLIA.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga UTW dan para hadirin yang memeriahkan suasana serta menjayakan majlis ini.

Kehadiran anda semua benar-benar menceriakan majlis dan mengeratkan lagi silaturahim antara kita. Pelbagai juadah istimewa dan aktiviti menarik telah dinikmati bersama, menjadikan sambutan Syawal kali ini lebih bermakna dan penuh kenangan indah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga semangat kebersamaan dan ukhuwah ini akan terus berkekalan dalam keluarga besar UTW.

Terima kasih atas sokongan, semangat, dan kehadiran anda semua. Jumpa lagi di acara akan datang! 🌙✨

22/04/2025

🌴🇹🇭 𝐉𝐨𝐦 𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐓𝐫𝐢𝐩 𝐇𝐚𝐭𝐲𝐚𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐛 𝐔𝐓𝐖!🌴🇹🇭

Kelab Urusan Teknologi Wawasan (UTW) akan menganjurkan Trip Hatyai yang sangat dinanti-nantikan! Jangan lepaskan peluang untuk bercuti bersama rakan-rakan kelab ke destinasi menarik di Thailand!

Butiran Trip:

📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 27 - 29 Jun 2025 (𝟑 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝟐 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦)

💰 𝐘𝐮𝐫𝐚𝐧: RM600 sahaja!

👥 Terhad kepada 40 orang peserta (Ahli Kelab UTW sahaja)

Nikmati percutian yang menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti menarik, makanan sedap, dan pengalaman budaya yang unik di Hatyai. Tempat sangat terhad, jadi pastikan anda daftar segera!

Untuk maklumat lanjut:

Sila scan QR code pada poster atau hubungi:

𝐁𝐢𝐥𝐥𝐲 (Aba Biil): 𝟎𝟏𝟔-𝟐𝟐𝟑𝟐𝟒𝟒𝟏
𝐀𝐭𝐡𝐢𝐫𝐚𝐡: 𝟎𝟏𝟒-𝟐𝟏𝟓𝟑𝟓𝟔𝟖
𝐖𝐚𝐤 𝐃𝐞𝐥𝐥 : 𝟎𝟏𝟑-𝟑𝟔𝟒𝟔𝟒𝟒𝟒

Jom ramai-ramai kita ke Hatyai! Tag kawan-kawan anda yang berminat dan jangan lepaskan peluang keemasan ini! ✈️🍍👒



16/04/2025

𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐎𝐖𝐍𝐇𝐀𝐋𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐆𝐌 𝐔𝐓𝐖 & 𝐑𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, Kelab UTW ingin menjemput semua wargakerja UTW untuk menghadiri Majlis Townhall Bersama 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐧𝐚𝐠𝐞𝐫 𝐔𝐓𝐖 dan 𝐑𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐢𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚.

Berikut adalah butiran majlis:
📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 18/5/2025 (Jumaat)
⏰𝐌𝐚𝐬𝐚: 10.00 pagi - 11.45 pagi (Townhall)
12.00 tghri - 3.00 ptg ( Riang Ria Raya)
🏢𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: SOE (Townhall)
UTW HQ (Riang Ria Raya)

Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara warga UTW sambil meraikan Aidilfitri yang mulia.

Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis ini. Kehadiran anda amatlah dialu-alukan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat,
𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐛 𝐔𝐓𝐖

10/04/2025

Selamat Hari Raya dari Kelab UTW

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, kita sekali lagi diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia.

Presiden Kelab UTW dan barisan Exco, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh ahli kelab dan keluarga besar UTW.

Hari Raya adalah waktu untuk kita saling bermaafan, mengeratkan ukhuwah, dan meraikan kejayaan menjalani ibadah sepanjang Ramadan. Semoga hari yang mulia ini membawa kebahagiaan, ketenangan, dan keberkatan kepada kita semua.

Tidak lupa juga, kami ingin menzahirkan penghargaan atas dedikasi, usaha, dan semangat yang telah dicurahkan oleh serta semua ahli kelab sepanjang tahun ini. Semoga kita terus maju bersama dalam mencapai aspirasi kelab.

Salam Aidilfitri daripada barisan kepimpinan Kelab UTW.

Photos from Kelab Urusan Teknologi Wawasan - UTW's post 12/03/2025
Photos from Kelab Urusan Teknologi Wawasan - UTW's post 12/03/2025

KELAB UTW AGIH BUBUR LAMBUK KEPADA STAFF UTW DAN ORANG AWAM

12 March 2025 - Kelab UTW telah mengadakan agihan bubur lambuk kepada staff UTW dan orang awam telah diadakan di perkarangan Masjid Sultan Abdul Samad. Agihan bubur lambuk juga disampaikan menerusi wakil Exco Kelab UTW ke "site office" UTW yang berhampiran seperti KLIA T1 O&M, KLIA T2 O&M, Pejabat Korporat MAHB, UTW HQ, UTW Ancillary dan FMCC. Sesi ini bertujuan mengimarahkan lagi keindahan bulan Ramadan dengan amalan bersedekah.

Naib Presiden Kelab UTW, En. Zulhairi Hasin, berbesar hati menyempurnakan agihan kepada orang awam dan wakil staff UTW. Turut sama pada sesi agihan ini ialah barisan Exco Kelab UTW.

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mengagihkan juadah bubur lambuk, tetapi juga sebagai platform mengeratkan hubungan antara Kelab dan staff UTW dalam suasana yang harmoni dan penuh muhibah.



Photos from Kelab Urusan Teknologi Wawasan - UTW's post 28/02/2025

MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF ATLET SUKAN MALAYSIA AIRPORTS 2024 KONTINJEN KLIA TEKNIKAL

Kelab UTW telah menganjurkan Majlis Penyampaian Insentif bagi Kontinjen KLIA Teknikal yang telah menjadi Juara acara di Sukan Malaysia Airports 2024 pada bulan October lalu di USIM, Nilai.

Serahan Insentif kepada 46 orang penerima ini telah disempurnakan oleh Ts. Nurshuhaila Mohd Amin, Chef de Mission (CDM) Kontinjen KLIA Teknikal yang turut diiringi oleh En. Muhammad Fairuz Mohd Hasim, Presiden Kelab UTW.

Majlis Penyampaian Insentif yang pertama kali ini diadakan ini merupakan sokongan daripada CDM sendiri menawarkan pemberian insentif kepada atlet yang menjuarai acara di Sukan Malaysia Airports 2024.

Untuk rekod, kontinjen KLIA Teknikal telah berjaya menjadi JUARA untuk acara Futsal Veteran, Sepak Takraw, Ping Pong, Badminton (L) dan Tarik Tali dan NAIB JUARA acara Boling (L) dan Tenis.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima insentif. 👏🏻



Photos from Kelab Urusan Teknologi Wawasan - UTW's post 19/02/2025

Mesyuarat Kelab UTW bilangan 1 tahun 2025 yang dipengerusikan oleh Presiden kelab dan juga barisan Exco pada 18/2/2025 telah bersetuju dengan cadangan senarai aktiviti bagi tahun 2025.

Aktiviti yang akan disenaraikan akan memberi peluang kepada para ahli melibatkan diri dalam beberapa program kerohanian, rekreasi, sosial di samping mengadakan "road-tour" untuk menambah keahlian baru di kalangan kakitangan UTW. Ini bertujuan memupuk semangat berpersatuan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli.

Mesyuarat juga telah bersetuju melantik ketua "committee" bagi setiap program yang dirancang bagi membentangkan kertas kerja masing-masing pada mesyuarat seterusnya.

Semoga dengan usaha ini dapatlah kita memeriahkan lagi aktiviti kelab UTW dan penglibatan semua ahli kelab amatlah dialu-alukan. Sebarang cadangan boleh diajukan menerusi email [email protected]

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Sepang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Tingkat 1, Bangunan Kejuruteraan Sivil, Kompleks Kejuruteraan, KLIA, Sepang Darul Ehsan
Sepang
64000