10/11/2025
MASTERCHEF KSR 2025
Tarikh : 22/11/2025
Hari : Sabtu
Masa : 8:30 pagi - 5 : petang
Tempat : Ruang legar, Ibu Pejabat SAINS
Yuran Penyertaan : RM40 Per Kumpulan
Tarikh akhir pendaftaran : 17 NOVEMBER 2025 (Isnin)
Terbuka kepada 12 kumpulan terawal
Setiap daerah diwajibkan menghantar 1 kumpulan.
JOHAN: RM400.00
NAIB JOHAN: RM300.00
TEMPAT KE-3: RM200.00
https://forms.gle/9JeAzUvhyM3nkdY67
14/12/2024
Pemenang Pertandingan Karom Berpasukan KSR SAINS 2024
Johan - Jelebu
Naib Johan- KESATUAN
Ketiga Bersama- K.Pilah&Seremban
Saguhati
Jempol
Tampin
P.Dickson
Rembau
Tahniah Semua..
Anda semua owsome
14/12/2024
EXCO KSR ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pemain yang telah memberikan komitmen dan usaha yang cemerlang sepanjang Pertandingan Karom Berpasukan KSR 2024. Tanpa semangat juang dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua, kejayaan ini tidak akan tercapai.
Tahniah juga kepada semua pemenang yang telah membuktikan kehebatan dan kemahiran mereka.
Disini KSR juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua urusetia Exco Jelebu yang telah bekerja keras dalam merancang dan menjayakan acara ini. Kerjasama dan sokongan semua sangat dihargai.
Semoga semangat kesukanan dan persahabatan yang terjalin dalam pertandingan ini akan terus berkembang. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.
18/07/2024
*MEMANCING KOLAM AIR MASIN*
Anjuran Kelab Sosial & Rekreasi Syarikat Air Negeri Sembilan
Tarikh : 28/9/2024
Hari : Sabtu
Tempat : Best Fishing, Kolam Pancing Air Masin Tulen, Jalan Ke Kampung Kuala Lukut, Lukut, Port Dickson
Kordinat : 2.569723, 101.813345
Yuran Penyertaan : RM 100 (Ahli KSR) / RM 130.00 (Bukan Ahli KSR)
Tarikh Tutup Pendaftaran : 31/8/2024
Bagi yang sudah mendaftar penyertaan ini, anda akan dimasukkan ke dalam Whatapp Group bagi mengikuti setiap perkembangan pertandingan dari pihak AJK pertandingan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh menghubungi :
Puan Zuraidah : 012-6744183
Puan Siti Zubaidah : 012-6522465
BORANG PENYERTAAN
https://bit.ly/3Wr5wz1
11/07/2024
Kepada semua ahli KSR, dijemput turut serta di telegram KSR untuk berhubung dengan EXCO bagi sebarang cadangan dan perkongsian maklumat. ๐
https://t.me/kelabsukanSAINS
10/07/2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertandingan bowling KSR 2024
terbuka kepada semua ahli KSR. Sekiranya berminat sila hantar nama kepada exco KSR yang telah dilantik.
Penyertaan:
1 team 4 orang
Sebagai menyantuni semua ahli kelab, presiden KSR telah menyarankan agar penyertaan dibuat secara terbuka.
22 pasukan terawal beserta bayaran akan diutamakan
Peraturan Asal telah dipinda pada perkara 1
https://me-qr.com/mobile/pdf/50cccdaa-7534-41fa-8949-8b00a4a11753
Tarikh akhir penyertaan pada :
26 JULAI 2024
Penyertaan boleh dibuat secara online sahaja seperti berikut:
*BORANG PENYERTAAN*
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScC9JLTh_2xDnDk_MXs0ipheY-_km2oADJHTeN-mY9nhpJVoQ/viewform
29/06/2024
Tahniah JEMPOL kerana telah merangkul gelaran juara futsal. Tahniah kepada semua ahli KSR yang telah menjayakan pertandingan futsal anjuran KSR. Terima kasih semua. Terima kasih kepada SAINS SEREMBAN selaku urusetia.
12/03/2024
โSelamat datang bulan Ramadan! Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untuk kita semua. Mari kita manfaatkan setiap masa untuk berdoa, berbuat baik, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selamat berpuasa!โ
08/03/2024
๐๐ข๐ฏ๐ช๐ต๐ข ๐๐ช๐ซ๐ถ๐ญ๐ข๐ฏ๐จ, ๐๐ฆ๐จ๐ข๐ณ๐ข ๐๐ฆ๐ฎ๐ช๐ญ๐ข๐ฏ๐จ
SELAMAT HARI WANITA semua
8 Mac merupakan Hari Wanita sedunia. Hari Wanita disambut setiap tahun di Malaysia sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa wanita yang sangat signifikan dalam pembangunan negara.
Tema Hari Wanita 2022
Tahun ini tema Hari Wanita 2022 bertemakan 'Saksama Bersama'. Tema ini dipilih untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman seluruh lapisan masyarakat terhadap kepentingan mencapai kesaksamaan bersama bagi memastikan potensi wanita dapat diupaya dan dioptimumkan demi menyediakan masa depan negara yang mampan.
Selari dengan tema Hari Wanita Antarabangsa iaitu 'Gender Equality Today For A Sustainable Tomorrow'. Tema ini dapat disesuaikan dengan konsep Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang memberi tumpuan kepada pembangunan secara mampan dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif.
26/02/2024
Sekalung ucapan terima kasih kami ucapkan kepada semua ahli yang sama-sama menjayakan MINI FESTIVAL KSR TAHUN 2024
Maafkan kami jika ada terkurang dan salah silap semasa menjayakan Mini Festival ini. Semoga kita sama-sama terus menjadi ahli dan sentiasa bantu membantu antara satu sama lain dalam menjayakan event atau apa sahaja aktiviti kelab bersama-sama selepas ini.
Dilampirkan disini detik-detik semasa acara berlangsung dan akan menjadi kenangan kepada kita semua. Terima kasih semua
https://drive.google.com/drive/folders/1WQp0T28azRK9on7nyjfMskEh-eqR6Dpc