Kelab Memanah Cekak Negeri Sembilan

Kelab Memanah Cekak Negeri Sembilan

Share

Kelab Memanah Cekak Negeri Sembilan (KMCNS) adalah sebuah unit dibawah Biro Sukan & Rekreasi, Jabata

02/10/2025

Kami dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).

Kami dari Malaysia dan kami mengutuk sekeras kerasnya penahanan misi kemanusiaan Sumud Flotilla ke Gaza.

Mereka bukan pengganas, mereka datang tidak membawa senjata berbahaya, malah tiada sebarang objek tajam yang ada hanyalah bekalan makanan, ubatan serta keperluan bayi yang diperlukan.

Di bawah akta dunia anda tidak berhak untuk menahan mereka! Bebaskan mereka!

30/03/2025

Salam Aidilfitri buat semua umat Islam, tidak kira walau di mana jua anda berada.

Raikan Aidilfitri ini dengan penuh kemeriahan dan keriangan, dan semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat kita semua.

Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.

Photos from Kelab Memanah Cekak Negeri Sembilan's post 07/05/2024

Kunjungan Team Pemanah Kazakhstan di Dewan Datuk Hj Maideen

Tarikh : 6 March 2024 (Rabu)
Masa : 8.30 malam

Seramai 18 orang Team Pemanah peringkat Antarabangsa dari Kazakhstan telah hadir. Kunjungan mereka diketuai oleh Dias Akhmatov, Vice Presiden Traditional Archery of Republic Kazakhtan.

Tujuan kunjungan mereka adalah sempena Latihan & Promosi Kejohanan World Nomad Game di Astana , Kazakhstan pada 8-14 September 2024.

Kehadiran mereka disambut oleh PEWARIS (Pemanah Warisan Negeri Sembilan)
β€’ En. Rashdan Bin Abu Samah, Presiden PEWARIS
β€’ Hj Mohd Amir Bin Ibrahim, Timbalan Presiden PEWARIS merangkap AJK PSSCM Cawangan Negeri Sembilan
β€’ ⁠Serta ahli-ahli PSSCM & PEWARIS

Mereka telah berada di Malaysia selama 2 minggu. Penerbangan mereka balik ke Kazakhstan pada pagi 7 March 2024.

Photos from Pemanah Warisan N. Sembilan - Pewaris's post 06/04/2024
15/03/2024

Tanggal 5 Ramadhan 1385H.
Silat Cekak dizahirkan kembali ke alam nyata.
Semoga Silat Cekak terus subur di tanahair tercinta, dan berkembang ke serata dunia.
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Silat Cekak yang ke 60 tahun.

Ikhlas daripada,
Guru Utama dan Presiden, barisan kepimpinan serta seluruh warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Tanggal 5 Ramadhan 1385H.

Silat Cekak dizahirkan kembali ke alam nyata.

Semoga Silat Cekak terus subur di tanahair tercinta, dan berkembang ke serata dunia.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Silat Cekak yang ke 60 tahun.

Ikhlas daripada,
Guru Utama dan Presiden, barisan kepimpinan serta seluruh warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

11/03/2024

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat seluruh warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia khususnya dan buat semua umat Islam, amnya.

Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.


#π‘†π‘–π‘™π‘Žπ‘‘π‘Šπ‘Žπ‘Ÿπ‘–π‘ π‘Žπ‘›πΎπ‘’π‘π‘Žπ‘›π‘”π‘ π‘Žπ‘Žπ‘›
#π‘†π‘’π‘›π‘–π‘†π‘–π‘™π‘Žπ‘‘πΆπ‘’π‘˜π‘Žπ‘˜π‘€π‘Žπ‘™π‘Žπ‘¦π‘ π‘–π‘Ž
#π΅π‘’π‘Ÿπ‘ π‘Žπ‘šπ‘Žπ·π‘Žπ‘›π΅π‘’π‘Ÿπ‘ π‘Žπ‘‘π‘’
#𝑃𝑆𝑆𝐢𝑀

28/09/2023

" Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW."

Dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda, ertinya: β€œSesungguhnya aku hanya diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (HR. Ahmad).

PSSMCNS Mengucapkan Selamat Menyambut Malulidurrasul 1445H kepada semua muslimin dan muslimat

16/05/2023

SYAIR TUNJUK AJAR
Oleh : Tenas Effendy

TENTANG MENGHORMATI GURU

https://www.youtube.com/watch?v=6N0OzzNE6lA

Wahai anakanda dengarlah amanat
Terhadap gurumu hendaklah hormat
Ilmunya banyak memberi manfaat
Menyelamatkan hidup dunia akhirat

Kepada guru hendaklah sopan
Tunjuk ajarnya anakanda dengarkan
Penat letihnya jangan dilupakan
Supaya hidupmu dirahmati Tuhan

Kepada gurumu janganlah durhaka
Janganlah p**a berburuk sangka
Tunjuk ajarnya anakanda jaga
Supaya manfaatnya dapat dirasa

Kepada gurumu eloklah perangai
Apabila disuruhnya janganlah lalai
Tunjuk ajarnya selalu dipakai
Supaya hasratmu cepat tercapai

Apabila gurumu selalu kau tentang
Ditunjuk diajar engkau membangkang
Akibatnya buruk bukan kepalang
Ilmu dituntut berkahnya hilang

Kepada guru jangan menista
Bercakap kasar bermasam muka
Orang benci Allah pun murka
Hidupmu akan terlunta-lunta

Kepada gurumu nampakkan minat
Petuah didengar petunjuk diingat
Supaya belajar beroleh manfaat
Membawa berkah dunia akhirat

Kepada gurumu hendaklah patuh
Ditunjuk diajar jangan mengeluh
Belajarlah dengan bersungguh-sungguh
Supaya hidupmu menjadi senonoh

Anggaplah guru sebagai ibu bapa
Tempat merujuk tempat bertanya
Memudahkan anakanda memahami ilmunya
Supaya pelajaranmu tak sia-sia

Jadikan gurumu contoh teladan
Minta nasihat untuk pegangan
Apa masalahmu boleh disampaikan
Supaya bebanmu menjadi ringan

Kepada gurumu berterus terang
Jangan bercakap main belakang
Supaya belajar hatimu lapang
Guru mengajar hatinya senang

Kepada gurumu berterima kasih
Kerana mengajarmu berpenat letih
Sampaikan dengan hati yang bersih
Semoga menjadi amalan soleh

Wahai anakanda permata bunda
Gurumu itu juga manusia
Tentulah ada lebih kurangnya
Maafkan olehmu bila ada salahnya

Kepada guru jangan berdendam
Orang pendendam imannya padam
Budi yang baik jadi tenggelam
Hari depanmu menjadi suram

Budi gurumu janganlah dilupakan
Penat letihnya jangan diabaikan
Ilmu diterima engkau amalkan
Semoga pahalanya sama dirasakan

Budi gurumu selalu dikenang
Jasanya besar bukan kepalang
Engkau dididik menjadi orang
Ditunjukkan p**a jalan yang terang

====
Credit gambar
Page Fb Silat Cekak Malaysia Kelas Latihan Sg. Besi

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Lorong Titiwangsa 2
Seremban
70400