05/10/2026
KUNJUNGAN HORMAT PBNS KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH JELEBU
Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu pada Jumaat lepas dan telah mengadakan pertemuan bersama Pegawai Daerah Jelebu, Tuan Abdul Rahim Bin A. Aziz.
Setiausaha Kehormat PBNS, Encik Jamsari Bin Mohamad mengetuai kunjungan ini. Ia bertujuan membincangkan perkembangan serta hala tuju pembangunan bola sepak di daerah Jelebu, termasuk usaha memperkukuhkan semula pengurusan dan struktur bola sepak di peringkat daerah.
Dalam pertemuan tersebut, PBNS turut berkongsi pandangan dan cadangan berkaitan aspek pentadbiran serta penyelarasan pembangunan bola sepak daerah agar dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan tersusun.
PBNS mengalu-alukan komitmen pihak daerah dalam memperkukuhkan pembangunan sukan bola sepak di Jelebu dan berharap kerjasama ini dapat membuka ruang kepada lebih banyak inisiatif pembangunan bola sepak, khususnya di peringkat akar umbi.