Tanah Baru Chemandee Senawang Jaya

Tanah Baru Chemandee Senawang Jaya

Share

Persatuan Seni Silat Tanah Baru Chemandee Negeri Sembilan Cawangan Taman Senawang Jaya

Photos from Tanah Baru Chemandee Senawang Jaya's post 16/08/2026

~~🫢~~

16/08/2026

~Rajin pesilat kecil kita khidmat untuk bersih kan kawasan masjid selepas latihan ni semoga menjadi anak yang soleh dan solehah

cc :
1)Yusuf
2)Kadek
3)Arjuna
4)Nayla
5)Putri

Photos from Tanah Baru Chemandee Senawang Jaya's post 09/08/2026

~~Kenangan Terindah yang Tidak Dapat Dijual Beli

Photos from Tanah Baru Chemandee Senawang Jaya's post 18/07/2026

Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim,

Kami menadah tangan memohon kepada-Mu dengan penuh rendah diri. Permudahkanlah segala urusan dan kurniakanlah kemenangan kepada Penaung Pertubuhan Seni Silat Tanah Baru Cimande kami, YB Datuk Hj Asna, dalam pilihan raya DUN Lenggeng N09 pada hari mengundi, 1 Ogos 2026, sekiranya kemenangan itu membawa kebaikan kepada agama, masyarakat dan negara.

Ya Allah,

Sesungguhnya beliau telah banyak membantu dan mempermudahkan urusan Pertubuhan Seni Silat kami. Beliau juga sentiasa berusaha menjaga waktu awal solatnya, serta Sebelum beliau menjadi Yb di Dun lenggeng lagi, banyak menghulurkan bantuan kepada masyarakat, khususnya kepada mereka yang memerlukan ketika negara dilanda pandemik COVID-19(Tahun 2020)

Ya Allah Yang Maha Mengetahui,

Balaslah segala kebaikan yang telah beliau lakukan dengan sebaik-baik ganjaran. Kurniakanlah kepadanya kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan dalam memimpin, keikhlasan dalam berkhidmat, serta lindungilah beliau daripada segala fitnah dan keburukan.

Ya Allah,

Sekiranya kemenangan itu adalah yang terbaik di sisi-Mu, maka permudahkanlah jalannya dan kurniakanlah kemenangan kepadanya. Jadikanlah beliau seorang pemimpin yang sentiasa berlaku adil, amanah, serta membawa manfaat kepada agama, bangsa dan masyarakat.

Aamiin Ya Rabbal ’Alamin.

24/06/2026

πŸŒ™ Jom Rebut Kelebihan Puasa Tasu’a & ’Asyura πŸŒ™

Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berpuasa pada 9 & 10 Muharram atau 10 & 11 Muharram.

πŸ“… Tasu’a : 25 Jun 2026
πŸ“… ’Asyura : 26 Jun 2026
πŸ“… 11 Muharram : 27 Jun 2026

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan serta keampunan buat kita semua.

08/06/2026

πŸ₯‹πŸ† CAMPAK BELAKANG – Game Usta MELAKA JANUARI 2026 πŸ†πŸ₯‹

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pesilat yang telah berjaya mewakili pertubuhan dan mengharumkan nama pasukan dengan pencapaian pingat dalam Sukan Melaka Januari 2026. πŸŽ‰βœ¨

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. 🌟






πŸ†πŸ”₯πŸ₯‹

Photos from Tanah Baru Chemandee Senawang Jaya's post 07/06/2026

🌹 Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Sabtu Malam. 🌹

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami rakamkan kepada:

✨ Yang Mulia Guru Utama PSSTBCNS ,
Yang Mulia DATO’ DAGANG PAROI MUHAMAD HABSHAH BIN ISMAIL (Bergajah Tunggal)
Dato’ Lembaga Tiang Balai Luak Sungai Ujung merangkap Gurulatih PSSTBCNS.

✨ Ahli Kehormat PSSTBCNS
Tuan Ir. Hafidzan Idris

✨ Pengerusi Biro Kejurulatihan merangkap Gurulatih PSSTBCNS
Cikgu Mohamad Razif

✨ Imam 1 Masjid Taman Senawang Jaya
Imam Farhan.

✨ Serta seluruh ibu bapa dan para hadirin yang sudi meluangkan masa untuk hadir dan memeriahkan majlis ini.

🀲 Tahniah diucapkan kepada semua pesilat yang telah menerima Anugerah Pesilat Cemerlang 2025. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, berdisiplin dan mengharumkan nama perguruan pada masa akan datang. Terima kasih pada Ahli Kehormat PSSTBCNS Tuan Ir. Hafidzan Idris sudi hadir dan hadiah kan beberapa barangan silat olahraga pada cawangan kami.Terima kasih pada ibu ayah Ajk dan ibu ayah pesilat yang hadir.

🌟 β€œKecemerlangan hari ini adalah hasil usaha semalam, dan kejayaan esok bermula dengan kesungguhan hari ini.”

Tahniah dan syabas kepada semua! πŸ₯‹πŸ†πŸŽ–️

🀲✨πŸ₯‹πŸ†

02/02/2026

πŸŒ™βœ¨ Malam Nisfu Syaaban
Semoga Allah ampunkan dosa & makbulkan doa kita 🀲🀍

02/02/2026

πŸ₯‹ PENGAMBILAN PESILAT BARU πŸ₯‹
Silat PSSTBC
Cawangan Masjid Taman Senawang Jaya

Terbuka kepada kanak-kanak & remaja.
Membentuk disiplin, adab, keyakinan diri & jati diri Melayu.

Sesuai untuk ibu bapa yang ingin anak:
βœ” Berdisiplin
βœ” Berakhlak baik
βœ” Aktif & berkeyakinan

πŸ“² Daftar sekarang:
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://wa.me/60136571963?text=Assalamualaikum%2C%20saya%20ingin%20mendaftar%20Silat%20PSSTBC%20cawangan%20Masjid%20Taman%20Senawang%20Jaya

Photos from Tanah Baru Chemandee Senawang Jaya's post 28/01/2026

~~Alhamdulillah Selesai sudah majlis perjumpaan, sesi suai kenal dan akad setia Pra perintis Semua cawangan… InsyaAllah dari cawangan Masjid Taman Senawang Jaya seramai 7 orang dan harap Pra perintis akan jalani amanah,ujian dan tanggungjawab dengan tabah agar menjadi Jurulatih suatu hari nanti dan Jaga la Adab dalam menuntut ilmu…….

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


GelangGang Senawang
Seremban
70450