Seberang GrandStand - atas

Seberang GrandStand - atas

Share

Just another casual lads. Negri Blood, Malay Heart

04/09/2021

SELAMAT MALAM LIGA SUPER!

04/12/2020

Sebagai tanda support, SGSA telah berkerja siang dan malam untuk menghasilkan Logo baru untuk digunapakai oleh NSFC musim hadapan.

Sejajar dengan visi dan misi NSFC yang nak kembali relevan dalam saingan bolasepak Malaysia dan kembali menggegarkan Liga Super 2022, walaupun K Devan hanya sign kontrak setahun, kami kira Negeri Sembilan memerlukan logo yang outstanding, garang dan out of box.

Untuk tampil garang, kami memilih Kerbau Bertanduk sebagai watak utama menggantikan rusa. Tanduk kerbau ni juga simbolik kepada Minangkabau. Rusa ni tak garang. Tanduk je berselirat. Senang tersangkut kek dahan.

Kami juga mengambil sedikit inspirasi dari logo AS Roma yang diangkat dari kisah mitos lagenda. Serigala yang menyusukan dua bayi - Romulus dan Remus.

Jadi, kami masukkan sedikit elemen itu tapi versi kerbau. Tiada bayi, tapi orang memerah susu, sinonim dengan pepatah melayu lama ;

"Kerbau punya susu, Sapi dapat nama"

Tapi, logo ni masih 75% sebelum menjadi satu karya agung.

Masterpiece!

- LeonarJoe da Vinci -

02/12/2020

Disember ialah rangkuman perkara dalam setahun sebelum ianya di refresh oleh tahun masihi yang baharu.

Disember juga merupakan satu tempoh 30 hari pelan pelan rancangan untuk direalisasikan pada 2021.

Sebagai contoh, Bolasepak Negeri Sembilan.

Disember 2014, PBNS melantik K. Devan sebagai ketua jurulatih bagi membimbing pasukan N9 untuk tahun 2015.

Disember 2015, PBNS telah dapat keputusan. Sama ada ianya bagus atau tidak, penonton, peminat, pencaci dan tukang jaga tiket pun tahu. Jawapannya, muncul Gary Philips untuk tahun 2016.

Jadi pada tahun 2020, khususnya pada Disember, N9FC melantik K. Devan sebagai ketua jurulatih untuk tahun 2021.

*****

Semua pun tahu tahun 2020 ni ialah tahun "pause" untuk seluruh dunia. Dr Mahathir seorang je rasa tahun 2020 ni mencapai wawasan dia.

Jadi, dengan perlantikan K. Devan sebagai jurulatih Skuad Bolasepak N9 pada Disember tahun 2020 ini, gua rasa mengantuk dan terus buka spotify.

Buat benda sama berulang kali tapi mengharap keputusan yang berbeza ni kita semua dah tahu jawapan dia.

- Pete Dunham-
SGSa

26/09/2020

Spirit Thomas Shelby ini sebenarnya yang diperlukan!

Akhirnya Ultrajang mengikut jejak Seberang GrandStand - atas yang kini sedang hiatus demi menyusun strategi yang lebih Peaky Blinders supaya bolasepak Malaysia terus ditutup lantas bajet sedia ada disalurkan ke bidang pertanian!

Dan kalau ada lebih sikit bajet, cari lah mic yang kalis angin.

Menaik darah Thomas Shelby!

23/07/2020

Dengar cerita piala kali ni terpaksa jemput Chelsea jadi penonton masa nak angkat piala.

Dan, piala ni je tak dapat naik bas pusing town.

Sedihnya.

12/03/2020

Saudi pun tutup Kaabah.

Liverpool punya berlagak suruh datang Anfield.

Mana tak kalah.

Padan muka.

03/02/2020

JUARA VAR

Setelah bermuzakarah, 19 team dan manager EPL bersetuju dengan keputusan untuk menolak menjadi juara VAR yang pertama.

Mereka bersatu hati untuk sedaya upaya bermain sekadar seri dan kalah untuk bersaing tempat kedua dari muncul juara VAR yang pertama.

Malah, Ole dan Pep khabarnya mengharamkan terus trofi juara VAR ni dari masuk ke bandar Manchester dan sanggup p**angkan trofi kalau terjadi juga juara season ni.

Begitulah berprinsipnya mereka menolak juara VAR.

Ye lah, 30 tahun takda VAR tak juara, takkan lah tiba tiba ada VAR jadi juara.

Itu lah sehina hina juara.

Kecuali untuk 1 manager dan pasukan,

Dan itulah tanda besar tiada lagi peri kemanusiaan dan hukum alam mampu diterima oleh akal penyokong yang begitu kempunan dan dahagakan secebis nikmat kejuaraan.

Sososoooosaaad.

01/02/2020

Ini ke yang orang kata bukan tiru tapi inspired by?

23/01/2020

Sebenarnya kalau Liverpool jadi champion EPL sekalipun, bukan sebab Liverpool power, jauh sekali taktikal Kloop sedap dan ampuh untuk liga sehebat EPL.

Mereka terpaksa menjadi juara sebab tiada saingan dari top 6 yang berlumba-lumba tunjuk siapa lebih bangang.

Tak macam sebelum ni, paling kurang 3 team akan memberi saingan sengit seperti Arsenal, Chelsea atau Man City.

Season lepas pun yang benar-benar memberi cabaran adalah Man City.

Kalau tengok balik susur galur manager yang manage kelab sedap dan memberi saingan ni contoh macam Arsene Wenger, Jose Mourinho, Guus Hiddink, Alex Ferguson, Avram Grant , Andre Villas Boas dan lain-lain.

Season ni, kelab besar lain semua tengah jadi tak betul. Ambil p**a manager mentah yang masih panjang perjalanan hidup mereka.

Kalau berjaya capai target kelab dan Board of Director, maka kekal lah musim depan. Kalau tak berjaya, kena sotong dan terpaksa lah manage kelab liga kampung semula demi mencari pengalaman balik.

Man City p**ak, terlalu bosan untuk bermain sedap lagi di sebabkan pasukan lain seolah-olah tak beria nak bersaing dan lebih kepada merombak struktur kelab yang tidak stabil dan overpay pemain tak semenggah.

Nampak macam mana Liverpool jadi juara UCL tanpa ada saingan kelab besar, bertemu p**ak Spurs yang di urus manager yang tidak berpengalaman di pentas UCL, jauh sekali diberi harapan untuk menjulang UCL untuk kelab?

Nampak macam mana mereka menggondol kejuaraan kelab-kelab dunia walaupun terkapai-kapai menewaskan kelab sedap Brazil?

Rumusan yang dapat kita rumuskan adalah, menjulang kejuaraan tatkala musuh lain sedang lemah bukanlah perkara gentleman dan boleh dibangga, jauh sekali untuk dibuat modal bersembang dengan anak cucu kelak.

Sekadar pelengkap kejuaraan EPL pertama selepas dijenamakan semula atau kejuaraan liga kali ke-19 setelah berpuluh tahun tandus.

Itu sahaja.

19/11/2019

Berani betul ye penyokong Indonesia p**ang balik flare?

15/11/2019

KANGAROO MASAK LOMAK CILI API

Umum mengetahui yang masak lemak cili api adalah makanan tradisi di Negeri Sembilan. Masak lemak cili api adalah anugerah teragung pemberian tuhan kepada bangsa Negeri Sembilan.

Masak lemak yang authentic hanya boleh didapati di Negeri Sembilan. Bukan macam Asam Pedas. Ada asam pedas Melaka, Johor, Singapore. Laksa lagi lah merata. Dari Perak, Perlis sampai ke Sarawak. Pernah dengar lepas masak lemak cili api ada nama negeri? Pernah?

Demi memelihara kesuciannya, ianya diperturunkan secara bersanad dari generasi ke generasi yang lain. Dan setiap sanad akan juga akan dipastikan tidak tercemar. Jika ada saklomak di Selangor atau Perak ianya boleh dikategorikan sebagai saklomak yang dhoif dan kalau di Kelantan ia akan jadi saklomak yang mungkar. Boleh makan tapi tak dapat keistimewaannya.

Dan bahan utama untuk membuat masak lemak yang real adalah santan dan cili api. Dua bahan ini juga anugerah ilahi untuk Negeri Sembilan. Apa apa sahaja bahan yang bercampur dengan santan dan cili api akan menghasilkan rasa yang padu. Ayam, daging, itik, kangaroo mahupun Brendan Gan.

Melihat kepada aksi Brendan Gan semalam dan perlawanan sebelumnya, kami perasan ada something yang familiar dengan corak permainan Brendan Gan. Dengan larian tanpa jantung, work rate, positioning dan cara dia attack penalty box Thailand untuk gol pertama makin menguatkan firasat yang ada satu kualiti yang lain dalam DNA Brendan Gan ni. Sampai ketika Brendan Gan buat assist yang world class baru kami tersedar, ini adalah DNA Negeri Sembilan!

Melalui carian wiki dan temuramah, tahu lah kami yang Brendan Gan adalah Australia yang mempunyai darah campuran santan dan cili api. Kami terus selusuri susur galur keturunan Brendan Gan dan menemui yang nenek dari sebelah ayahnya adalah seorang Negeri Sembilan. Patutlah.

Dan mengikut hikayat yang pop**ar di Negeri Sembilan, Brendan Gan adalah kawan rapat kepada Andrew Nabbout dan pernah cuba menyelinap ke Paroi melalui Nabbout. Tapi bila berita ini sampai ke pengetahuan PBNS, dengan Nabbout sekali mereka buang sebab cuba mengamalkan kabel dan kroni. Begitulah tegas dan seriusnya Negeri Sembilan dalam pembangunan sahsiah diri pasukan.

Sebagaimana Negeri Sembilan akan terus membekalkan Masak Lemak Cili Api yang berkualiti untuk santapan seluruh rakyat Malaysia, begitu jugalah Negeri Sembilan akan sentiasa melahirkan hero bolasepak demi memenuhi harapan seluruh rakyat yang berbasah di stadium dan berbaring di depan TV.

Nikmatilah.

- Joe Gan -
SGSA

26/10/2019

Betul ke Mat Selangor dah mula asah pedang untuk mempertahankan diri sebab kena scam dengan Mat Negro?

Jaga jaga.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Seremban

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00