Super Football League

Directions

Super Football League Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Super Football League, Sports League, Seremban.

Piala Zakir 2025, Zon Seremban โ€ข Tarikh BaharuPihak Zakir Marketing Berhad dan Amateur Super League ingin memaklumkan ba...
28/06/2025

Piala Zakir 2025, Zon Seremban โ€ข Tarikh Baharu

Pihak Zakir Marketing Berhad dan Amateur Super League ingin memaklumkan bahawa tarikh baharu bagi Kejohanan Piala Zakir 2025, Zon Seremban telah dijadualkan pada Sabtu dan Ahad, 19 & 20 Julai 2025.

Namun demikian, sekiranya keadaan cuaca mengizinkan serta tiada sebarang halangan teknikal, kejohanan ini akan dilaksanakan dalam tempoh satu hari sahaja, iaitu pada Sabtu, 19 Julai 2025.

Bagi edisi kali ini, kejohanan akan berlangsung di dua lokasi utama berikut:

1. Padang IPG Kampus Raja Melewar, Sikamat
2. Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah (SMKTAD), Sikamat

Sekiranya terdapat pertambahan penyertaan pasukan, pihak penganjur akan mempertimbangkan penambahan satu lagi lokasi tambahan bagi memastikan kelancaran kejohanan serta keselesaan para pemain akar umbi dan jurulatih yang terlibat.

Pindaan tarikh ini dibuat atas saranan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) bagi memastikan kejohanan dapat dianjurkan dengan lebih teratur dan efisien.

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.

28/06/2025

Piala Zakir 2025 โ€ข Zon Seremban

Seremban, 27 Jun 2025 โ€“ Satu sesi taklimat rasmi bagi Kejohanan Piala Zakir 2025 Zon Seremban telah diadakan sebentar tadi di Glass Hall CMC, Sikamat, melibatkan kehadiran wakil-wakil pasukan yang akan bertanding.

Setakat ini, lebih 66 pasukan akar umbi telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan yang dianjurkan oleh Zakir Marketing Berhad dengan kerjasama Amateur Super League. Penyertaan yang memberangsangkan ini membuktikan komitmen tinggi dalam memperkasa pembangunan bola sepak akar umbi di Negeri Sembilan.

Pada asalnya, kejohanan dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 Julai 2025, namun atas saranan pihak Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), tarikh rasmi kejohanan telah dipinda kepada 19 dan 20 Julai 2025.

Zon Seremban akan menggunakan dua lokasi utama sebagai venue perlawanan, iaitu Padang Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar dan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah (SMKTAD), Sikamat.

Nogori Supporters selaku rakan media rasmi bagi kejohanan ini akan membuat liputan penuh bersama-sama Ultrajang dan Naning Media sepanjang kejohanan berlangsung.

โค๏ธ๐Ÿ’›๐Ÿ–ค

28/06/2025
27/06/2025
Taklimat Kejohanan โ€ข Piala Zakir 2025, Zon SerembanSebentar tadi telah berlangsung sesi taklimat rasmi Kejohanan Piala Z...
27/06/2025

Taklimat Kejohanan โ€ข Piala Zakir 2025, Zon Seremban

Sebentar tadi telah berlangsung sesi taklimat rasmi Kejohanan Piala Zakir 2025, Zon Seremban, bertempat di Glass Hall CMC, Sikamat. Taklimat ini melibatkan penyertaan wakil-wakil pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan tersebut.

Lebih kurang 66 pasukan akar umbi dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan ini, yang bakal berlangsung di dua venue utama iaitu Padang IPG Kampus Raja Melewar dan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah (SMKTAD), Sikamat.

Untuk makluman, tarikh asal kejohanan yang dijadualkan pada 12 dan 13 Julai 2025 telah ditunda ke 19 dan 20 Julai 2025, bagi memberi ruang kepada penyelarasan teknikal dengan sokongan pihak berkaitan.

Kami dari Zakir Marketing Berhad dan Amateur Super League merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) atas sokongan serta kebenaran penganjuran kejohanan ini.

Turut hadir dalam sesi taklimat ini ialah wakil media rakan strategik, Ultrajang dan Nogori Supporters.

Piala Zakir 2025 โ€ข Zon SerembanSukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Akar Umbi Piala Zakir 2025, hasil kerjasama antara ...
25/06/2025

Piala Zakir 2025 โ€ข Zon Seremban

Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Akar Umbi Piala Zakir 2025, hasil kerjasama antara Zakir Marketing dan Amateur Super League, akan berlangsung di Padang IPG Kampus Raja Melewar, Sikamat.

Lokasi ini dipilih kerana menawarkan pelbagai kemudahan yang lengkap dan selesa untuk para pemain serta pihak pengurusan, antaranya tempat letak kenderaan, surau, tandas, dan padang yang luas.

Sesi taklimat juga akan diadakan pada minggu ini melibatkan semua pasukan yang bakal bertanding.

Jumpa anda di sana!

๐Ÿ“ข ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ!Kejohanan Piala Zakir 2025 โ€“ Zon SerembanPeluang masih terbuka untuk menyertai salah satu kejohanan...
15/06/2025

๐Ÿ“ข ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ!
Kejohanan Piala Zakir 2025 โ€“ Zon Seremban

Peluang masih terbuka untuk menyertai salah satu kejohanan pembangunan bakat paling berprestij di Zon Seremban!

๐ŸŽฏ Buktikan kehebatan pasukan anda dan ketengahkan bakat pemain muda ke peringkat lebih tinggi!

โœ… Slot penyertaan yang masih tersedia:
๐Ÿ”น Bawah 14 Tahun (U14) โ€“ 1 slot
๐Ÿ”น Bawah 18 Tahun (U18) โ€“ 1 slot

๐Ÿ“… Tarikh Tutup Pendaftaran: 25 Jun 2025
๐Ÿ“Œ Tempat adalah terhad, daftar segera sebelum terlambat!

๐Ÿ“ฒ Sertai kumpulan WhatsApp kejohanan di sini:
๐Ÿ‘‰ https://chat.whatsapp.com/I7Id0rx0BXo331WWxFBmBo

๐Ÿ“ข Panggilan Terakhir: Kejohanan Piala Zakir 2025 โ€“ Zon Seremban!Peluang masih terbuka untuk menyertai kejohanan berprest...
14/06/2025

๐Ÿ“ข Panggilan Terakhir: Kejohanan Piala Zakir 2025 โ€“ Zon Seremban!

Peluang masih terbuka untuk menyertai kejohanan berprestij ini dan mengetengahkan bakat pemain muda pasukan anda.

Slot penyertaan yang masih tersedia:
๐Ÿ”น Bawah 14 Tahun (U14): 4 slot
๐Ÿ”น Bawah 18 Tahun (U18): 5 slot

๐Ÿ“… Tempat adalah terhad โ€“ daftar sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kejohanan pembangunan bakat muda yang dinanti-nantikan ini!

Tekan link ini untuk terus Kumpulan Whatsapp Kejohanan : https://chat.whatsapp.com/I7Id0rx0BXo331WWxFBmBo

๐Ÿ“ข Panggilan Terakhir: Kejohanan Piala Zakir 2025 โ€“ Zon Seremban!Peluang masih terbuka untuk menyertai kejohanan berprest...
09/06/2025

๐Ÿ“ข Panggilan Terakhir: Kejohanan Piala Zakir 2025 โ€“ Zon Seremban!

Peluang masih terbuka untuk menyertai kejohanan berprestij ini dan mengetengahkan bakat pemain muda pasukan anda.

Slot penyertaan yang masih tersedia:
๐Ÿ”น Bawah 8 Tahun (U8): 3 slot
๐Ÿ”น Bawah 14 Tahun (U14): 5 slot
๐Ÿ”น Bawah 18 Tahun (U18): 5 slot

๐Ÿ“… Tempat adalah terhad โ€“ daftar sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kejohanan pembangunan bakat muda yang dinanti-nantikan ini!

Tekan link ini untuk terus Kumpulan Whatsapp Kejohanan : https://chat.whatsapp.com/I7Id0rx0BXo331WWxFBmBo

๐—จ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐˜‡๐—ถ๐—ฎ๐—ต๐—”๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฎ๐—ด๐˜‚๐—ฒ & ๐—ญ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—ฟ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป. ๐—•๐—ต๐—ฑ. merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seluruh ...
09/06/2025

๐—จ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐˜‡๐—ถ๐—ฎ๐—ต

๐—”๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฎ๐—ด๐˜‚๐—ฒ & ๐—ญ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—ฟ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป. ๐—•๐—ต๐—ฑ. merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seluruh keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya di Gerik, Perak.

Kami mendoakan agar semua ahli keluarga yang terkesan diberi kekuatan, ketabahan dan kecekalan dalam menghadapi saat yang sukar ini.

Al-Fatihah.

Address

Seremban

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Super Football League posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category