20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Bersempena Syawal yang mulia ini, YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi, selaku Pewaris Mutlak Silat Cekak dan Presiden Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, bersama barisan Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan serta seluruh warga Pusaka Hanafi menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas nikmat kemenangan setelah melalui madrasah Ramadan yang penuh keberkatan.
Seiring dengan perutusan khas beliau, Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi merupakan ruang untuk kita kembali kepada fitrah, memperkukuhkan ukhuwah, menyemai nilai kemaafan serta memperteguh kesatuan hati dalam sebuah perjuangan yang berteraskan adab, kesetiaan dan semangat persaudaraan.
Dalam mendepani cabaran semasa, marilah kita bersama-sama menghayati pesanan agar sentiasa berfikiran matang, mengamalkan sikap tabayyun serta menjaga akhlak dalam setiap tindakan.
Semoga Syawal ini menjadi titik penyatuan hati, memperkukuhkan saf serta membaharui tekad dalam memartabatkan warisan seni silat ini agar terus mekar dan memberi manfaat kepada generasi akan datang.
#2026
18/02/2026
Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini menjadi ruang untuk kita meningkatkan keimanan, memperbanyakkan amal ibadah serta mengeratkan silaturahim sesama insan.
Marilah kita bersama-sama menghayati nilai kesabaran, keikhlasan dan kesederhanaan dalam setiap amalan, serta menjadikan Ramadhan sebagai medan memperkukuh jati diri dan menyemai semangat kebersamaan.
Semoga segala amalan diterima dan dikurniakan keberkatan yang berpanjangan.
Ramadhan Kareem.
Ikhlas dari:
YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi
Pewaris Mutlak Silat Cekak / Presiden Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia
&
Barisan Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan serta Seluruh Warga Pusaka Hanafi
18/02/2026
π π¦ππππ π₯ππ πππππ‘ ππ-π π¨πππ₯ππ 1447π π
Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan, meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT, serta menguatkan lagi ukhuwah dan semangat persaudaraan dalam kalangan warga Silat Cekak Pusaka Hanafi dan masyarakat seluruhnya.
Marilah kita manfaatkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadah, memperbaiki akhlak, serta mendidik diri dengan kesabaran dan disiplin β selari dengan roh perjuangan seni silat yang menekankan adab, amanah dan jati diri.
Semoga segala amalan kita diterima dan dikurniakan rahmat serta keampunan.
Ramadhan Kareem.
ππ΄π±π΅πͺπΌ ππͺπ»π²πΉπͺππͺ,
π π’ππ πππππ πππ‘ π π π‘π’π₯
Yang Dipertua
Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia
Cawangan Negeri Sembilan
serta barisan
Majlis Eksekutif Negeri,
Majlis Persilatan Negeri,
&
Warga Pusaka Hanafi Negeri Sembilan
13/01/2026
ππππ ππππππππππ ππ-ππ ππππ ππππ ππ-πππππππ πππππ ππππππ ππππππππ
Merafak sembah dan setinggi tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan yang ke-78 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan serta Segala Jajahan Takluknya.
Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan ke Bawah Duli Tuanku.
Daulat Tuanku.
Sembah Takzim Dari Kami,
ππππππππππΌπ ππππ ππππΌπ πΎπππΌπ ππππΌππΌ ππππΌπ ππΌππΌππ ππΌππΌππππΌ πΎπΌππΌπππΌπ ππππππ ππππ½πππΌπ
13/12/2025
π πππππ¦ ππππππ π¦ππππ§ πππππ π£π¨π¦πππ πππ‘πππ π‘ππππ₯π π¦ππ πππππ‘ 2025
Telah berlangsungnya Majlis Ijazah Persilatan peringkat Asas, Potong & Tamat bagi penuntut Silat Cekak Pusaka Hanafi di Negeri Sembilan pada 11 Oktober 2025 bertempat di KPJ Healthcare University, Nilai yang telah dihadiri sekitar 150 ahli silat dari serata Negeri Sembilan.
Majlis disempurnakan oleh YM Kolonel Kehormat (PA) Dr Hj Md Radzi Bin Haji Hanafi (YM Pewaris Mutlak Silat Cekak merangkap Guru Utama). Dalam majlis itu YM Tuan Guru telah menyampaikan beberapa nasihat dan amanat penting antaranya kepentingan ilmu dan adab terhadap Ibu Bapa & Guru. Beliau juga berpesan agar merapatkan saf antara ahli-ahli di Negeri Sembilan kembali bersatu dan bangkit dalam perjuangan Silat Cekak ini.
18/11/2025
Silat Cekak Pusaka Hanafi Negeri Sembilan turut terlibat dalam Program Jerayawara Kursi Institusi Raja-raja Melayu yang bertempat di UiTM Kuala Pilah semalam.
Terima kasih UiTM Negeri Sembilan diatas kesudian menjemput kami dalam program bersejarah ini.
03/11/2025
πππππΌππ½πππΌπ πΌπππ π½πΌππ
ππππΌπ ππππΌπ πΎπππΌπ ππππΌππΌ ππΌππΌππ πππππππ ππππππ ππππ½πππΌπ
Nak belajar silat tapi takut susah? π
Kami ada teknik yang simple, ringkas & pantas!
Jom join Silat Cekak Pusaka Hanafi bagi kelas di Negeri Sembilan πͺ
β
Untuk umur 9 tahun ke atas
β
Sesuai untuk lelaki, wanita & kanak-kanak
β
Sistem mata pelajaran yang tersusun
β
99% bertahan, 1% menyerang β bukan silat ganas!
Kelas kami berada di sekitar:-
π Pusat Perniagaan Paroi (Seremban)
π Masjid Putra (Nilai)
π Chembong (Rembau)
π Felda Jelai (Gemencheh)
π² Imbas QR kat poster ni untuk daftar sekarang!
π¦ππππ§ πππ‘ππ ππ¨ππ!
16/09/2025
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak merangkap Presiden Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, di atas penganugerahan sebagai Pendekar Negara sempena Himpunan Pendekar Madani yang berlangsung pada 16 September 2025 di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.
Dengan penuh takzim, seluruh warga Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak merangkap Presiden Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, atas penganugerahan sebagai Pendekar Negara yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim sempena Himpunan Pendekar Madani yang berlangsung pada 16 September 2025 di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.
Penganugerahan berprestij ini bukan sahaja mengangkat martabat beliau sebagai pewaris silat pusaka bangsa, bahkan turut menjadi simbol pengiktirafan kepada usaha berterusan dalam memartabatkan seni budaya dan warisan tanah air.
Sesungguhnya, ia mencerminkan keteguhan semangat perjuangan dalam memastikan warisan ini terus terpelihara, dihargai dan disegarkan sepanjang zaman.
Sekali lagi, ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pengiktirafan ini. Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga silat dan generasi akan datang untuk terus mengangkat maruah bangsa, agama dan negara.
13/09/2025
Seruan kepada ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi di seluruh negara!!
Ayuh!!! Dengan langkah gagah & semangat waja, kita jayakan himpunan seni warisan bangsa dengan hadir beramai-ramai ke Himpunan Pendekar Madani bersama YAB Perdana Menteri pada 16 September 2025 di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang!!!
Ayuh pewaris bangsa!!! Silat bukan sekadar Gerak. Ianya jiwa dan maruah!!
Sila hadir lebih awal pada jam 11 pagi untuk kelancaran program.
SILAT TAKKAN HILANG DI DUNIA!