Academy Singa Muda

Academy Singa Muda

Share

EST 2003 | MUAYTHAI & BOXING

TEKAN LINK INI CHANNEL
ACADEMY SINGA MUDA
https://whatsapp.com/channel/0029VbBZOYjBlHplGxhksw2A

26/05/2026

πŸ“’ PENGUMUMAN RASMI πŸ“’

Academy Singa Muda akan bercuti bermula 27 Mei sehingga 1 Jun 2026 sempena cuti perayaan & rehat latihan. πŸ’ͺπŸ”₯

πŸ“… Kelas latihan akan bermula semula seperti biasa pada:
πŸ—“οΈ 2 Jun 2026

Gunakan masa cuti ini untuk rehat secukupnya, jaga pemakanan dan kekalkan stamina! πŸ₯Š

Terima kasih atas sokongan semua fighter, ibu bapa dan team Academy Singa Muda ❀️



::

26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™

Dengan penuh keikhlasan hati,
keluarga besar Academy Singa Muda ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, kekuatan, rezeki yang luas serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan persahabatan sesama kita. 🀝πŸ₯Š

Dalam kita meraikan hari penuh pengorbanan ini, jangan lupa untuk sentiasa menjaga adab, menjaga hati dan menghargai insan tersayang di sekeliling kita.

πŸ›£οΈ Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya, pandu dengan selamat dan semoga semua dipermudahkan perjalanan pergi dan balik.

Terus kuat, terus bersatu dan terus menjadi pejuang yang baik di dalam serta luar gelanggang.

Ikhlas daripada,
Academy Singa Muda 🦁

26/05/2026

πŸ”₯ LADIES STRENGTH CLASS πŸ”₯

Training setiap pagi khas untuk ladies yang nak kuatkan stamina, bentuk badan & tambah keyakinan πŸ’ͺ✨

πŸ“… Isnin – Jumaat
⏰ Jam 7 Pagi
πŸ“ Di Gym

⚑ SLOT TERHAD ⚑
Cepat lock tempat anda sekarang!

❌ Bukan RM500
❌ Bukan RM250
βœ… Hanya RM60 SAHAJA πŸ”₯

πŸ“² 0189280028
Coach Jepun

Morning training specially for ladies who want to build strength, improve stamina & boost confidence πŸ’ͺ✨

πŸ“… Monday – Friday
⏰ 7:00 AM
πŸ“ At the Gym

⚑ LIMITED SLOTS ⚑
Book your spot now before it’s full!

❌ Not RM500
❌ Not RM250
βœ… ONLY RM60 πŸ”₯

πŸ“² 0189280028
Coach Jepun

Photos from Academy Singa Muda's post 23/05/2026

πŸŒΏπŸ… ACADEMY SINGA MUDA x AMPANGAN RESCUE TEAM πŸ…πŸŒΏ

Briskwalk Bukit Putus bukan sekadar berjalan… tapi latihan stamina & kekuatan πŸ’ͺπŸ”₯

3 Cilik Fighter turut serta β€” bukan hanya briskwalk, tapi berlari untuk tingkatkan stamina, kekuatan & β€œangin power” mereka πŸƒβ€β™‚οΈβš‘

Jom sama-sama hidupkan pagi dengan kesihatan, semangat dan kekeluargaan 🌳🀝

Photos from Academy Singa Muda's post 23/05/2026

πŸŒΏπŸ… ACADEMY SINGA MUDA x AMPANGAN RESCUE TEAM πŸ…πŸŒΏ

ASSALAMUALAIKUM W.B.T 🀝

Sabtu ini jom sama-sama luangkan masa untuk sihatkan badan, tenangkan fikiran dan menikmati keindahan alam semula jadi 🌳✨

Program BRISKWALK BUKIT PUTUS bersama Team Gerak Khas Ampangan Rescue Team akan berlangsung dalam suasana pagi yang tenang dan penuh semangat kekeluargaan πŸ’ͺπŸ”₯

πŸ“ JKIN Kaki Bukit Putus
πŸ“… Sabtu | 23 Mei 2026
πŸ•– 7.00 Pagi

πŸ‘• Pakaian rasmi : Tshirt Team
🍞 Sarapan pagi disediakan

Program ini diketuai oleh Encik Zulkafli selaku Penaung Academy Singa Muda & Unit Gerak Khas Ampangan Rescue Team.

Alhamdulillah seramai 20 peserta akan bersama-sama menyertai aktiviti briskwalk pada pagi tersebut 🀝🌿

Semoga program ini dapat mengeratkan silaturahim, menjaga kesihatan serta memberi ketenangan jiwa kepada semua yang hadir.

πŸ“ž Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai aktiviti seperti ini pada masa akan datang, boleh terus hubungi:

πŸ‘€ Coach Jopon
πŸ“± 018-928 0028

πŸ‘€ Encik Zul (ART N9)
πŸ“± 019-668 9466








16/05/2026

🌟 SELAMAT HARI GURU 2026 🌟

Bukan semua guru berada dalam kelas…
Ada yang mendidik di gelanggang πŸ₯ŠπŸ”₯

Terima kasih kepada semua coach, cikgu & pendidik yang tak pernah penat membimbing kami jadi lebih kuat, berdisiplin dan berani dalam kehidupan.

β€œSeorang guru bukan hanya mengajar ilmu, tetapi membentuk jiwa seorang pejuang.”

Respect untuk semua yang bergelar pendidik ❀️

01/05/2026

INTAKE SEPTEMBER DIBUKA πŸ”₯πŸ₯Š

Program latihan Muaythai & Fighter Development
Isnin – Jumaat
Umur 6 hingga 50 tahun dialu-alukan

Kami fokus membina disiplin, stamina dan skill fighter sebenar untuk persediaan tahun 2026 πŸ’₯

Sesi FREE TRIAL disediakan
Datang cuba dahulu, rasa sendiri pengalaman training sebelum buat keputusan

πŸ’° Yuran promosi: RM50 / bulan

πŸ“² TERUS HUBUNGI SEKARANG:
Coach Jepun: 018-982 0028
Coach Dol: 014-316 8356

Kalau serius nak jadi fighter, ini langkah pertama anda.

βΈ»

SEPTEMBER INTAKE NOW OPEN πŸ”₯πŸ₯Š

Muay Thai & Fighter Development Program
Monday – Friday
Open for ages 6 to 50 years old

We focus on building discipline, stamina, and real fighter skills to prepare for 2026 πŸ’₯

πŸ”₯ FREE TRIAL SESSION AVAILABLE
Come try first, feel the training, then decide

πŸ’° PROMO FEE: ONLY RM50 / MONTH

πŸ“² CONTACT NOW:
Coach Jepun: 018-9820028
Coach Dol: 014-3168356

If you’re serious about becoming a fighter, this is your first step.
Singa Muda Singa Muda Botauski

21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™βœ¨

Di hari yang mulia ini, kami dari Kelab Muay Singa Muda ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat, ahli kelab dan penyokong.

Andai ada salah silap sepanjang perkenalan dan latihan bersama, kami memohon maaf zahir dan batin.
Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kesihatan dan kekuatan kepada kita semua.



23/02/2026

Assalamu’alaikum wbt.

Dukacita dimaklumkan bahawa Saudara Nazaruddin Abas, AJK MMKPJ, AJK PIBG SMK Panchor, mantan NYDP PIBG SK Panchor serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab Muay Singa Muda telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Jenazah telah dibawa dari HTJ ke kediaman beliau di:
No. 1281, Jalan Semarak 37/1, Taman Panchor Jaya Fasa 5.

Allahyarham merupakan seorang yang sangat aktif dalam kegiatan komuniti sejak tahun 2014. Beliau aktif dalam sukan Muay Thai bersama Kelab Muay Singa Muda, selain turut bergiat dalam aktiviti briskwalk, hiking serta pelbagai program kemasyarakatan.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, rakan-rakan serta seluruh warga komuniti dan Kelab Muay Singa Muda.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

18/02/2026

πŸŒ™ Salam Ramadan 1447H | 2026 πŸŒ™

Selamat Menyambut Bulan Ramadan.
Semoga bulan yang penuh keberkatan ini menyuburkan keimanan, menguatkan kesabaran, dan membawa ketenangan dalam setiap langkah kehidupan kita.

Semoga setiap amalan diterima, setiap doa dimakbulkan, dan setiap usaha dipermudahkan.

Seikhlas hati daripada
Academy Singa Muda

Ramadan Kareem βœ¨πŸŒ™

Photos from Academy Singa Muda's post 20/01/2026

Petang ni stay konsisten πŸ’ͺπŸ”₯
Menjalani latihan fitness Muay Thai di Academy Singa Muda πŸ₯Š
Bukan nak jadi hebat sehari… tapi nak jadi lebih kuat sikit setiap hari.
Stamina, disiplin, mental semua kena train sama βœ…

Kalau berminat nak join latihan, boleh terus contact:
πŸ“² 011-1186 1437 (Encik Amar)

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Kelab Muay SInga Muda, No126 , Taman Gedong Lalang 50, Ampangan
Seremban
70450