25/07/2022
Setiap manusia mempunyai impian betul?
Tapi ketika kita mengimpikan sesuatu,pernahkah kita terfikir andai kita dapat mencapai impian kita tersebut, berapa lama impian tersebut akan menjadi kepuasan pada kita?
Fikir-fikirkanlah...
07/07/2022
JACK OF ALL TRADES,IS A MASTER OF NONE,BUT BETTER THAN A MASTER OF ONE.
01/07/2022
Menguasai teknik casting.
Teknik melontar terbahagi kepada beberapa jenis, dimana jika kita menguasainya ia akan memberi sedikit kelebihan kepada kita dilapangan.
Ketika berada dilapangan, adakalanya kita akan mengalami beberapa situasi yang sukar untuk melakukan lontaran.
Halangan dibelakang, kawasan berpijak yang sempit, terpaksa berdiri didalam semak samun, tidak ada ruang untuk melakukan lontaran, kalau salah melibas nanti bihun pulak.hihi
Jadi menguasai teknik ini akan menjadi kelebihan dimana kita akan mampu melontarkan gewang kita dalam apa jua keadaan.
Namun untuk dapat menguasai teknik ini tidaklah boleh kita hanya melihat tanpa melakukannya, ianya memerlukan latihan, latihan dan latihan.
Memancing adalah hobi, tetapi hobi kita tidak akan bermakna andai ia hanya menjadi kesukaran dan memberi tekanan semata.
29/06/2022
Kesihatan ketika memancing.
Sebelum pergi memancing pastikan kesihatan kita berada ditahap yang baik,ini kerana kesihatan adalah satu faktor keselamatan.
Apa kaitan sihat dengan keselamatan?andai tidak sihat dan keluar memancing, kita berpotensi untuk membawa diri kita atau rakan-rakan kearah kemalangan dan kesukaran.
Ini adalah lebih bahaya andai kita memancing berseorangan. Jadi sebelum pergi memancing pastikanlah kita didalam keadaan sihat.
24/06/2022
Tips menyelamat gewang kesayangan.
Tidak ada istilah gewang-gewang killer,tapi saya percaya setiap pemancing ada gewang kegemaran masing-masing, atas alasan, teori, action dan sebagainya.
Tips kali ini saya ingin kongsikan apa boleh kita lakukan dengan gewang kesayangan kita.
Situasi pertama. Gewang tersebut dah banyak kenangan, gewang yang paling hanyir dalam simpanan kita, action masih ok,tapi warna dah terlalu banyak pecah-pecah.
Situasi kedua. sukar lagi untuk dapat yang baru dek kerana produksi yang dah terhenti, retro dan sebagainya.
Situasi ketiga. Ada sentimental value, ingin menyimpan sebagai koleksi, kenangan hadiah orang yang tersayang dan sebagainya.
Jadi apa kita boleh buat sebenarnya? Bagi gewang-gewang jenis hard lure ni,kita boleh restore semula warnanya.
Gosok perlahan-lahan untuk membuang warna yang lama,kemudian spray semula.
Disini kemungkinan kita boleh lakukan sendiri, atau boleh juga kita hantarkan kepada pembuat-pembuat gewang.
Jadi tidaklah kita buang begitu saja,dan gewang kesayangan kita tu masih boleh terus beraksi bersama kita.
Tetapi kalau cukai tak boleh buat apa-apa la... hehehehe 😝
23/06/2022
Kenapa memilih teknik lure fishing?
Teknik lure fishing ini berfokus kepada jenis-jenis ikan pemangsa/predator. Ini kerana ikan-ikan pemangsa ni pemakanannya ialah haiwan-haiwan hidup seperti serangga,katak,ikan dan sebagainya.
Permainan teknik ini tidaklah semudah teknik bait fishing, kerana teknik ini telah membuang 1 unsur penting iaitu unsur bau. Bau adalah deria yang paling kuat pada ikan dalam mencari makanan, jadi tidak peliklah jika bait fishing lebih efektif dari lure fishing.
kelebihan teknik lure fishing ini hanya akan mendapatkan sambaran jenis pemangsa,ikan yang bukan pemangsa jarang sekali ditemui menyambar umpan tiruan.
Disini telah kita fahami yang lure fishing tidaklah mudah,namun pada mereka kaki-kaki pancing yang inginkan cabaran yang lebih teknik lure fishing tentulah menjadi pilihan.
22/06/2022
Masih takut untuk menggunakan reel baitcaster?
Meh geng saya kongsi sikit pengalaman saya sendiri mula-mula menggunakan baitcaster. Satu masa dulu sekitar 12 ke 13 tahun lepas,saya pernah dioffer oleh sorang taukeh kedai pancing untuk membeli mesin overhead bersaiz kecil.
Masa tu saya tak tau ia dipanggil baitcaster,apa yang saya tau ia khas untuk permainan casting sahaja. Atas keinginan saya nak mencuba benda yang baharu,saya pun belilah sebiji reel,masih saya ingat harganya rm70 dan ianya kayuhan kanan.
Selepas beli tu dengan terujanya bawa balik rumah dan terus isi tali,pada masa itu kita tak macam sekarang, ada media sosial dan sebagainya untuk tau info penggunaan dan sebagainya, jadi tanpa pengetahuan teruslah pergi depan rumah dan nak cast la cadangnya.
Balingan pertama je dah bihun teruk,dan itulah kali pertama dan terakhir saya pegang reel tu.
Sampailah pada taun 2019 saya diajak abang dan kawan saya untuk sama-sama mencuba satu hobi yang baru iaitu memancing teknik casting dengan reel baitcaster.
Sebenarnya tidaklah sesukar mana menggunakan reel baitcaster, malah ia lebih mudah, lebih cepat dan juga tepat berbanding reel spinning.
Jadi jika anda ingin mencuba teknik casting dengan baitcaster, zaman sekarang pencarian semua dihujung jari tuan-puan, dimana-mana kita dapat belajar.
Dapatkanlah sedikit info dan selamat mencuba
17/06/2022
Jangan berputus asa untuk berjaya.
Target trip kali ni adalah untuk mencari saiz. Pada belah pagi seekor yang bersaiz dalam anggaran 3 kg menyambar gewang. Namun atas sedikit kesilapan sendiri ikan tersebut lucut ketika hendak ditangguk naik ke bot.
Pencarian demi pencarian di lakukan sehingga di satu spot dalam pukul 3.30 petang, mendapat strike yang kedua. Dimana gewang jatuh ditengah sepasang toman yang berlegar di spot tersebut, dan seekor toman 4.2kg landed
Disini moral of the story, andai kita yakin ada kejayaan untuk kita, jangan sekali berputus asa, dan teruskanlah usaha. Peluang yang ada ketika itu adalah 'masa' dan untuk berjaya peluang ini perlu digunakan sebaiknya.
Begitulah jua didalam kehidupan.
14/06/2022
Sistem drag yang baik
Apakah itu drag yang baik?
Bagi reel baitcaster kebiasaannya faktor yang menjadi pilihan pemancing-pemancing berkenaan drag ialah kekuatan.
Tetapi hakikatnya kebanyakan jenis reel baitcaster yang berprofile rendah tidak dapat menghasilkan drag yang tinggi,kerana binaannya yang sedikit unik.
Namun begitu kelancaran drag juga patut diambil kira. Drag yang tidak lancar boleh merosakkan gigi gear, mematahkan rod dan sebagainya.
Perlu difahami bahawa sistem drag dicipta bertujuan menjaga peralatan yang lainnya, seperti tali, rod, dan terminal tackle.
Sedikit perkongsian ujian hari ini, saya menggunakan reel baitcaster yang kekuatan dragnya hanya sekitar 1kg - 1.3kg sahaja jika dikunci mati,ikan target yang menyambar gewang 300gram anggaran beratnya.
Ikan toman yang beratnya tidak pun sampai setengah kilo mampu menarik drag yang saya kunci hanya 1kg dalam jarak 1 ke 2 meter. Jadi cuba bayangkan apa kemampuan ikan yang lebih berat? 3kg? 4kg mungkin?
Sistem drag yang baik dan lancar dapat membantu menjaga peralatan lainnya terutama ketika kita 1 by 1 dengan ikan.
Lakukankanlah sedikit study pada reel anda berkenaan dengan drag, dan pastikan ianya berfungsi dengan baik dan lancar.
10/06/2022
Tindakan kita mampu mengubah.
Tahukah anda apa itu microplastic? Microplastic adalah cebisan plastik yang sangat halus yang dapat ditemui didalam isi ikan yang pernah termakan cebisan plastik.
Kajian ini dijalankan dinegara jiran dimana microplastic ditemui didalam sel seekor ikan.
Bagaimana ini boleh terjadi? Ia terjadi adalah berpunca dari proses pelupusan plastik, sama ada sisa pembakaran yang dilepaskan kelaut, dan juga dari asap pembakaran plastik.
Didalam kempen mereka disana, mereka cuba memberi kesedaran kepada semua tentang bahayanya penggunaan plastik yang hanya digunakan sekali sahaja.
Ianya mampu memberi bahaya kepada hidupan dan kita semua, dimana ia mampu menjadi punca kanser dan sebagainya. Bayangkan jika kita termakan microplastic ini tanpa sengaja, plastik amat sukar untuk terhapus.
Jadi kita sebagai pengguna elakkanlah sebaiknya dari menggunakan terlalu banyak plastik tidak kira dimanapun kita berada,beriadah,dirumah,memancing dan sebagainya.
02/06/2022
Pakaian ketika keluar memancing.
Pakaian memancing perlu sesuai dan selesa. Pemilihan pakaian ini perlu diambil kira dari beberapa sudut.
Sedia maklum akan kita bahawa aktiviti memancing adalah aktiviti rekreasi luar, sudah tentu kita akan terdedah dengan cuaca,panas,hujan dan sebagainya.
Jika cuaca terlalu panas, dan kita tidak mempunyai banyak pilihan untuk berteduh, memilih baju dan pakaian yang sedikit longgar adalah baik.
Memakai kasut juga adalah satu perkara yang agak penting, ini kerana hampir keseluruhan aktiviti memancing kita, kita akan berdiri, berjalan dan ada juga kalanya berlari.
Pemilihan kasut juga adalah penting bukan sekadar kita memancing tetapi juga penting dalam kehidupan kita.kerana pemilihan kasut yang salah boleh memberi kesan jangka masa panjang.
Topi,key dan sebagainya juga sesuai untuk aktiviti memancing,asalkan ianya tidak merimaskan, dan tidak mengganggu pergerakan kita.