11/06/2026
Persatuan Sukan & Rekreasi Bandar Putra Permai
Persatuan yg ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti sukan disamping mencari dana bg keperluan latihan.
11/06/2026
09/06/2026
Jom.. sesiapa yg berminat
Semakin mantap pemanduan
Pusingan Warm up
02/06/2026
Apa itu sukan Go Kart ?
Sukan Go-Kart (atau karting) ialah sejenis sukan permotoran roda terbuka menggunakan kenderaan kecil beroda empat yang dipanggil kart. Sukan ini dijalankan di litar tertutup khas dan berfungsi sebagai tapak permulaan utama serta asas bagi pemandu yang ingin melangkah ke perlumbaan kereta profesional seperti Formula 1 (F1).
Ciri-Ciri Utama Go-Kart
Reka Bentuk Rendah:
Kedudukan casis yang sangat rapat dengan tanah memberikan kestabilan tinggi semasa mengambil selekoh tajam.
Ringan & Ringkas:
Tiada bumbung atau kokpit tertutup, membolehkan pemandu merasai kelajuan secara langsung.
Sistem Enjin:
Menggunakan sama ada enjin petrol kecil (biasanya enjin 2-lejang atau 4-lejang) atau motor elektrik (EV) mode.
Walaupun sukan ini dikategorikan sebagai aktiviti ekstrem, ia sangat selamat jika pemandu mematuhi garis panduan trek. Setiap pemandu diwajibkan memakai topi keledar, pakaian yang sesuai, serta kasut bertutup.
Jika berlaku sebarang kemalangan atau kart berpusing di atas litar, pemandu dilarang keras untuk keluar dari kenderaan secara sendiri; mereka perlu kekal duduk dan mengangkat tangan untuk mendapatkan bantuan petugas trek (marshal).
Adakah anda merancang untuk mencuba go-kart sebagai aktiviti rekreasi santai atau ingin tahu lebih mendalam tentang persediaan perlumbaan profesional ?
Hubungi kami.
31 Mei 2026 | Puchong Go Kart
Seramai 6 remaja dan 4 dewasa dari Taman Lestari Permai telah menyertai aktiviti rekreasi Go Kart.
Aktiviti selama 60 minit ini telah melalui 3 sessi serta dimulakan dengan taklimat keselamatan. Para peserta diwajibkan untuk mematuhi syarat syarat keselamatan serta mengetahui tanda tanda amaran sekiranya berlaku kemalangan. Ini adalah suatu langkah berjaga jaga dan perlu dipatuhi.
Alhamdulillah sessi ini tamat tanpa sebarang kemalangan. Remaja remaja yang yang berusia belasan tahun ini sangat teruja mencuba sukan ini. Mereka sangat berdisiplin serta telah menunjukkan kemahiran memandu yang baik walaupun ianya adalah percubaan pertama kali.
Insya Allah kami akan merancang lagi pada masa masa akan datang.
Terima kasih.
27/05/2026
Alhamdulillah, sumbangan RM 500 yang pertama telah diterima untuk Program Ceramah Perdana Ustaz Dato Dr. Badli Shah.
Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun:
PERSATUAN SUKAN & REKREASI BANDAR PUTRA PERMAI
HONG LEONG BANK
No. 23000055935
Sebarang perbincangan lanjut bolehlah hubungi Shah (018-3705546).
Semoga sumbangan dari tuan & puan semua akan menjadi bekalan akhirat dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua.
Insya Allah
22/05/2026
Assalamualaikum semua.
Pihak Persatuan Sukan & Rekreasi Bandar Putra Permai sekali lagi bakal menganjurkan Program Ceramah Perdana bersama Ustaz Dato' Dr. Badli Shah (UDDBA).
Untuk menyempurnakan hasrat ini, kami sedang mengumpul dana bagi menjayakan program ini.
Marilah bersama-sama membantu dengan menyumbang ke akaun:
PERSATUAN SUKAN & REKREASI BANDAR PUTRA PERMAI
HONG LEONG BANK
No. 23000055935
Sebarang perbincangan lanjut bolehlah hubungi Shah (018-3705546).
Semoga sumbangan dari tuan & puan semua akan menjadi bekalan akhirat dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua.
16/05/2026
16/05/2026, Taman Lestari Permai
Ucapan tahniah kepada semua yang hadir memberikan sokongan. Tidak dilupakan kepada En. Wan dan keluarga yang banyak membantu mengetuai program ini.
Kepada Madam Lai and team very3 thanks a lot. Your team showing us something good to learn. If we staying only in our circle, we not appreciated whats god created for us. We living together in the same world, make a new friend is more happier.
Tidak dilupakan juga kepada Majlis Pervandaran Sepang (MPS) memberikan khemah, meja dan kerusi, Miss Pauline (Thanks for Ice Cream), Kak Safiah with Army (Terima kasih untuk kawah juga), the greatest Dira's family, En. Azam (Setiausaha AKRAPT) meluangkan masa dalam kesibukan, Miss Azreen and family (Thanks for staying with us untill finish) dan tak lupa juga kepada AJK persatuan yang terdiri dari En. Shaharul (terima kasih diatas bantuan set memasak dari SNI), En. Roslan dan En Ashraff yang membantu melancarkan program ini. Kepada penyumbang semua, semoga diberikan rezeki yang berlipat ganda.
Walaupun program kecil ini telah berjaya dilaksanakan, ujian dan cabaran pasti ada dalam usaha menyatukan masyarakat. Hanya yang percaya 'Buat baik balas balik
Buat jahat balas baik, Ku pilih ku pilih ketenangan Nabila Razali.
Terima kasih yang memilih ketenangan.
Dan jumpa lagi di program yang akan datang. Insya Allah.
27/12/2025
Tahniah kepada player player Ragbi Putra yang berjaya menyambung Tingkatan 1 ke sekolah sekolah SSR.. Yang lain.. berusaha lagi.. peluang masih ada.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
41, Jalan Permai 7, Taman Lestari Permai
Seri Kembangan
43300