25/04/2026
PENGAMBILAN BARU
Di gelanggang ini beralas bumi
Perahu Bugis menjadi saksi
Langkah disusun menapak diri
Silat Seni Gayong mengunci hati.
Bulan menyaksi gerak beradat
Nafas diatur penuh hikmat
Bukan sekadar gerak dan silat
Ada rahsia tersirat padat.
Dalam diam terukir janji
Pada Yang Esa tempat kembali
Gerak halus penuh bererti
Antara zahir dan yang tersembunyi.
⚪ 🟢 🔴 🟡 ⚫
GA ALIF YA WAU NGA
15/04/2026
Gelanggang Perahu Bugis berbesar hati ingin menjemput tuan puan untuk menghadiri program kebudayaan yang dianjurkan hasil usaha sama Psspgm Puncak Jalil - Gelanggang Perahu Bugis, Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu - Pernilam, AURA ASSHIFA, dan juga Gelanggang psspgm MPKlang yang akan dilansungkan pada hari Ahad 19 April 2026 bertempat di Mini Auditorium MBDK Selangor.
Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sepanjang program dijalankan seperti persembahan gamelan, persembahan silat, pertunjukan mengikat samping dan bermacam lagi.
Kami nantikan kedatangan anda untuk memeriahkan majlis.
⚪ 🟢 🔴 🟡 ⚫
GA ALIF YA WAU NGA
18/02/2026
Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H
Semoga amalan kita diterima oleh Allah & diberkati di bulan penuh mulia ini
21/12/2025
BENGKEL SEMUTAR
(FALSAFAH / KAEDAH/ PENGGUNAAN)
Ahad / 21 Disember 2025
Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Pada hari ini dengan sukacitanya berlangsung bengkel ikatan kain semutar yang dianjurkan Gelanggang Perahu Bugis.
Buat julung kalinya program ini dikendalikan oleh Gelanggang Perahu Bugis mendapat sambutan dengan kehadiran peserta seramai 12 orang.
Tenaga pengajar juga yang tidak asing lagi dalam dunia persilatan dan seni alam melayu iaitu Guru Azhan dan Guru Arash yang tiada berkira dalam menyampaikan ilmu berkaitan semutar.
Ucapan terima kasih ditujukan juga kepada Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu - Pernilam dan AURA ASSHIFA di atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan bengkel ini. Insha Allah ada beberapa kelas dan bengkel yang sedang diatur pada masa akan datang.
TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA
SELAGI BERPEGANG TEGUH DENGAN ISLAM
⚪ 🟢 🔴 🟡 ⚫
GA ALIF YA WAU NGA
02/10/2025
Inilah kelebihan belajar martial art, bukan sekadar tumbuk & tendang, tapi gaya hidup sihat & penuh disiplin!
14/08/2025
Terus melangkah menuju hari ujian yang akan diadakan tak lama lagi.
Kekal istiqomah dalam perjuangan
Buktikan dengan keputusan tanpa bicara
Berjalan senyap tanpa lolongan
Jasa nanti jadi bualan bicara
⚪ 🟢 🔴 🟡 ⚫
GA ALIF YA WAU NGA
09/08/2025
PENGAMBILAN BARU
Gelanggang Perahu Bugis dengan sukacitanya memaklumkan telah membuka pengambilan untuk kali ke 3 bagi pesilat baru untuk kali ini.
Gelanggang Perahu Bugis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa penjaga serta individu yang tanpa henti memberi sokongan dan penglibatan sepanjang penubuhan gelanggang ini.
⚪ 🟢 🟡 🔴 ⚫
GA ALIF YA WAU NGA