02/08/2017
PERLAWANAN KELAYAKAN KEJOHANAN AFC B-16 2018, MALAYSIA
Berikut merupakan jadual perlawanan skuad Malaysia B-16 di saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah-16 Tahun 2018. Perlawanan-perlawanan kelayakan kejohanan yang melibatkan skuad kebangsaan akan berlangsung di Bekasi, Indonesia pada September ini.
Sementara itu, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi peringkat akhir temasya tersebut pada tahun depan melibatkan 16 pasukan terbaik Asia.
24/07/2017
[BOLA SEPAK]
Tahniah diucapkan kepada skuad Bola Sepak B23 negara kerana layak beraksi pada Kejohanan Piala Asia B23 yang akan berlangusng di China tahun hadapan.
Pasukan negara layak secara automatik selepas berjaya menjadi juara kump**an H. Turut sama layak dalam kump**an H adalah pasukan Thailand berdasarkan kiraan 5 pasukan naib juara terbaik dari setiap kump**an.
Walaubagaimanapun banyak lagi kelemahan & kesilapan yang perlu diperbaiki oleh jurulatih & para pemain bagi memastikan pasukan negara benar benar bersedia bagi memberi saingan kepada gergasi asia yang lain pada kejohanan tersebut.
Ayuh Malaysiaku!
Congratulations to all sixteen teams who have qualified for the China 2018.
READ: fal.cn/u23teams
22/07/2017
[HOKI]
Skuad Hoki Lelaki Kebangsaan dikatakan paling konsisten dalam temasya Sukan SEA sejak ianya diperkenalkan apabila berjaya membolot 15 emas & 1 perak dalam 16 edisi yang disertai.
Diharapkan anak-anak buah Stephen Van Huizen dapat meneruskan rentak kejuaraan pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Mereka pasti bersemangat untuk menghadapi Sukan SEA pada kali ini kerana bermain ditempat sendiri & dihadapan penyokong sendiri. Tambahan p**a mereka baru sahaja sah melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 nanti.
21/07/2017
[BOLA SEPAK]
Pasukan Malaysia bawah 23 tahun di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya membenam Indonesia dengan jaringan 3-0 pada perlawanan pertama Kelayakan AFC U23 di Bangkok, Thailand.
Malam ini dijadualkan mereka akan bertemu dengan pasukan tuan rumah Thailand. Diharapkan kemenangan milik kita. Untuk pengetahuan, skuad yang sama juga bakal dipertaruhkan Malaysia bagi menghadapi kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Ogos ini.
https://www.youtube.com/watch?v=1oWSXAgujvw
Indonesia 0 - 3 Malaysia (Full Highlight - AFC 23 Championship - 19/7/2017)
KELAYAKAN KEJUARAAN B-23 AFC 2018 | 19 JULAI 2017 Masa Penuh INDONESIA [0-3] MALAYSIA (Syafiq Ahmad 3' Jafri Firdaus Chew 20' N Thanabalan 30')
20/07/2017
[TERJUN]
Sekali lagi nama Malaysia diharumkan di persada dunia apabila jaguh terjun kita, Cheong Jun Hoong melakar sejarah tersendiri menjadi juara dunia pertama dari Malaysia dalam acara 10 meter platform di Budapest, Hungary.
Beliau diangkat sebagai juara selepas berjaya mengenepikan cabaran 2 penerjun dari China yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik di Rio baru baru ini.
Congratulations Jun Hoong!
http://www.utusan.com.my/sukan/video-jun-hoong-raih-emas-di-budapest-1.505071
www.utusan.com.my
20/07/2017
[OLAHRAGA]
Kejutan berjaya dilakarkan oleh anak muda kelahiran Melaka, Khairul Hafiz Jantan di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017 apabila memecahkan rekod bagi acara 200 meter yang berusia 49 tahun milik Tan Sri Dr. M Jegathesan.
Beliau berjaya melakukan catatan terbaik 20.90 saat sekaligus memadamkan rekod lama 20.92 saat yang dilakukan Tan Sri Dr. M Jegathesan di Sukan Olimpik Mexico pada tahun 1968.
Ini sekaligus menjadi tonik terbaik buat pelari pecut negara ini bagi mempersiapkan diri untuk kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang bakal berlangsung Ogos ini.
Tahniah & Syabas diucapkan kepada Khairul Hafiz Jantan!
http://www.astroawani.com/berita-sukan/khairul-hafiz-pecahkan-rekod-kebangsaan-200m-149678
Khairul Hafiz pecahkan rekod kebangsaan 200m
Pelari berusia 18 tahun dari Melaka itu mencatatkan masa 20.90 saat pada pusingan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memecahkan rekod 20.92s milik Tan Sri Dr. M Jegathesan.