04/06/2026
Highlight : Sabah Drag Race 2026
Kami mengambil kesempatan di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat YB Datuk Hj. Nizam Hj. Abu Bakar Titingan, selaku Menteri Belia & Sukan Sabah, YBhg Datuk Haji Mazlan @ Joehari Bin Manan, selaku Pengerusi Skuad Antidadah Negeri Sabah, di atas sokongan jitu & kesudian utk hadir memeriahkan lagi sambutan Sabah Drag Race 2026 ini.🙏
Selaku Rakan Teknikal kami juga berterima buat Boss Rudi RHG dan Boss Faizal MMG, di atas kepercayaan utk kami melaksanakan segala amanat yg diberi.🙏 Begitu juga tidak lupa ucapan terima masih buat Boss WanKK StreetBreed dan Paka Chong selaku Penganjur Bersama yg memeriahkan lagi sambutan segmen dragcar sempena acara.🙏
Buat boss Ringo Chung Ringo Performance anda adalah idola kami & rakyat Malaysia selamanya. Terima kasih di atas kesudian utk hadir demi merancakkan lagi "show-run" peluru Malaysia Quickest Qtr Mile Rotary Drag Beast.🫡
Ucapan terima kasih dari kami juga buat seluruh warga Krew Petugas serta Agensi yg cukup komited bertugas sepanjang 4-hari acara ini berlangsung, di antaranya dari Kelab Dua Roda Bersatu, RHG MOTORSport, RODA Malaysia, MMG Motor Tawau, AADK Tawau, Perkeso Tawau, APM Tawau, IPD Tawau & ramai lagi.🙏
Kepada semua pasukan & peserta yang terlibat, tahniah di atas kemenangan anda & tidak lupa juga pada yg tewas cuba lagi utk menembus ke millisecond yg lebih padu.🫡
Buat ribuan pengunjung yang sanggup hadir berpanas dari siang hingga lewat malam, tanpa sokongan dan kehadiran luar biasa kalian tak mungkin Sabah Drag Race 2026 boleh meletops.🙏
Doa kami semoga daerah Tawau kekal berdiri selaku Bandar Balapan terbesar di rantau Borneo & semoga kerajaan negeri Sabah dpt lah mempertimbangkan permintaan ribuan peminat dragsport Sabah utk menambahbaik prasarana di litar tersebut. Amin.
Yang baik dari Nya, yang buruk adalah dari kami. Terima kasih semua. Wassalam.
~ Admin
01/06/2026
01/06/2026