Warisan Kuala

Warisan Kuala

Share

Page ini ditubuhkan sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan warisan kraftangan melayu, terutama sekali Parang & Golok.

30/07/2017

Teknologi gemilang Melayu yang ditinggalkan...

Jadi, jika ada pihak yg berusaha menaikkan kembali adat dan amalan Melayu, sokonglah....

Alam Melayu Portal 24/05/2017

Highly recommended website untuk pecinta warisan melayu...

Alam Melayu Portal Social network complete with blog, news, forums, buying and selling. all related to heritage, and traditional Malay culture.Rangkaian sosial lengkap dengan blog, berita, forum, jual beli. semua berkaitan dengan warisan,tradisional dan kebudayaan melayu.

24/12/2016
Photos from Warisan Kuala's post 19/08/2016

Assalamualaikum...

Burl, burl, burl!!!

Pisau lapah, Kayu Serunai Burl + Hulu Burl Saga + Sampir Kemuning Emas. Bilah Spring Pok Lim Kajang 7 inci

Sarung teknik tebuk...

Harga RM250 siap pos... Berminat bole lock.

Photos 12/07/2016

ETIKA DALAM KOMUNITI PERKERISAN

Sebagaimana halnya dengan cabang budaya lainnya, dunia perkerisan pun mempunyai beberapa kebiasaan, aturan, norma, tata kesopanan, dan etika yang berkaitan dengan adat istiadat setempat.

Bila ingin suatu ketika kita bersama dengan komuniti perkerisan, pembelajaran etika ini dapat menjadi bekal yang berharga, selain masalah eksoteri dan isoterinya (kasat dan tidak kasat mata)

1. Melihat bilah keris

Dalam suatu pertemuan yang dihadiri lebih dari dua orang penggemar keris, melihat bilah keris yang bukan miliknya juga ada aturannya.
Aturan Pertama adalah minta izin dari pemilik keris itu. Jika Anda terus mengambilnya, mengeluarkan bilah keris itu dari sarungnya (warangkanya) dan mengamati bilahnya, besar kemungkinan akan menyinggung perasaan sang pemilik. Seolah-olah Anda telah mengabaikan si pemilik yang hadir disitu.
Bila telah mendapat izin dari pemiliknya, maka Aturan Kedua adalah melolos / melepasksn pusaka bukan menghunus pusaka. Caranya pegang bagian pangkal batang sarung dengan tangan kiri, posisi tangan menghadap keatas, gunakan tangan kanan untuk memegang handle atau hulu keris. Tekankan ibujari tangan kanan pada sampir sarung, sambil perlahan2 menggerakkan tangan kiri keatas sehingga sarung itu bergerak naik, sementara tangan kanan tetap tidak bergerak. Proses ini dinamakan melolos / melepaskan pusaka. Sebaliknya bila kita mencabut keris itu dari sarung, itu dinamakan menghunus pusaka.
Setelah keris terlepas dari sarungnya, maka Aturan Ketiga adalah meletakkan sarung pada tempat yang selamat. Sedangkan bilah keris di tangan kanan di angkat setinggi p**i kanan atau kening atau telinga kanan sebagai cara penghormatan kepada mpu / pandai pembuat keris itu sekaligus penghormatan kepada pemilik keris itu.

Sesudah gerak penghormatan sudah dilakukan, maka Aturan Keempat dalam mengagumi dan mengamati bilah, ujung bilah diusahakan agar tetap menghadap keatas. Jagalah jangan sampai ujung bilah itu menghadap pada seseorang yang hadir disitu.

Untuk melihat pamornya, maka keris lebih sesuai jika diletakkan secara serong, agar ujung keris tidak menuju ke arah orang lain, maka Aturan Kelima yaitu ujung bilah dapat ditempatkan pada ujung kuku ibujari tangan kiri.

Dalam memperhatikan pamor pada bilah, maka sebagai Aturan Keenam adalah jangan menyentuh atau mengelap dengan jari tangan kiri pada bilah itu, apalagi me-ninting (menjentik dengan jari) untuk mengetahui bunyinya.

2. Menyarungkan keris

Bila dalam meloloskan stau mrlepaskab keris ada aturannya, maka dalam hal menyarungkan kembali pun ada aturannya.

Aturan Pertama, bila Anda sebagai orang yang melolos pusaka itu, maka Anda jugalah yang wajib menyarungkan kembali. Prosesnya mirip dengan melolos pusaka, hanya saja dalam hal ini dibalik yaitu tangan kiri memegang sarung dan tangan kanan memegang bilah. Perlahan2 masukan bilah ke mulut sarung kira-kira 2 cm, lalu gerakan sarung ke bawah dengan tangan kiri untuk menyarungi keris itu.

Dalam Aturan Kedua ini, tangan kanan yang memegang bilah harus tetap tidak bergerak.

3. Menyerahkan keris

Aturan Pertama, selalu gunakan tangan kanan sebagai tangan yang aktif dalam menyerahkan atau menerima keris itu. Bila keris itu diketahui bersama sebagai keris yang istimewa, maka lebih baik jika serah terima menggunakan kedua belah tangan (kanan dan kiri aktif).

Usahakan saat serah terima keris dalam keadaan dalam warangkanya. Secara terperinci proses serah terima adalah sebagai berikut:

Jika Anda hendak memberikan kepada orang yang lebih tua atau dihormati. Peganglah sarung keris diujung batangnya, sehingga beliau akan menerima di tengah atau di pangkal batang sarung.

Jika Anda hendak memberikan kepada orang yang lebih muda Peganglah sarung keris di pangkal batangnya, sehingga yang menerima akan memegang ujung batangnya.

Jika Anda hendak menerima dari orang yang lebih tua atau dihormati. Terima sarung keris itu pada ujung sarungnya, karena beliau menyerahkannya dengan memegang pangkal batangnya.

Jika Anda hendak menerima dari orang yang lebih muda, terimalah sarung keris itu di pangkal batangnya, karena dia akan memegang ujung batang sarung tersebut.

Jika Anda hendak menyerahkan/menerima dari teman sebaya, bolreh lebih fleksibel sesuai dengan karakteristik teman Anda
Jika serah terima keris dalam keadaan tanpa sarung (telanjang), maka yang dipergunakan adalah telunjuk dan ibu jari tangan kanan dengan cara memicit erat-erat di dekat pendokoknya. Yang akan menerima nanti akan memegang hulu atau handle-nya yang dibagian bawah. Khusus yang ini tidak ada aturan tua dan muda alias semua sama.

4. Pantangan

Meskipun Anda merasa sebagai seorang ahli, tetapi dalam komuniti keris dilarang untuk memberikan penilaian buruk pada keris yang bukan milik Anda. Bagi orang Jawa, tingkat ketersinggungannya akan tinggi apabila ada orang lain men-cacat (menjelek-jelekan) keris miliknya.

Pusaka keris bukanlah barang dagangan, sehingga untuk memilikinya agar diperhalus dengan kata meminang atau memahar dengan mas kawin senilai tertentu. Bagi orang Jawa, keris memiliki jodohnya masing-masing, sehingga apabila tidak cocok dapat dikembalikan kepada orang yang telah menerima pinangan itu.

COPY PASTED

Photos 15/06/2016

PEMAHAMAN BUSANA TRADSIONAL MELAYU (Adat & Adap)

1. Pemakaian Baju Melayu telah di ‘ kuat-kuasa ’ kan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka.. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer).. Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi.. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja..

2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan.. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki.. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pada tahun 1699, beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar).. Semua buatan baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan berpesak..

3. Baju sikap / baju layang p**a hanya boleh dipakai oleh golongan Bangsawan yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi gelaran seperti Datuk, Tun dan sebagainya.. Jadinya bukan semua orang boleh memakai baju sikap ini..

4. Pemakaian tanjak / destar / ikat kepala juga telah ditetapkan mengikut darjat dan pangkat masing-masing dari jenis kain yang digunakan sehingga cara ikatan dan lipatan.. puncak tanjak yang dipanggil ‘Daun’ p**a dihalakan ke sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan (atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan bangsawan dan Di Raja.. Manakala ekor tanjak yang disebut ‘pucuk’ p**a perlu disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata melainkan 2 golongan sahaja iaitu Raja (termasuk ahli keluarga) dan Laksamana.. Pucuk ini adalah lambang kuasa yang ada pada seseorang.. Begitu juga dengan lapisan ‘ tingkat ’ lipatan.. makin besar darjat dan pangkat seseorang, makin tinggi lipatan tanjaknya..

5. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher ‘ teluk belanga ’.. Baju cekak musang hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja..

6. Bagi jenis-jenis seluar p**a, terdapat pelbagai rekaan dalam alam Melayu.. golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar mengenakan seluar dari gaya ‘ Gunting Aceh ’ yang mempunyai buatan kekek yang amat besar (kelihatan seperti kain sarung), manakala bagi orang-orang lain termasuk Sultan, mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya ‘ Gunting Cina ’ ..

7. Pemakaian sampin p**a adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana.. di luar istana p**a adalah ‘optional’.. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan sampin dengan cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam style Orang Johor sekarang – Baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ p**a mengenakan sampin cara ‘Berdagang Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu – Baju di selit ke dalam kain).. Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat.. Cara mengikat sampin juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iaitu:

a. Ikatan pancung (Raja, Sultan dan Kerabat sahaja)
b. Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar)
c. Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)

Begitulah unik dan indahnya kod-kod dan etika pemakaian Melayu bilamana kita terus dapat mengenali status seseorang, asal usulnya dengan hanya melihat cara ia berpakaian..

* Hangpcdua Malaya *







Menyedarkan yg jahil, www.gerakan153.com
Mengejutkan yg tidur, http://youtu.be/q5EAB9C7ijo
Bersatulah Muslim Melayu www.gerakan153.com/sokong

Photos from Warisan Kuala's post 28/05/2016

Bilah 8 inci Besi D6 Tukang Behrang.

Siap asah, finishing 1200.

RM80 shj.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Seri Kembangan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Seri Kembangan
43300