24/08/2026
PACE TURUN SEKOLAH (POTS) Siri 4 | Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah, Seremban
Alhamdulillah, PACE Turun Sekolah (POTS) meneruskan langkah ke Siri 4, kali ini bersama anak-anak pelajar di Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah (MTAS), Seremban, Negeri Sembilan.
POTS merupakan salah satu usaha PACE untuk turun ke sekolah dan mendekati generasi muda melalui perkongsian, dialog dan ruang perbincangan tentang isu-isu semasa, khususnya berkaitan Palestin, dunia Islam dan cabaran yang dihadapi generasi hari ini.
Di MTAS, kami berkesempatan bertemu dan berinteraksi dengan para pelajar dalam suasana yang cukup baik dan penuh semangat. Lebih daripada sekadar menyampaikan maklumat, POTS mahu membina kesedaran bahawa generasi muda juga mempunyai peranan dalam memahami dunia di sekeliling mereka serta membentuk masa depan masyarakat.
Terima kasih kepada pihak Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah atas sambutan dan ruang yang diberikan.
Semoga usaha kecil ini menjadi sebahagian daripada proses melahirkan generasi yang berilmu, cakna terhadap isu ummah dan bersedia untuk menyumbang kepada masyarakat.
13/08/2026
POTS di Nadwah Kepimpinan Tingkatan 4
PACE Turun Sekolah (POTS) meneruskan usaha mendekati generasi muda menerusi pengisian bersama peserta Nadwah Kepimpinan Tingkatan 4 yang berlangsung di Ayer Keroh, Melaka.
Nadwah ini menghimpunkan lebih 150 orang pelajar lelaki dan perempuan yang terdiri daripada barisan pimpinan pelajar dari lebih 10 buah sekolah.
Selain membincangkan perkembangan di Palestin dan dunia Islam, sesi ini turut membuka ruang untuk para pelajar berbincang soal kepimpinan dan peranan anak muda dalam menghadapi krisis global hari ini.
Para pelajar diajak untuk melihat isu-isu ini dengan lebih kritis, memahami realiti yang berlaku serta menyedari peranan mereka sebagai generasi yang bakal mencorakkan masa depan masyarakat.
Melalui POTS, kami percaya pendidikan bukan sekadar berlaku di dalam bilik darjah. Ia juga tentang membuka ruang kepada anak muda untuk bertanya, berdialog dan memahami cabaran masyarakat serta dunia yang mereka bakal warisi.
17/07/2026
Wakil Palestine Centre of Excellence (PACE), Saudara Huzayl Mohd, telah tampil sebagai panel jemputan di TV AlHijrah bagi membincangkan isu Islamofobia menerusi topik “Menangani Islamofobia, Memelihara Keharmonian”.
Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi pandangan mengenai kepentingan menangani Islamofobia secara berprinsip, di samping mengingatkan agar istilah Islamofobia tidak disalahgunakan untuk melabel atau membungkam pihak yang mempunyai pandangan berbeza. Pendekatan yang berasaskan fakta, keadilan dan dialog adalah penting dalam memelihara keharmonian masyarakat.
PACE mengucapkan terima kasih kepada TV AlHijrah atas jemputan dan ruang yang diberikan untuk menyumbang kepada wacana awam mengenai isu yang semakin mendapat perhatian di peringkat global
16/07/2026
Semalam telah berlangsung PACE Strategic Dialogue: Siri 1
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyertai perbincangan bertajuk "Pasca Perang Iran–AS: Cabaran Baharu Malaysia dan Peranan Strategik NGO Islam."
Perbincangan ini memberi ruang untuk meneliti implikasi perkembangan geopolitik di Asia Barat terhadap Malaysia serta membincangkan peranan strategik NGO Islam dalam mendepani landskap global yang semakin kompleks.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Awaluddin Shaharoun atas pembentangan yang penuh dengan pandangan strategik. dan Syed Ahmad Fathi atas kupasan yang kritis dan bernas sebagai discussant.
juga buat semua peserta yang turut menyumbang pandangan serta menghidupkan sesi dialog.
Semoga sesi ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak wacana yang membina, berasaskan ilmu, fakta dan analisis dalam memahami isu-isu antarabangsa
13/07/2026
📢 PACE STRATEGIC DIALOGUE
Pasca Perang Iran–AS: Cabaran Baharu Malaysia dan Peranan Strategik NGO Islam
Perang Iran–AS telah mengubah landskap geopolitik dunia dan membawa implikasi besar kepada keselamatan serantau, ekonomi global serta dasar luar negara-negara termasuk Malaysia.
Apakah kesan perkembangan ini kepada Malaysia? Bagaimana NGO Islam perlu menyesuaikan strategi dalam menghadapi perubahan dunia yang semakin kompleks?
Sertai PACE Strategic Dialogue untuk bersama membincangkan isu ini.
🎙️ Presenter
Prof. Dr. Awaluddin Bin Shaharoun
Pengarah Eksekutif, PACE
💬 Discussant
Syed Ahmad Fathi
Penulis Buku Palestin & Geopolitik
🎤 Moderator
Huzayl Mohd
Penyelidik & Advokasi, PACE
📅 15 Julai 2026 (Rabu)
🕗 8.00 malam – 10.00 malam
📍 Liberal Latte, Damansara
📌 Pendaftaran adalah percuma tetapi tempat adalah terhad.
Daftar sekarang!
Pautan pendaftaran: https://forms.gle/oqvjvQBTWthFr3aGA
Anjuran bersama:
Palestine Centre of Excellence (PACE) × SIYASEE
10/07/2026
What happened in Gaza this week?
Setiap minggu, pelbagai perkembangan penting berlaku di Gaza, daripada rundingan politik, isu kemanusiaan, sehinggalah perkembangan di lapangan. Namun, tidak semua berita mendapat liputan yang sama.
Dalam siri ini, PACE menghimpunkan 5 perkembangan utama minggu ini berdasarkan laporan daripada sumber-sumber serantau dan organisasi kemanusiaan bagi membantu anda memahami situasi Gaza dengan lebih jelas dan seimbang.
Ikuti PACE untuk kemas kini mingguan mengenai Palestin dan Asia Barat.
05/07/2026
PACE Turun Sekolah (POTS) Siri 2: Sekolah Menengah Islam Hira' & Maahad Tahfiz Al-Quran Hira', Jeram
Alhamdulillah, PACE Turun Sekolah (POTS) Siri 2 telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Menengah Islam Hira' & Maahad Tahfiz Al-Quran Hira', Jeram, menghimpunkan ratusan pelajar dalam usaha memupuk kesedaran mengenai isu Palestin serta dinamika geopolitik Asia Barat.
PACE percaya bahawa pendidikan merupakan langkah pertama dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja peka terhadap isu global, malah berani berfikir secara kritis, memimpin dengan nilai, dan menyumbang kepada perubahan yang positif.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Sekolah Menengah Islam Hira' & Maahad Tahfiz Al-Quran Hira', Jeram atas kerjasama dan layanan yang amat baik sepanjang program berlangsung.
POTS Siri 3... di mana p**a destinasi kami selepas ini?👀
📩 Berminat untuk menjemput PACE ke sekolah anda atau menyertai kami sebagai sukarelawan?
Hubungi kami !
24/06/2026
PACE Turun Sekolah(POTS) Siri 1: Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak
Alhamdulillah, Program PACE Turun Sekolah (POTS) berjaya menghimpunkan lebih 700 orang pelajar dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai isu Palestin dan konflik geopolitik di Asia Barat.
Melalui pameran dan perkongsian interaktif, para pelajar didedahkan dengan sejarah Palestin, perkembangan semasa, serta realiti kehidupan rakyat yang terus berdepan penjajahan dan konflik.
PACE percaya bahawa generasi muda bukan sahaja perlu celik terhadap isu semasa, malah mempunyai semangat untuk berorganisasi, memimpin, dan bertindak demi membawa perubahan yang positif kepada masyarakat.
Terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak atas jemputan, kerjasama dan sambutan yang sangat menggalakkan.
Sekolah mana p**a kami turun selepas ini?
Nantikan!
📩 Berminat untuk membawa PACE ke sekolah anda atau menjadi sukarelawan PACE?
Hit inbox kami untuk maklumat lanjut!
04/06/2026
Global Reset: Langkah Strategik Malaysia & NGO Dakwah
Oleh: Prof . Emeritus. Dr Awaluddin Mohamed Shaharoun
Pengarah Eksekutif, PACE
Dunia sedang mengalami perubahan besar dari sudut geopolitik, ekonomi dan sosial. Dalam landskap baharu ini, Malaysia serta NGO dakwah perlu bersedia menyusun strategi yang lebih berkesan, progresif dan berpandangan jauh.
Artikel ini mengupas cabaran serta peluang yang wujud dalam era "global reset" dan bagaimana peranan dakwah boleh diperkasakan untuk menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara.
📖 Baca artikel penuh melalui pautan di bawah:
https://ikram.org.my/global-reset-langkah-strategik-malaysia-ngo-dakwah/