29/08/2026
Dalam sebuah siri podcast The Nine Club yang dihoskan oleh Chris Roberts, Roger Bagley dan Kelly Hart, Andrew "The Boss" Reynolds ditanya berapakah bayaran yang beliau terima untuk penglibatannya dalam siri video game Tony Hawk Pro Skaters.
Cek bernilai USD 150,000.00! (RM 603,899.50)
yang mana mungkin beliau orang pertama mendedahkan perkara ini kepada umum. Para hos terkejut dan takjub dengan jumlah yang begitu besar dan bertanya lagi berapakah jumlah paycheck terbesar yang yang Andrew pernah dapati dalam skateboarding.
Disini beliau menceritakan suatu kisah yang menarik.
Pada September 2011, selesai sahaja demo BAKER selama 3 minggu dimana beliau "membuat front side flip setiap hari di bawah panas terik", beliau mendapat maklumat Pertandingan Maloof Money Cup di Washington DC yang menawarkan hadiah yang lebih besar, USD 160,000.00. Ini adalah peluang besar kerana para pro skateboarder lain dari Street League terikat kontrak ekslusif yang melarang mereka bertanding dalam kejohanan street jalanan lain, termasuk Maloof Money Cup.
Andrew Reynolds menetapkan matlamatnya untuk menang. Pada waktu itu terdapat Manny Santiago, Ronnie Creager, Tom Asta, Bastien Salabanzi serta skateboarder lain turut serta. Kemudian deck Manny Santiago patah setelah beliau membuat pelbagai truck-trick hebat pada waktu run time berbaki seminit setengah. Andrew menceritakan "I was tempted to give him my board..." tetapi membatalkan hasratnya. 160k USD in the line! Ronnie Creager p**a mengalami kekejangan setelah beraksi buat beberapa lama.
Singkat cerita, akhirnya "The Boss" berjaya memenangi pertandingan setelah beraksi cemerlang face off di final bersama Ronnie Creager, membawa p**ang USD 160,000.00 (RM644,159.47). Ini adalah prize money terbesar dalam satu bayaran yang pernah dimenangi selama kariernya sebagai pro skateboarder pada usia 33 tahun.
Kisah ini membuktikan skate power sahaja tak cukup untuk menang. Kena pandai manfaatkan peluang bila ada di depan mata, push hard, konsisten, insyaallah champion 🏆
Btw, salah satu trick dalam winning run dia ialah fs flip lip slide 😱
Foto kredit The Georgetowner