03/08/2024
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA PUSINGAN DUN KOTA DAMANSARA 2024 ANJURAN KELAB SEPAK TAKRAW CEMARA
TARIKH : *17 OGOS 2024 (SABTU)*
MASA : *8.00 PAGI HINGGA SELESAI*
TEMPAT : *ATRIUM TINGKAT 2, STAR AVENUE LIFESTYLE MALL, U5 SUBANG BESTARI, SHAH ALAM*
HADIAH KEJOHANAN:
JOHAN
*RM1500.00 + MEDAL + PIALA PUSINGAN*
NAIB JOHAN
*RM800.00+ MEDAL*
KETIGA & KEEMPAT *RM300.00 + MEDAL*
YURAN PENYERTAAN: *RM80.00 SETIAP REGU*.
SYARAT PENYERTAAN:
1. TERBUKA KEPADA SELURUH WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA.
2. PEMAIN YANG PERNAH MEWAKILI NEGARA/NEGERI/ATM/PDRM/ DALAM KEJOHANAN SEPERTI STL / PIALA TUN ALI / KHIR JOHARI / GP KEBANGSAAN / SUPER SERIES DALAM MANA-MANA KEJOHANAN ANJURAN BADAN SUKAN INDUK KEBANGSAAN *TIDAK DIBENARKAN* UNTUK MENYERTAI.
3. PEMAIN *SUKMA DAN MAKSAK SERTA PEMAIN BERUMUR 45 TAHUN DAN KEATAS* TIDAK TERMAKTUB DALAM SYARAT DIATAS.
4. JERSI BERNOMBOR , " ARM BAND " *DIWAJIBKAN* pakaian MENUTUP AURAT adalah amat digalakkan.
5. TERHAD KEPADA *32 REGU* YANG TELAH MEMBUAT BAYARAN YURAN SEBELUM ATAU PADA TARIKH TUTUP PENYERTAAN SAHAJA YANG LAYAK MENYERTAI. (TIADA ISTILAH BOOKING)
6. HANYA PENGURUS PASUKAN SAHAJA DIBENARKAN MEMBUAT BANTAHAN DISERTAKAN DUIT BANTAHAN RM50.00.BANTAHAN HENDAKLAH DI BUAT 30 MINIT SELEPAS PERLAWANAN DENGAN MENULIS SURAT BANTAHAN RASMI BESERTA BUKTI BERTULIS ATAU BERGAMBAR KEPADA JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN.
7. SISTEM PERLAWANAN ADALAH *KALAH-SINGKIR* DARI PERINGKAT AWAL HINGGA AKHIR DENGAN KIRAAN *21-21-15 MATA (SERVICE RANKING)*.
8. HANYA PASUKAN YANG TELAH MELENGKAPKAN MAKLUMAT PENDAFTARAN DAN MEMBUAT BAYARAN PENUH SAHAJA AKAN DIDAFTARKAN.
9. TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA *14-OGOS-24 (RABU)*. UNDIAN AKAN DIBUAT PADA *16-OGOS-24 (Jumaat) DI STAR AVENUE PADA JAM 8.30MLM*
SEBARANG PERTANYAAN / PENYERTAAN, SILA HUBUNGI:
Joe : www.wasap.my/+601117900190
Paan : www.wasap.my/+60123267214
SEMOGA DENGAN IZIN ALLAH SWT, KEJOHANAN AKAN BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA SAMBIL MENGERATKAN LAGI UKHWAH DI ANTARA KITA. AMIN.
Kelab Sepak Takraw Cemara
Subang Perdana.
Ogos 2024
30/05/2022
Kejohanan Sepaktakraw Piala Rektor UNIPA Adi Buana Surabaya 30May - 4June 2022
Regu:
eMAS Malaysia A - Paan, Mamat, Piji, Sulaimi
eMAS Malaysia B - Faris, Solah, Naim
Day 1 : Grouping
eMAS A =Group B
1st game : Menang VS UNIPA
2nd game : menang vs Grisek
keputusan : Johan Kumpulan B
eMAS B = Group D
1st game : Menang vs PSTI Kota Surabaya
2nd game : menang vs PSTI Tuban
keputusan : Johan Kumpulan D
Suku Akhir (esok)
eMAS A vs PSTI Tuban
eMAS B vs UNIPA
Separuh Akhir
eMAS A (if menang suku) VS eMAS B (if menang suku)
Final - doakan agar ada regu kami layak ke final ini..amin..
01/11/2019
Syukurr!!
Alhamdulillah..
Terima kasih yg tak terhingga kepada Majlis Sukan Negeri Selangor diatas penghormatan dan penghargaan yg diberikan kepada Kelab Sepaktakraw eMAS.!
Sesungguh nya bukanlah anugerah atau pujian yg kami cari atau utamakan, akan tetapi tujuan kami menabur keringat kepada anak2 selangor terutama nya adalah atas dasar sayangkan sukan sepaktakraw ini.
Sukan ini yg bermula nya dari tanah air kita, sukan warisan yg kini menjadi permainan hampir seluruh dunia.
Tahniah di ucapkan.kepada pasukan sepaktakraw MSS Selangor diatas pencapaian menjadi dan mempertahankan KEJUARAAN KESELURUHAN bagi 3 TAHUN BERTURUT-TURUT.!
Sesungguh nya mengejar kejayaan itu susah tetapi utk mengekalkan kejayaan itu lagi amat sukar dan alhamdulillah anak2 MSS Selangor berjaya melakukan bagi 3 tahun berturut2.
Kejayaan itu adalah milik mereka, anak2 yg mewakili selangor..kami hanyalah penyumbang kecil yg ingin nelihat mereka berjaya.
Tahniah dan terima kasih MSN Selangor diatas penghargaan dan penghormatan ini. InsyAllah kami akan terus menabur keringat bagi membangunkan sukan tradisi kita ini..sukan kesayangan kami.
Sepaktakraw.
02/10/2019
Liga Sepaktakraw Anak-Anak Selangor (LiSAS) 2019 - Sirkit 2.
Ya, LiSAS 2019 kini diteruskan bagi Sirkit ke-2 yang akan dijalankan pada beberapa tarikh mengikut peringkat umur. Ini adalah kerana bagi memberi laluan kepada pemain-pemain yg terdiri dari pelajar sekolah bagi menduduki ujian/peperiksaan mereka.
Maka, bagi Sirkit Ke-2 ini, berikut adalah tarikh, tempat dan peringkat umur yg akan dipertandingkan :
1) Bawah 14 Tahun.
Tarikh : 5-Oktober-19
Hari : Sabtu
Tempat : Sek.Keb.Sijangkang.
2) Bawah 11 Tahun
Tarikh : 18-Oktober-19
Hari : Jumaat
Tempat : Sek.Sukan.Seksyen 11, Shah Alam
3) Bawah 16 Tahun
Tarikh : 20-Oktober-19
Hari : Ahad
Tempat : Sek.Keb.Sijangkang
Regu sekolah manakah yang akan mara ke peringkat Sirkit Akhir seterusnya merebut gelaran Juara Liga Sepaktakraw Anak-Anak Selangor edisi ke-3.!
Jom ramai2 datang saksikan dan bagi sokongan kepada regu sekolah anda!
Sekolah manakah yg akan menjadi Juara Sepaktakraw tahun 2019 ini???
Kita saksi kan....!!!
22/07/2019
Wahai anak-anak Selangor..
Adakah anda berumur 11, 14 dan 16 tahun?
Adakah anda bersekolah di Selangor?
Adakah anda bersedia utk bertanding di pusat membeli belah terkenal di Shah Alam?
Bersedia utk daftarkan regu sekolah anda..
Sirkit pertama akan bermula Ogos 2019..
Nanti kan update seterus nya dari kami..
Bersedialah..
31/03/2019
Alhamdulillah.!
Alhamdulillah.!
Alhamdulillah.!
Syukur kpd Allah.
Tahniah kpd pasukan MSSM Selangor diatas pencapaian dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan acara Sepaktakraw MSSM 2019.!!
Yang lagi manis nya ini adalag kejayaan bagi dua tahun berturut-turut sebagai JUARA KESELURUHAN.!
Alhamdulillah misi mengekalkan kejuaraan yg di azamkan oleh kelab Sepaktakraw eMAS mencapai objektif nya!
Tahniah TeamSelangor.!
PENCAPAIAN MSSS DI MSSM, PAROI,
Negeri Sembilan 2019 :
U12
JOHAN BERPASUKAN
KE-3 ANTARA REGU
U15
SUKU AKHIR BERPASUKAN
SUKU AKHIR ANTARA REGU
U18
KE-3 BERPASUKAN
NAIB JOHAN ANTARA REGU
APIT KANAN TERBAIK - RIZANI RUZAINI (U18)
Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!
Syabas kpd guru-guru, tenaga pengajar, coach2 dan semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung bg merialisasikan impian SELANGOR JUARA KESELURUHAN 2019.!
26/03/2019
KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MAJLIS SUKAN SUKAN MALAYSIA (MSSM 2019)
Didoakan agar pasukan MSS Negeri Selangor memperoleh kejayaan didalam mengekalkan status kejuaraan.
Semoga segala ilmu dan usaha yg dicurahkan membuahkan hasil yg baik.
Semoga adik-adik selangor dapat menunjukkan kemampuan yg tertinggi.
Usah gentar!
Usah takut!
Buktikan kpd semua yg anda mampu lakukan yg terbaik.!!
Selamat maju jaya!
10/11/2018
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kami ingin menjemput kepada semua pemain-pemain sepaktakraw utk menyertai kejohanan seperti dibawah :
Kejohanan Sepaktakraw Bakat Baru Terbuka eMAS 2018.
Tarikh : 15-Dec-18
Hari : Sabtu
Tempat : Gelanggang Berbumbung, Sek.Keb.Sijangkang Jaya, Telok Panglima Garang.Klang, Selangor.
Syarat-syarat kejohanan.
1. Pemain negeri/negara/ATM/PDRM/STL Negeri/MAKSAK/Piala MAS Khir Johari - tidak dibenarkan bermain.
2. Hanya seorang pemain SUKMA sahaja didalam 1 regu.
#2.1 - Pemain yg berumur 17tahun dan kebawah pada tahun 2018 ini, tidak dianggap sebagai pemain Negara/Negeri/Sukma/STL/Maksak/Piala Emas dan sebagai nya. Mereka diketegorikan sebagai pemain 'bebas-state'.
(Ia bertujuan menggalakkan penyertaan dari peringkat remaja)
3. Pemain perlu memakai jersey bernombor dan armband sewaktu bermain.
Yuran penyertaan : RM80/regu
Hadiah kejohanan:
Johan = RM1,000
Naib Johan = RM500
Ke3&ke4 = RM250
Ke5 - ke8 = RM100
Borang penyertaan boleh didapati didalam gambar.
Sila hubungi wakil penganjur utk booking regu:
Coach Najib - 0133923151
Coach Amir -0196626540
Paan eMAS - 0123267214
Bayaran yuran sila buat kpd :
Kelab Sepaktakraw EMAS
Maybank Acc.
5622 7261 6019
(Sila wasap slip pembayaran kpd wakil penganjur diatas)
Tarikh tutup penyertaan : 13-Dec-18