Akademi Bola Sepak Qhakpro

Call Directions

Akademi Bola Sepak Qhakpro "Mencungkil bakat, membina bintang. Akademi Bola Sepak Qhakpro – tapak permulaan juara masa depan.

Disiplin, semangat, dan latihan jadi asas kejayaan kami di dalam dan luar padang."

12/10/2026

SELAMAT DATANG COACH AZRI KE QHAKPRO FOOTBALL ACADEMY! ⚽

Semoga perjalanan membina pemain untuk Malaysia menjadi satu tanggungjawab yang kita pikul bersama dengan penuh komitmen, keikhlasan dan kesabaran.

Dalam pembangunan bola sepak akar umbi, tugas kita bukan sekadar melatih pemain untuk bermain bola sepak, tetapi membentuk karakter, mendidik disiplin dan membantu mereka berkembang menjadi pemain yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Kita mungkin berbeza pengalaman dan pendekatan, tetapi matlamat kita tetap sama — melahirkan pemain, bukan sekadar melatih pemain.

Semoga kehadiran Coach Azri membawa nilai tambah kepada Qhakpro Football Academy dan bersama-sama kita terus membina generasi pemain yang mampu melangkah lebih jauh, demi masa depan bola sepak Malaysia.

Selamat datang ke keluarga Qhakpro. Kita bina pemain, kita bina masa depan. 🇲🇾⚽

29/07/2026

LATIHAN QHAKPRO ACADEMY.
SETIAP SABTU DAN AHAD.
PENGAMBILAN PEMAIN SENANTIASA TERBUKAK.

20/07/2026

⚽🔥 QHAKPRO ACADEMY — TEMPAT BERMULANYA IMPIAN PEMAIN MUDA! 🔥⚽

Setiap pemain hebat bermula dengan asas yang betul, latihan yang konsisten dan bimbingan yang berkualiti.

💪 Latihan setiap Sabtu & Ahad
👦 Terbuka untuk kanak-kanak seawal 4 tahun
⚽ Fokus kepada pembangunan teknik, disiplin, keyakinan dan pemahaman permainan.

Jangan tunggu anak anda “jadi berbakat” — bakat perlu dibentuk melalui proses latihan yang betul.

🚀 Ayuh sertai Qhakpro Academy sekarang!
Daftar hari ini dan mulakan perjalanan bola sepak anak anda bersama kami.

10/07/2026

Extra Training Under 6. Buat Sampai Jadi. No Talk, Action Only. DNA In Progress.

29/06/2026

🔥 PENGAMBILAN PEMAIN BARU QHAKPRO ACADEMY 🔥

⚽ U4 – U14 DIBUKA SEKARANG! ⚽

Nak anak anda mula perjalanan bola sepak yang betul dari asas?
Qhakpro Academy membina pemain dari kecil dengan fokus teknik, disiplin & keyakinan.

📅 Latihan: Setiap Sabtu & Ahad
📍 Tempat: Emirates Field, Rimbayu City FC
👟 Fokus: Teknik asas, kecergasan, game understanding & permainan sebenar
🏆 Coaching struktur & suasana latihan menyeronokkan

💥 Bukan sekadar menang — kami bina pemain yang faham permainan sebenar 💥

📲 Sertai sekarang! Tempat terhad!
☎️ 011-54170593

🔥 Jom jadi sebahagian daripada Qhakpro Academy!

🏆 Tahniah Danny! 🏆Seluruh warga Qhakpro Academy mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Danny atas kejayaan meraih ge...
13/06/2026

🏆 Tahniah Danny! 🏆

Seluruh warga Qhakpro Academy mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Danny atas kejayaan meraih gelaran 1st Runner Up Pasti Bola Sepak Klang U6.

Pencapaian ini membuktikan bahawa usaha, disiplin dan kesungguhan dalam latihan mampu membuahkan hasil yang membanggakan. Walaupun masih di peringkat awal pembangunan bola sepak, Danny telah menunjukkan semangat juang, keberanian dan komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan.

Semoga kejayaan ini menjadi motivasi untuk terus berusaha, meningkatkan kemahiran dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Teruskan melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dan semangat.

Tahniah Danny! Teruskan bersinar dan mengharumkan nama Qhakpro Academy! ⚽🥈👏

13/06/2026

Latihan Setiap Sabtu dan Ahad.

Rutin Pembangunan Pemain Diteruskan.

Tak Takut Jika Hilang Pemain, Tetapi Takut Hilang Bakat Yang Ada Pada Pemain

Tahniah kepada Firas! 🏆⚽Salah seorang pemain Akademi Qhakpro, Firas, telah menyertai Kejohanan Sukan Bola Sepak sempena ...
19/05/2026

Tahniah kepada Firas! 🏆⚽

Salah seorang pemain Akademi Qhakpro, Firas, telah menyertai Kejohanan Sukan Bola Sepak sempena Pesta Kejohanan Sukan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kota Raja dan berjaya menjadi JOHAN bersama pasukan beliau. 🥇

Apa yang lebih membanggakan, Firas baru berumur 6 tahun dan hanya memulakan latihan selama 1 bulan sahaja. Ini menunjukkan bahawa keberanian mencuba, disiplin hadir latihan dan semangat belajar mampu memberi perkembangan yang baik kepada pemain muda. 💪⚽

Ini baru permulaan perjalanan development beliau. Teruskan usaha, teruskan latihan dan jangan cepat berpuas hati.
“Setiap pemain hebat bermula dari langkah pertama.” 🔥

Address

No 42-1, Jalan Aman Tiara 8, Bandar Tropicana Aman, Kuala Langat
Shah Alam
42500

Telephone

+601154170593

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Bola Sepak Qhakpro posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category