MY City League

Call Directions Website Contact the business

MY City League Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MY City League, Sports League, Shah Alam.

Saksikan sorotan perlawanan Harini FC menentang Alumni Beast yang berpihak kepada Harini dengan kemenangan selesa 11-2 s...
30/11/2019

Saksikan sorotan perlawanan Harini FC menentang Alumni Beast yang berpihak kepada Harini dengan kemenangan selesa 11-2 sekaligus mengesahkan kejuaraan KL City League 2019 Season 2 milik mereka.

Gol-gol Harini dijaringkan oleh pemain bintang mereka seperti Amri Yahyah, Manaf Mamat, Azidan Sarudin, Badrul Hisyam Morris dan lain-lain.

Harini FC dinobatkan sebagai juara KL City League 2019 Season 2 apabila mudah menewaskan Alumni Beast dalam perlawanan terakhir liga malam tadi. Harini yang ...

KUALA LUMPUR CITY LEAGUE 2019 SEASON 2 CHAMPION!Congratulations again to Harini FC for the victory of KL City League sec...
27/11/2019

KUALA LUMPUR CITY LEAGUE 2019 SEASON 2 CHAMPION!

Congratulations again to Harini FC for the victory of KL City League second season!

Expected Toulouse mencatatkan kemenangan tipis 2-1 keatas Thai Selangor FC.
26/11/2019

Expected Toulouse mencatatkan kemenangan tipis 2-1 keatas Thai Selangor FC.

26/11/2019

36' GOLLL!! Indra Putra menambah jaringan buat Expected Toulouse hasil lob cantik dari luar kotak penalti.

Thai Selangor 1-2 Expected Toulouse

Saksikan KL City League 2019 Season 2 live di facebook Balrz.tv

26/11/2019

14' GOLLL! Expected Toulouse tidak menunggu lama untuk gol penyamaan. Indra Putra bijak melepasi perangkap offside untuk menjaringkan gol pertama beliau untuk ETL

Thai Selangor 1-1 Expected Toulouse

Saksikan KL City League 2019 Season 2 live di facebook Balrz.tv

26/11/2019

11' GOLLL! Zakwan Zamri mudah menolak masuk bola untuk gol pertama Thai Selangor.

Thai Selangor 1-0 Expected Toulouse

Saksikan KL City League 2019 Season 2 live di facebook Balrz.tv

Harini FC cemerlang membenam Alumni Beast 11-2 hasil jaringan pemain mereka seperti Manaf Mamat, Azidan Sarudin, Amri Ya...
26/11/2019

Harini FC cemerlang membenam Alumni Beast 11-2 hasil jaringan pemain mereka seperti Manaf Mamat, Azidan Sarudin, Amri Yahyah dan lain-lain. Kemenangan ini mengesahkan kejuaraan KL City League 2019 Season 2 adalah milik mereka.

Tahniah Harini FC!

Shah Alam City League Season 1 open for registration now! Contact +60174447478 to register your slot now.
12/07/2019

Shah Alam City League Season 1 open for registration now! Contact +60174447478 to register your slot now.

16/05/2019

City League adalah satu liga bolasepak sosial/amatur yang akan diadakan di beberapa bandar seluruh Malaysia.

City League diwujudkan sebagai pelengkap kepada pertumbuhan kelab-kelab bolasepak amatur/sosial. City League memberi peluang kepada kelab-kelab ini menyertai liga yang berkualiti dan diuruskan secara profesional.

Setakat ini City League mempunyai 6 rakan kongsi di Kuala Lumpur, Ampang, Shah Alam, Jerantut, Kerteh dan Kuala Terengganu. Liga-liga City League akan dijalankan di setiap bandar rakan kongsi City League. Dalam masa yang sama City League sedang mencari rakan kongsi baru di bandar-bandar lain di seluruh Malaysia.

City League akan bermula di Kuala Lumpur pada Jun 2019 diikuti oleh Ampang pada Julai 2019, Shah Alam pada September 2019 dan bandar-bandar lain di seluruh Malaysia yang akan diumumkan kelak.

City League akan dijalankan secara format liga 1 pusingan yang melibatkan 10-16 pasukan bagi setiap liga. Juara liga akan membawa pulang piala pusingan liga, medal dan hadiah wang tunai sebanyak RM5000. Hadiah wang tunai juga akan turut diberikan kepada tempat ke-2 dan ke-3 liga, pemain terbaik perlawanan pemain terbaik kesuluruhan liga, dan penjaring terbanyak liga. Hadiah ini dijangka meningkat sebaik sahaja City League berjaya membawa masuk penaja-penaja baru yang kini dalam peringkat perbincangan.

Antara perkara yang menarik di City League ialah City League sudah berjaya mendapatkan penaja untuk membawa semua perlawanan KL City League, Ampang City League & Shah Alam City League secara langsung menerusi online streaming. City League sedang giat berunding dengan penaja-penaja untuk turut serta membawa perlawanan-perlawanan di badar-bandar lain secara langsung.

Tarikh tutup pendaftaran untuk mana-mana pasukan menyertai KL City League ialah pada 10 Jun 2019 dan Ampang City League ialah pada 23 Jun 2019.

Jom daftar sekarang dan tawan bandar anda!

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MY City League posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MY City League:

Shortcuts

Share

Category