25/08/2026
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H
"Manusia yang paling utama (paling hampir) denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
25 Ogos 2026M
24/07/2026
~24 July 2026M (9 Safar 1448H)~
Respectful Communication - with regards to WNG 2026
# TAAM stands as a symbol of unity, cultural pride, and the preservation of traditional archery.
# TAAM respects the right of every athlete, parent, coach, and member of the public to express their views, concerns, and constructive feedback. We encourage all discussions to be conducted respectfully, responsibly, and through appropriate channels to promote meaningful conversation and mutual understanding.
# At the same time, TAAM is committed to protecting the integrity and reputation of the association. Any statement that is proven to be false, malicious, or defamatory may be addressed through the appropriate legal and administrative channels, in accordance with applicable laws and the association’s regulations.
# Our immediate priority remains to provide a transparent explanation of the matters currently being discussed, supported by verified facts and relevant information.
# TAAM appreciates the cooperation of the archery community as we work towards resolving these matters in a fair and transparent manner.
_When manners are upheld, Knowledge is preserved_
Thank you.
24/07/2026
~24 Julai 2026M (9 Safar 1448H)~
Kepentingan Memelihara Komunikasi Yang Beradab – berkaitan isu WNG 2026
# Untuk pengetahuan umum, TAAM diwujudkan di bawah Kementerian Belia & Sukan (KBS) sebagai lambang perpaduan, kebanggaan dan pemuliharaan sukan memanah tradisional.
# TAAM amat menghormati hak setiap atlet, ibu bapa, jurulatih, dan orang awam untuk menyuarakan pandangan, kebimbangan, serta apa sahaja maklum balas yang MEMBINA.
# Namun, TAAM sangat menggalakkan semua perbincangan tersebut dapat dilakukan dengan ;
1) Cara yang menjaga Adab & Tatasusilanya,
2) Bahasa yang penuh dengan kesopanannya
3) Cara penyampaian yang penuh dengan rasa hormat menghormati rakan pemanah sesama muslim serta
4) Mempunyai rasa bertanggungjawab untuk mencapai persefahaman yang baik
# Dalam masa yang sama, TAAM komited untuk melindungi integriti dan reputasi persatuan. Sebarang kenyataan yang dibuktikan sebagai palsu, berniat jahat, atau berunsur fitnah boleh diambil tindakan melalui saluran undang‑undang dan pentadbiran yang sewajarnya, selaras dengan peruntukan undang‑undang serta peraturan persatuan.
# Keutamaan TAAM adalah untuk memberikan penjelasan yang telus mengenai perkara yang sedang diviralkan dengan sokongan fakta yang sah dan maklumat yang relevan.
# Yang pasti, TAAM sentiasa berusaha untuk menyampaikan semua penjelasan secara baik dan telus.
_Adab dijaga, Ilmu terpelihara_
Terima kasih.
17/06/2026
Sempena sambutan Maal Hijrah 1448H, hayati peristiwa hijrah Baginda SAW bukan sekadar perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain, tetapi merupakan suatu iktibar sebagai perubahan dari satu keadaan ke satu keadaan yang lebih baik...
14/06/2026
Throwback 31 May 2026 : Wajah-wajah pemenang
14/06/2026
Throwback 30 May 2026 : Wajah-wajah pemenang
02/06/2026
Nota Penghargaan kepada :
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis
Persatuan Memanah Tradisional Malaysia (TAAM) ingin merakamkan setinggi‑tinggi penghargaan di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan acara Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan (KMTK) 2026 kali ini.
Kehadiran pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menjadi pembakar semangat kepada semua atlet memanah Tradisional seluruh Malaysia yang berukhuwah di Negeri Perlis tahun ini sekali gus memperkukuh semangat belia dan memperkayakan warisan sukan tradisional negara. Kerjasama ini bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan, malah menyerlahkan nilai kebanggaan bangsa yang menjadi teras perjuangan.
Kami amat menghargai segala usaha dan berharap dapat terus berganding bahu dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dalam penganjuran acara‑acara akan datang.
Terima kasih daun keladi
Lain kali kami mai lagi
02/06/2026
Nota Penghargaan kepada :
Traditional Archery Association of Perlis - TAAPs
Bagi pihak TAAM, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan & tahniah di atas Penganjuran KMTK 2026 Perlis pada kali ini.
Perancangan yang teliti dan usaha kearah menyatukan atlet terbaik tanah air, ukhuwah rakan gabungan, dan kehadiran para penyokong sangat-sangat mengujakan kemeriahan KMTK kali ini.
Tahniah ....