Hermes Eco-Adventure

Hermes Eco-Adventure

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hermes Eco-Adventure, Sport & recreation, Subang Jaya, Shah Alam.

16/11/2017

Tips Persediaan Asas Sebelum Pergi Melancong
Melancong adalah aktiviti yang sering ditunggu-tunggu tidak kira sesiapa sahaja terutamanya bagi yang sudah berkeluarga. Kerana dengan melanconglah kita semua dapat melepaskan lelah setelah penat bekerja. Apabila tiba sahaja cuti sekolah atau cuti umum, maka berduyun-duyunlah masing-masing membawa keluarga pergi bercuti. Melancong dalam atau luar negara sekalipun yang penting kita dapat merasai keseronokkan bersama yang tersayang. Setiap lokasi pelancongan mempunyai tarikan keistimewaan yang tersendiri. Namun begitu, bagi mengelakkan sebarang masalah dalam percutian kita, kita perlu mengetahui tips persediaan asas sebelum keluar pergi melancong.

1) Tentukan Tempat Percutian
Langkah pertama, kita perlu menyenaraikan lokasi percutian yang ingin dituju. Buat senarai pendek, dan buat perbincangan bersama pasangan lokasi mana yang dianggap sesuai. Jika mahu bercuti ke Kedah, maka ketahui lokasi mana yang perlu dilawati. Katakan kita memilih Pulau Langkawi, maka percutian perlu difokuskan dalam satu-satu tempat sahaja.
Dalam menentukan lokasi percutian, sila pastikan bahawa kawasan yang ingin dituju sesuai dengan iklim cuaca pada ketika itu. Jika musim tengkujuh tiba, elakkan pergi melancong ke kawasan yang sering terdedah kepada banjir besar. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Lebih-lebih lagi jika kita memilih untuk bercuti di pantai, cuaca musim tengkujuh dianggap tidak sesuai.
Sebagai tambahan, jika mahukan idea pelancongan tempat menarik, boleh layari laman web Groupon. Ini kerana mereka turut menawarkan percutian menarik dengan diskaun yang tidak masuk akal. Bagaimanapun ia bergantung kepada sesebuah lokasi yang ditawarkan.

2) Mengkaji Lokasi Percutian Pelancongan
Kita perlu membuat sedikit kajian tentang keadaan persekitaran lokasi pelancongan tersebut. Sebagai contoh tadi, kita memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi kita. Lakukan analisa tempat-tempat menarik di kawasan tersebut.
Anda digalakkan membuat susunan tempat-tempat menarik mengikut tempoh menginap di sana. Contohnya, hari pertama aktiviti Tour Island dan Cable Car. Hari kedua Makam Mahsuri dan begitulah seterusnya. Perancangan ini nampak mudah, namun sangat membantu melancarkan hari percutian kita.

3) Rancang Perjalanan
Kita boleh memilih untuk merancang perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan awam ataupun kenderaan sendiri. Jika mahu menjimatkan masa, boleh menaiki kapal terbang. Jika mahu merasai keseronokkan melancong boleh menaiki kereta. Bagaimanapun, kedua-duanya terpulang mengikut keselesaan masing-masing. Jika mahu menggunakan kenderaan sendiri, sila pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan sudah diservis.
Jika memilih menggunakan perkhidmatan awam, lakukan tempahan tiket dengan lebih awal. Kebiasaannya, tempahan awal boleh menikmati diskaun bergantung kepada promosi yang dilakukan oleh pihak tertentu.

4) Urus Bajet
Jika mahu menikmati keseronokkan yang berganda, kita perlulah bijak untuk menguruskan bajet. Tidak semestinya keseronokkan hanya boleh dinikmati bagi yang berbelanja lebih sahaja. Jika kita melakukan pengiraan sesuatu kos dengan lebih awal, secara tidak langsung kita dapat menguruskan wang dengan lebih baik. Bayangkan jika tidak menguruskan bajet dengan betul, sudah tentu wang akan dihabiskan belanja kepada perkara yang tidak berfaedah.
Elakkan membawa wang tunai yang banyak ketika sedang bercuti.

Kesimpulan
Secara kesimpulan, rancanglah perjalanan percutian kita dengan sebaik-baiknya. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini berlaku, tanganilah dengan tabah dan sabar. Segala perancangan yang dibuat adalah untuk memastikan percutian kita berjalan dengan lancar. Maka, dari sekarang jom kita menabung untuk merancang percutian yang seterusnya. Semoga dengan usaha kita membuahkan hasil.

Photos 10/11/2017

~Melakukan Aktiviti Lasak Yang Berkaitan Dengan Kawasan Berhutan, 12 Ilmu Ini Perlu Difahami Terlebih Dahulu, Sebelum Melakukannya~

Memasuki kawasan hutan yang tebal sudah pasti kita akan menemui pelbagai jenis bahaya, sama ada dari binatang buas, haiwan berbisa, atau hujan lebat yang membuatkan laluan yang digunakan menjadi licin, jadi disebabkan itu, faktor keselamatan perlu dititikberatkan dengan lebih serius.
Minat aktiviti mencabar seperti camping, hiking, 4x4 dan sebagainya yang memerlukan anda menempuh hutan belantara?

Berikut merupakan senarai 12 TIPS ILMU HUTAN PENTING yang perlu anda hadam sebelum meneruskan pengembaraan!

1. Lumut Taik Kera

Kalau kita jalan di waktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun dan sungai, bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda-benda bercahaya warna hijau, ala-ala benda yang pendarcahaya.

Benda yang bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa-apa, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh di denai (laluan kecil binatang atau manusia), jadi kalau sesat.. ikut saja laluan ni di waktu malam. Insya-Allah, tak langgar pokok.

2. Ular Tedung

Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut. Stay still dan undur balik.

Ular tedung patuk tak kira masa, penglihatan ia sensitif pada pergerakan. Kalau nampk dia just stay statik, bila ia tengok tempat lain perlahan-lahan undur ke belakang. Ular tedung akan kembang bila rasa terancam untuk takutkan pemangsa (kita lah tu).

3. Kera / Lutong & spesies sama dengannya

Spesies kera takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dengan daun dan ranting yang mengembang dan hayunkan pada kera, baru lari.

Rasionalnya, ranting dan daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting. (belajar dari askar)

4. Harimau

Kalau memancing dalam hutan, sedang dalam hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi ‘diam’, kemudian disusuli dengan bau hamis, confirm ada harimau.

Apa lagi, letupkan satu mercun bola (belajar dari orang asli)

5. Beruang Madu

Hutan paya di Malaysia ni banyak beruang madu (kecil, sekerat pinggang dengan dada berwarna oren). Kalau terserempak, kita perlu menjerit lantang pada dia dan buat seperti nak kejar untuk takutkan dia.

Automatik beruang tu akan lari.

6. Kepala air

Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan pasang khemah tepi air, sebaliknya buat di kawasan yang pokok-pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya aras air tengah naik la tu (belajar dengan kaki pancing)

Tanda-tanda kepala air:

i. Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit).

ii. Kehadiran buih-buih putih pada tempat tak berbuih, sebab biasanya tempat air jatuh saja yang ada buih. Tempat air mengalir biasa yang tiba-tiba ada buih-buih halus muncul. Itu tandanya arus bawah lebih laju daripada aras atas.

iii. Akan ada daun basah hanyut.

iv. Ada perubahan warna air daripada jernih bertukar jadi oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar (kepala air) datang.

v. Bunyi air lebih kuat daripada biasa, dari kejauhan dah dengar.

7. Jangan ambil air di tepi sungai

Sebaliknya ambil air di tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rasionalnya tikus, rusa, kancil, khinzir dll kencing di tepi sungai dan arus akan tolak air kencing tu ke tebing.

8. Binatang besar

Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya seperti harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dari jauh dengar bunyi kera yang bising, tentu ada binatang besar tengah lalu.

9. Habiskan makanan

Apabila makan makanan yang dimasak seperti ikan bakar dll, mesti habiskan makanan dan hanyutkan atau tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera dan gajah untuk datang bertandang.

10. Buat semua perkara sebelum jam 5 petang

Selesaikan semua urusan seperti memasak, mandi, membasuh dll sebelum jam 5 petang kerana selepas waktu tersebut, hutan sudah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari.

11. Hutan sepi waktu malam

Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa-apa yang tak kena.

12. Rules nak bina khemah

i. Cari kanopi yang masih hijau. Bila dah tentukan nak pasang khemah, dongak ke atas dan cari pokok muda dengan rimbunan daun yang masih hijau. Risiko kena hempap ranting dahan bila angin adalah rendah.

ii. Tentukan ketinggian khemah sekurang-kurangnya 4 kaki dari aras air sungai. Kalau landai, jangan buat khemah di situ. Kawasan landai biasanya ada banyak pokok rendah-rendah dan renek macam pokok senduduk. Itu tandanya air selalu naik di kawasan tu. Cari kawasan yang pokoknya besar-besar.

iii. Tentukan laluan denai dalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan buat khemah dalam laluan denai, sebab laluan denai bukan untuk manusia sahaja, tetapi laluan haiwan juga.

iv. Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok-pokok renek. Pakai ranting-ranting pokok, sapu sampai nampak tanah dan tiada daun. Kurang sedikit risiko disengat lipan atau kala jengking.

v. Tabur karbaid warna kuning pada kawasan sekitar khemah.

vi. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T-shape, pasang khemah secara menghadap atau berhadapan dan unggun api di tengah.

vii. Dalam nyalaan unggun api tu, standby dengan beberapa batang kayu panjang. Kalau boleh, sesuai dengan jumlah orang yang camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, capailah kayu yang ada api ni sebagai senjata. Binatang lebih takut api berbanding parang atau pisau.

viii. Buat perimeter, takut-takut binatang datang ke khemah (terutamanya beruang) sebab bau masakan. Buat pagar dengan tali tangsi dan loceng. Apabila tali tangsi dilanggar, loceng akan berbunyi.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Subang Jaya
Shah Alam
40400

Opening Hours

Monday 09:00 - 10:00
Tuesday 09:00 - 10:00
Wednesday 09:00 - 10:00
Thursday 09:00 - 10:00
Friday 09:00 - 10:00
Saturday 09:00 - 10:00
Sunday 09:00 - 10:00