Sport Rim dan Tayar Murah

Directions

Sport Rim dan Tayar Murah MENJUAL RIM DAN TAYAR SECOND MURAH

JAUH KITA POS!

23/10/2026

abg saya ceraikan bini dia masa bini tgh mengandung 5 bulan. masa tu dia dah ada pompuan lain, janda anak sorang. ex bini dia xkeje sbb selama ni abg yg suruh duduk rumah jaga anak. anak dah 2 org, dlm perut lg sorang. menangis mak saya bila tau abg sanggup buang bini mcm tu je. yg buat saya panas, lepas cerai abg bg nafkah rm300 je sebulan utk 2 org anak. alasan gaji kecik, b*k hutang. wei 300 tu nk beli pampers susu pun xlepas. last2 ayah saya yg dh pencen kena masuk campur. ayah bayarkn sewa rumah rm650, mak p**ak tiap minggu hantar barang dapur. tiap bulan ayah tambah lg rm700 utk cucu2. ex bini abg saya sampai nangis2 ckp segan asyik menyusahkn bekas mertua.

abg saya p**ak xpuas hati bila tau ayah bg duit kt ex dia. hanat betul perangai. siap marah ayah ckp ex bini tu sengaja guna anak nk kikis duit family kami. eh bodoh ke apa?? tu anak kau la bang!! bukan anak org lain. kau yg buat anak, kau yg tinggalkn, skrg org tua p**ak kau nk salahkn?? kami adik beradik pompuan ni pun selalu belikn susu, baju, kasut sekolah. raya aritu kami bw budak2 tu shopping, siap belikn baju raya utk mak dia skali. bukan sbb kami s**a sgt ex bini abg, tp sbb kesian tgk dia sorang2 urus anak kecik.

yg paling buat saya naik hantu, bini baru abg bleh p**ak wasap mak saya tnya kenapa mak lebihkn bekas menantu dr anak sndri. siap ckp ayah pilih kasih sbb bg ex bini rm700 tp abg x dpt apa2. ya allahhhh mmg xde otak ke dua ekor ni?? 🤣 abg dah 43 tahun kot, bukan budak kecik nk mak ayah suap lagi. bini baru tu p**ak sibuk kira duit org tua. padahal minggu lps boleh p**ak dua2 bercuti kt langkawi, upload gmbr hotel cantik2. duit nk honeymoon ada, duit nafkah anak xde. mmg menyirap darah saya!!

baru2 ni ayah saya masuk hospital, kami adik beradik kumpul duit utk bil rawatan. abg saya dtg melawat kejap je. tau apa dia ckp?? “ayah ada duit pencen kan, guna je la dulu”. sumpah saya terduduk dgr. org tua tu lah yg tiap bulan keluarkn duit utk anak2 kau, skrg dia sakit pun kau buat xtau. mak saya nangis diam2 dlm dapur, ckp jgn gaduh sbb xnk family pecah. tp sampai bila nk diam??

saya ni adik pompuan dia sndri pun dh xboleh hadam perangai abg. anak lelaki sulung yg mak ayah harap boleh jaga diorg masa tua, last2 jadi beban paling besar. bukan saya nk buka aib family, tp kadang2 geram sgt tgk org yg buat salah boleh hidup happy, org tua yg xbersalah p**ak kena tanggung smua.

kalau korang kt tempat saya, korang masih hormat abg mcm ni ke?? sbb saya rasa hormat tu dh lama hilang. 😡

JAM 4 PAGI, TIBA-TIBA ADA KAKI MANUSIA TERJUNTAI DARI SILING BILIK TIDUR AMBO! Bayangkan tengah sedap tidur, tiba-tiba a...
22/10/2026

JAM 4 PAGI, TIBA-TIBA ADA KAKI MANUSIA TERJUNTAI DARI SILING BILIK TIDUR AMBO!

Bayangkan tengah sedap tidur, tiba-tiba ada orang nak masuk rumah ikut bumbung. Tapi belum sempat merompak, dia sendiri yang terperangkap atas siling!

Ini bukan cerita filem. Ini kisah benar yang ambo alami pada tahun 2011.

Sekarang ni tengah hangat cerita pasal Roro dan Myanmar. Terus ambo teringat kisah seorang lelaki Myanmar yang cuba masuk rumah ambo dulu.

Kejadian lebih kurang jam 4 pagi.

Tengah lena tidur, tiba-tiba...

Sekeping siling jatuh betul-betul di tepi kepala katil ambo!

Dalam keadaan mamai, ambo pandang ke atas. Ya Allah, nampak kaki manusia terjuntai dari siling! Siap dengar orang merintih kesakitan lagi. 😳

Dale kenaling tok leh royat kokre Ambo terus keluar bilik mencari apa-apa untuk mempertahankan diri. Kebetulan terjumpa sebilah sabit dekat rak kasut.

Ambo ambil sabit tu, keluar rumah sambil memanggil jiran-jiran.

Tak lama kemudian, nampak seorang lelaki sedang memanjat keluar dari bumbung rumah. Rupanya dia naik menggunakan tangga yang pendek saja. Entah macam mana dia boleh panjat sampai ke bumbung!

Masa nak turun, dia terhinjit-hinjit menahan sakit. Agaknya akibat terpijak siling sampai pecah tadi.

Ambo terus tunggu di bawah tangga. Sebaik dia turun, ambo letak sabit dekat tengkuknya sambil beri amaran.

"Jangan bergerak! Kalau bergerak, kena sabit ni!" (Ambo ni penakut sebenarnya tapi tak tahulah tiba² jadi berani, mungking bila diancam, seseorang akan bertindak spontan)

Alhamdulillah, dia tak melawan.

Jiran-jiran pun sampai. Kami ikat tangannya pada pagar sementara tunggu polis.

Yang tak tahannya, walaupun dah kena tangkap dan kena ikat, dia masih lagi BERIHNG!

Orang Kelantan fahamlah maksud berihng tu. Jenis samseng, keras kepala dan tak serik-serik!

Polis pun sampai dan bawa lelaki Myanmar tu ke balai. Ambo p**a diminta datang buat laporan.

Tapi cerita tak habis di situ!

Masa ambo tengah buat laporan, dia duduk atas lantai tepi kaunter, menunggu nak dibawa ke lokap.

Boleh p**a dia menjeling ambo macam tak puas hati!

Ambo terfikir dalam hati...

"Mung masuk rumah aku nok merompak, mung pulok hok maroh ko aku?"

Sebenarnya, sebelum kejadian tu, ambo dan keluarga dah hampir seminggu tak ada di rumah.

Kebetulan tengah malam sebelum kejadian, ambo baru balik dari outstation dengan kereta kawan. Jadi keadaan luar rumah nampak macam tak berubah. Kereta pun masih di tempat asal.

Mungkin dia dah perhati rumah ambo beberapa hari dan sangka tak ada orang.

Dia tak tahu tuan rumah dah balik tengah malam tu! 😅

Yang paling ambo syukur, dia belum sempat jumpa manhole siling untuk turun ke dalam rumah.

Kalau dia berjaya turun tanpa ambo sedar, tak tahulah apa yang mungkin berlaku. Ambo pun tak pasti berapa orang sebenarnya yang terlibat.

Bila kenang balik, tindakan ambo masa tu memang agak berisiko. Tapi dalam keadaan terkejut, semuanya berlaku secara spontan.

Alhamdulillah, Allah masih melindungi ambo.

Dah 15 tahun berlalu, tapi sampai sekarang ambo masih ingat muka lelaki Myanmar tu menjeling ambo dekat balai polis.

Dah jatuh siling, kena tangkap, kena ikat, masuk balai pun masih BERIHNG! 😂😂

Sekadar berkongsi kisah benar bersama gambar-gambar yang diambil selepas kejadian.

Moral cerita, jangan pandang ringan soal keselamatan rumah. Bahaya boleh datang dari arah yang kita langsung tak sangka.

Alhamdulillah, syukur atas perlindungan Allah. 🤲

2 anak jiran menyelinap masuk rumah & kacau seorang budak sindrom down. Tapi, mereka bukan kacau biasa. Sebaliknya, meli...
20/10/2026

2 anak jiran menyelinap masuk rumah & kacau seorang budak sindrom down. Tapi, mereka bukan kacau biasa. Sebaliknya, melilit lehernya dengan tali kasut, masukkan sabun dalam mulut anak syurga ini. 17 minit kemudian, mereka berdua keluar dari rumah seakan tiada apa berlaku.

Si ibu baru p**ang dari pasar, terkejut lihat anaknya dah tersungkur ke lantai. Mereka bawa ke hospital, malangnya si anak disahkan meninggal dunia.

"Dari kecil, anak saya hidap Sindrom Down. Jantung bocor & mata katarak, jadi tak mampu berbuat apa-apa. Sejak lahir sampai usia 5 tahun, banyak jalani surgeri", luah si ibu. 💔😭 #

15/10/2026

Aku adalah antara lelaki paling malang dlm hidup. Aku ulang alik kerja 100km shari demi nk duk bsma anak isteri, xnk pjj. 4 tahun aku ulang alik jauh, hingga beberapa kali aku msuk kecemasan sbb penat badan wktu kerja. Sepnjg 8 tahun perkahwinan aku lonely isteri selalu abaikan aku, tiap hari dia ke rumh mertua balik jam 10 atau 12 mlm. Aku yg 100km ni jam 4 petg dh smpai rumh.

Balik lewt mlm. Bila aku tegur dia, aku yg dipersalahkan, akhirnya untuk menjaga keharmonian aku yg selalu mintak maaf.

Tahun ke 5 aku keje tempat aku, wife dpat keje guru kpm dekat area aku keje. Aku bersyukur dan happy. Aku pindah rumh kami dekat area keje kitorg. 2 bulan wife keje disana, wife pergi mahkamah minta cerai, bulan tu wife dh dpt gaji pertama. Triple drpd gaji dia keje dulu😊

Hanya disebabkan aku tak cukup duit bulan itu sbb perpindahan kami makan kos beribu. semua guna duit saving dan gaji aku. dan buln itu aku mintak pinjam duit dia dan aku jnji byr next month.

Mula dari hari itu dia menyampah dgn aku. Sehinggalah akhirnya dia tinggalkan aku, bawa semua anak2. Aku hampir gila dirumah kesorangn. Dari hari itu balik keje je bukak pintu aku terus nangis bgai org gila, aku rindu anak isteri, setiap balik aku beli makanan untuk diorg.

Setiap petg aku nangis sbb teringt aku slalu mandikan anak2 aku. Tiap mlm sblm tidur aku nangis sbb aku org last tidur sbb nk pastikan anak dan isteri tidur dgn nyenyak.

Setiap pagi aku nangis sbb aku teringt aku sentiasa bntu isteri mandikan dan urus anak2. Aku pujuk dah hampir 4 bulan.

Family dia support dia, Hingga akhirnya dia bertekad buang aku. Skrg dia dlm proses mohon cerai, aku xkuat untuk lafazkan sbb aku masih cintakan dia. Aku trauma dengan cinta. Itu org pertama aku cinta sepenuh hati, dan itu cinta mati aku.

Tak sangka Allah uji aku terhadap perasaan cinta yg mendlm ini.

masa ni brulang KB-KL ngn wira jah..mengayak naik bukit 7...hok takutnyo time ado lori @ bas dok dpn..
15/10/2026

masa ni brulang KB-KL ngn wira jah..mengayak naik bukit 7...hok takutnyo time ado lori @ bas dok dpn..

Berikut adalah huraian ringkas untuk menilai hujah "kuasa membeli lebih penting daripada sekadar angka gaji yang besar":...
11/10/2026

Berikut adalah huraian ringkas untuk menilai hujah "kuasa membeli lebih penting daripada sekadar angka gaji yang besar":

1. Situasi di Singapura: Gaji Besar vs Kos Sara Hidup

• Gaji Nominal yang Tinggi: Memang benar jika ditukar (konversi) ke mata wang Ringgit, gaji di Singapura kelihatan sangat besar disebabkan oleh nilai Dolar Singapura (SGD) yang kukuh.
• Kos Sara Hidup Tinggi: Kos untuk perkara asas seperti perumahan (sewa/beli), pengangkutan (pemilikan kereta/COE), dan perkhidmatan di Singapura adalah antara yang tertinggi di dunia.
• Realiti Kuasa Membeli: Bagi penduduk tempatan yang menetap di sana, penanda aras sebenar bukanlah jumlah gaji yang besar, tetapi berapa banyak barang dan perkhidmatan yang boleh dibeli dengan gaji tersebut selepas menolak kos sara hidup yang tinggi.

2. Apa yang Dimaksudkan oleh 'Tun' dalam Teks

Petikan teks tersebut menjelaskan teori Kitaran Inflasi Tolakan Upah (Wage-Push Inflation):
• Jika kerajaan menaikkan gaji minimum secara mendadak tanpa peningkatan produktiviti, kos operasi perniagaan (overhead) akan meningkat.
• Untuk menampung kos ini, peniaga akan menaikkan harga barang dan perkhidmatan (seperti analogi roti canai RM5 / teh tarik RM8 dalam teks).
• Akhirnya, kenaikan gaji tersebut menjadi sia-sia kerana kuasa membeli rakyat tetap sama atau berkurangan, manakala nilai mata wang domestik berisiko menyusut.

3. Kuasa Membeli vs Nilai Ringgit

• Kuasa Membeli yang Kuat: Ringgit yang kuat bukan sahaja diukur daripada kadar pertukaran mata wang asing, tetapi daripada kestabilan harga barang di dalam negara. Jika pendapatan RM3,000 boleh membeli banyak keperluan kerana harga barang murah, itu lebih baik daripada pendapatan RM6,000 tetapi harga barang melambung berganda.
• Strategi Ekonomi: Untuk menguatkan ekonomi seperti zaman dahulu, tumpuan perlu diberikan kepada mengawal inflasi, meningkatkan produktiviti negara, mengurangkan kebergantungan kepada barang import, dan menarik pelaburan berkualiti, bukannya sekadar menambah jumlah wang kertas dalam edaran.

29/09/2026

Asslamualaikum wbt kpd semua dlm Grp Ini. Saya nak share amalan seorang Cancer Survivor. Dia pernah kluar di WHI, TV 3 dulu. Di temuramah bersama2 dgn suaminya. Berkongsi pengalaman mula2 di diagnosed, melalui Chemo, bedah, makanan sihat, follow-ups hingga di beritahu she is free fr cancer cells end last yr. Now she is an active Volunteer kpd pesakit2 cancer/survivors. Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik.

Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya. Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah : 👇👇👇 Istighfar 10x. Salawat Nabi 10x. Al-Fatihah 1x. Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 📕ms121 - 123
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 📕ms 159 - 160
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 📕ms 251 - 252 4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 📕ms325-
326
5. Surah Asy Syu'ara (185-227). 📕ms 375-376
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 📕ms 463 - 464
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 📕ms 475
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70). 📕ms 493 - 494

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser.

Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya. SYAHIMIE MOHAMED

Kredit : threads 4y_him

Kalau fikir balik, a man will actually spend more of his lifetime with his wife compared to his own parents. Sebab tu, p...
28/09/2026

Kalau fikir balik, a man will actually spend more of his lifetime with his wife compared to his own parents. Sebab tu, pilihlah isteri yang betul-betul baik, penyayang, and appreciates you. Because a responsible wife who values you will stay by your side, susah dan senang, sampai ke nafas terakhir. 🤍✨

Tak habis lg hahaha
28/09/2026

Tak habis lg hahaha

Walau saya seorang perempuan dan isteri, saya tak setuju dgn org curang mcm ni. Walau tekanan emosi mcm mana pun, kena a...
23/09/2026

Walau saya seorang perempuan dan isteri, saya tak setuju dgn org curang mcm ni. Walau tekanan emosi mcm mana pun, kena ada iman dalam diri...dosa tetap dosa walau ada 1001 satu alasan pun. Takkan tidak ruang perbincangan langsung utk selesaikan apa2 masalah antara suami isteri?

Address

Shah Alam
42500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sport Rim dan Tayar Murah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share