30/08/2026
๐ฒ๐พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐ฒ๐พ
Dengan penuh rasa bangga dan semangat patriotisme, Pusat Latihan Shah Alam, Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia Cawangan Selangor mengucapkan:
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina sebuah negara yang aman, maju dan berdaulat. ๐ฒ๐พ
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
30/08/2026
With Silat Cekak Pusaka Hanafi Kelantan โ I just got recognised as one of their top fans! ๐
29/08/2026
Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah dirakamkan kepada YBhg. Datuk Mesran Mohd Yusop, Mantan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk.
Pengurniaan ini disempurnakan sempena Sambutan Hari Jadi Ke-77 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, pada 26 Ogos 2026.
Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermilai atas jasa dan bakti beliau yang tidak terhingga. Bagi Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, YBhg. Datuk merupakan figura yang banyak memberi sokongan dan dorongan sejak 10 Oktober 2010, termasuklah penglibatan dan bantuan besar beliau sehingga persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia mencipta sejarah memecahkan Guinness World Records bagi kategori "The Largest Silat Lesson" pada tahun 2015.
Jasa dan komitmen YBhg. Datuk dalam memartabatkan seni silat serta warisan budaya negara amat kami hargai dan sanjungi. Semoga YBhg. Datuk dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan terus berjaya dalam setiap usaha.
Ikhlas daripada Ym Kol Kehormat (PA) Dr Hj. Md Radzi Hj Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak, Ahli Majlis Elsekutif Kebangsaan (MEK) serta seluruh warga Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia.