PSSGMK MJFK BATU TIGA

Call Directions

PSSGMK MJFK BATU TIGA Established in June 2023. Training every Friday 9.00pm until 11.00pm.

Alhamdulillah, latihan mingguan di Gelanggang Masjid Jamek Fastabiqul Khayrat pada hari jumaat malam, diteruskan dengan ...
03/10/2026

Alhamdulillah, latihan mingguan di Gelanggang Masjid Jamek Fastabiqul Khayrat pada hari jumaat malam, diteruskan dengan semangat dan kesungguhan para pesilat.

Setiap langkah diasah, setiap gerak diperkemas. Di gelanggang inilah kita belajar erti sabar, membina disiplin dan saling membantu untuk menjadi lebih baik.

Terima kasih kepada para guru atas tunjuk ajar dan kesabaran membimbing. Semoga ikatan persaudaraan terus erat dan warisan silat terus subur dalam diri generasi anak muda.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُPihak gelanggang mendapat berita mengenai kemalangan jalan raya yang...
11/09/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pihak gelanggang mendapat berita mengenai kemalangan jalan raya yang menimpa Cikgu Khairi Tajuddin dan keluarga pada malam tadi.

​Mari kita mendoakan agar Cikgu Khai dan keluarga dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan rawatan, dan diberikan kekuatan serta kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian ini.

Semoga Cikgu sekeluarga sentiasa berada di dalam perlindungan dan rahmat-Nya.
​Amin YRA.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69 69 tahun kita berdiri sebagai sebuah bangsa yang berdaulat.Kemerdekaan...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69

69 tahun kita berdiri sebagai sebuah bangsa yang berdaulat.

Kemerdekaan bukan sekadar laungan “Merdeka!”
Ia adalah amanah yang diwariskan oleh insan-insan terdahulu yang berjuang demi tanah air tercinta.

Hari ini, kita mungkin berbeza bangsa, agama, budaya dan latar belakang. Namun di bawah satu nama, MALAYSIA, kita tetap bersatu.

Hargailah keamanan.
Peliharalah perpaduan.
Hormatilah perbezaan.
Dan cintailah tanah air kita.

Tanah ini tempat kita berdiri,
langit ini tempat kita bernaung,
Malaysia ini tanah air yang kita cintai.

Semoga Malaysia terus aman, makmur, maju dan dihormati di persada dunia.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Masjid Jamek Fastabiqul Khayrat, Batu 3, Shah Alam & Subang Jaya
Hamzah Tajuddin
Tengku Faris
Khairi Tajuddin
CA Aineel Zihnee

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍSalam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam. Mari kita hidupkan s...
24/08/2026

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam.

Mari kita hidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian dan tingkatkan amalan selawat kita. Semoga kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.
Insyaa Allah.

Masjid Jamek Fastabiqul Khayrat, Batu 3, Shah Alam & Subang Jaya

Jumaat - 14 Ogos 2026Aktiviti: Latihan MingguanFokus Utama: Kemahiran Elakan (Tangkisan & Gerak Langkah)Sesi latihan dim...
15/08/2026

Jumaat - 14 Ogos 2026

Aktiviti: Latihan Mingguan
Fokus Utama: Kemahiran Elakan (Tangkisan & Gerak Langkah)

Sesi latihan dimulakan dengan senaman dan regangan otot (stretching) bagi memastikan kesediaan fizikal serta mengelakkan sebarang kecederaan.

Latihan Teras (Fokus Utama)
Menumpukan sepenuhnya kepada teknik dan latihan elakan.
Penekanan diberikan pada aspek kepantasan tindak balas, ketepatan masa (timing), dan kedudukan tapak/keseimbangan badan semasa mengelak serangan.

Latihan diakhiri dengan tunjuk cara dan panduan ikatan bengkong yang betul serta kemas kepada semua ahli.

Awas Gayong!
Sedia!!
Dzat! Dzat!! Dzat!!!

Hamzah Tajuddin Tengku Faris Khairi Tajuddin CA Aineel Zihnee

Masjid Jamek Fastabiqul Khayrat, Batu 3, Shah Alam & Subang Jaya

Jumaat - 7 Ogos 2026Sesi latihan pada kali ini memberikan tumpuan penuh kepada pemantapan kemahiran asas gulingan, khasn...
08/08/2026

Jumaat - 7 Ogos 2026

Sesi latihan pada kali ini memberikan tumpuan penuh kepada pemantapan kemahiran asas gulingan, khasnya untuk pesilat baharu.

Latihan dimulakan dengan nyanyian Lagu Gayong secara beramai-ramai bagi memupuk semangat dan disiplin para pesilat.
Sesi regangan dan latihan ringan dijalankan bagi memastikan fizikal pesilat bersedia sebelum memulakan kemahiran khusus.

Antara teknik yang diajar meliputi:
- Gulingan Hadapan: Asas kawalan badan dan jatuhan ke hadapan secara selamat.
- Gulingan Belakang: Latihan imbangan dan pergerakan memutar ke belakang.
- Lentik Pacat: Latihan fleksibiliti dan kekuatan tulang belakang serta teras badan (core).

Kesemua pesilat baharu telah menunjukkan komitmen yang baik sepanjang sesi bimbingan dijalankan. Kawalan dan tunjuk ajar daripada para jurulatih iaitu Cikgu Hamzah Tajuddin serta dibantu oleh Cikgu Tengku Faris, Cikgu Khairi Tajuddin dan Ustaz CA Aineel Zihnee bagi memastikan modul berjalan dengan lancar dan selamat.

Awas Gayong!
Sedia!!
Dzat! Dzat!! Dzat!!!

Jumaat, 31 Julai 2026 Hari ini memang padu! Fokus latihan malam ini dimulakan dengan sesi kecerdasan (fitness), diikuti ...
01/08/2026

Jumaat, 31 Julai 2026

Hari ini memang padu! Fokus latihan malam ini dimulakan dengan sesi kecerdasan (fitness), diikuti pemantapan asas kekuda, tumbukan, tendangan, dan pancungan mengikut silibus.

Pengalaman buat ahli-ahli baru apabila sesi latihan kali ini menggunakan "kick pad"! Walaupun pertama kali, masing-masing tetap bersemangat dan berikan yang terbaik.
Latihan dikendalikan oleh Cikgu Hamzah Tajuddin Dan dibantu oleh Cikgu Tengku Faris , Cikgu Aidil Dan Ustaz CA Aineel Zihnee .

Teruskan usaha dan kekalkan momentum ini untuk jadi lebih mantap lagi pada masa hadapan.

Awas!
Gayong!!
Sedia!!!
Dzat! Dzat!! Dzat!!!

Masjid Jamek Fastabiqul Khayrat, Batu 3, Shah Alam & Subang Jaya

26/07/2026

Sorotan pemilihan silat olahraga zon petaling

Music by serunaifaqir72

Address

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Masjid Jamek Fastabiqul Khayrat Batu 3
Shah Alam
40300

Opening Hours

21:00 - 23:00

Telephone

+601131932036

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSSGMK MJFK BATU TIGA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share