06/06/2025
Stay tune for LunkerStik review by Chakoopz ๐ฏ
Wild Stream
PureFishing x OAG Worldwide
OAG Worldwide Sdn Bhd - Fishing Tackle Retail & Reseller
Fenwick Lunker Stick ยฐCreek Specialยฐ ft ABU Garcia Zenon 1000s..
Chakoopz berkesempatan utk melakukan uji cuba di lapangan sungai berbatu dgn paras air cetek, kebolehnampakan air p**a amat jernih, menambahkan lagi cabaran dimana ikan terlebih dahulu mampu mengesan kehadiran kita..
Maka, gewang2 kecil berkelas ultra ringan amat diharapkan dilokasi berkelas 'Creek / Aliran Kecil' bg meningkatkan potensi strike.
Dgn karakter lenturan lunkerstic yg fleksible (medium action), kadar 'recovery' nya juga baik serta padanan kekili spinning Zenon 1000s yg ultra ringan, lontaran dpt dibuat dgn amat baik sekaligus mampu menghantar gewang ke strike zone yg dikenal pasti.
Jom kita tgk spesifikasi rod lunkerstick ini :
Kod : LSS533ULG TH
Length : 5.3" / 3 Sections
Line : 2-6lbs
Lure Weight : 0.8 - 8.8g
Material : Spiral Veil (Carbon Fibre Core Blanks with Fenglass)
Ring : Fuji Slim O
Reel Seat : Custom Aluminium
Tapi bang, Fenglass ni apa p**ak?
Haa ini adalah ramuan rahsia dr Fenwick dalam kejuruteraan fibre glass, yg ni nanti boleh kita sembang di lain sesi..Lunker Stick ni model legend..Fenwick p**a bukan baru dlm pembuatan rod..
Malah salah 1 rod yg Chakoopz guna di lapangan hingga kini juga adalah dari Fenwick.
So, pengalaman bermain aplikasi ultra ringan di spot creek dapat digayakan dgn set up seperti ini..
Lenturan rod yg flexible dibantu dgn kemampuan reel Zenon 1000s spt nya membuatkan setiap cast adalah 'effortless'.
.bersambung..
02/04/2025
Dijemput datang ke kedai OAG Worldwide Sdn Bhd - Fishing Tackle Retail & Reseller ๐๐๐
Walaupun Penn ditubuhkan di USA, kami gembira untuk meraikan Hari Raya bersama rakan-rakan kami di Malaysia. Dengan kerjasama pengedar rasmi kami untuk Malaysia, Singapura, dan Brunei - OAG Worldwide, kami dengan sukacitanya mengumumkan Rumah Terbuka Hari Raya.
Kunjungi OAG Worldwide antara 5 April hingga 30 April untuk menerima hadiah percuma dari kami.
Langkah-langkah untuk layak menerima hadiah:
1) Like halaman Penn Malaysia
2) Kunjungi kedai OAG di Setia Alam untuk menebus hadiah anda!
Sebagai sebahagian daripada komitmen kami yang berterusan untuk memberikan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik kepada pengguna kami, OAG Worldwide akan terus menghormati semua jaminan oleh Purefishing Malaysia, dan akan terus menyediakan alat ganti untuk reel Penn!
Terhad kepada 500 beg cenderamata sahaja. Siapa cepat dia dapat.
Waze: https://waze.com/ul/hw281smwd5
Google Maps: https://maps.app.goo.gl/Re27TLkEWrY1LHw69?g_st=com.google.maps.preview.copy
01/03/2025
Dengan sukacita dari Pure Fishing Malaysia, Pengumuman bahawa OAG Worldwide Sdn Bhd - Fishing Tackle Retail & Reseller telah dilantik sebagai wakil Pure Fishing dan mengambil alih tugas kita sebagai pemborong dan servis selepas jualan di Malaysia, Singapore dan Brunei.
Kami ingin mengucap ribuan terima kasih kepada anda atas sokongan dan kepercayaan terhadap brand Fenwick kita selama ini dan kami pasti peralihan ini akan menbawa lebih manfaat.
Stay Tune, untuk berita dan aktiviti menarik yang akan datang dari OAG Worldwide Sdn Bhd - Fishing Tackle Retail & Reseller
Kemaskini Penting!
Mulai 1 Mac 2025, Pure Fishing Malaysia telah membuat keputusan komersial untuk menutup operasi jualan langsung di Malaysia dan beralih kepada model pengedaran. Pengedar baru Abu Garcia untuk Malaysia adalah OAG Worldwide Sdn Bhd - Fishing Tackle Retail & Reseller. OAG akan mengendalikan pengedaran semua jenama Pure Fishing di Malaysia, Singapura, dan Brunei.
Mulai 1 Mac, perubahan ini memberi impak berikut kepada anda:
1) Anda masih boleh membeli reel hebat kami di kedai peralatan memancing kegemaran anda.
2) Semua jaminan dari Pure Fishing Malaysia akan terus dihormati oleh OAG Worldwide Sdn Bhd, yang akan menguruskan tuntutan jaminan dan perkhidmatan reel.
Terlebih dahulu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan anda terhadap Abu Garcia selama ini. Di bawah pengedaran OAG, kami berharap dapat terus membawa kepada anda produk terbaik dan terkini yang ditawarkan oleh Abu Garcia.
17/01/2025
Akhirnya LunkerStik untuk stream fishing dah sampai guisss! ๐๐๐
PureFishing Malaysia
OAG Worldwide Sdn Bhd - Fishing Tackle Retail & Reseller
17/06/2024
Fenwick mengucapkan selamat hari raya haji bersama PureFishing Malaysia!
Selamat Hari Raya Haji!
Semoga hari raya ini dapat memperkukuhkan ikatan silaturahim antara kita dan semoga kita dirahmati atas segala pengorbanan kita.
Sekiranya p**ang ke kampung, hati-hati di jalan raya dan selamat p**ang ke kampung dari Pure Fishing Malaysia.
14/06/2024
Mengumumkan promosi terbaru daripada PureFishing Malaysia!
Dapatkan kotak gewang edisi terhad Abu Garcia secara PERCUMA untuk sebarang pembelian produk Abu Garcia, Penn, Fenwick, Plano, Pflueger, Ugly Stik dan Berkley melebihi MYR 300 daripada mana-mana peruncit sah kami.
Tuntut hadiah anda dengan 2 langkah mudah:
1) Whatsapp bukti pembelian anda ke 017-3380422.
2) Tebus hadiah anda daripada peruncit yang sama di mana anda membeli produk kami.
โจ Promosi sah selagi stok masih ada.โจ
PureFishing Malaysia