Kelab Madah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor

Kelab Madah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor

Share

Majlis Kebajikan, Kebudayaan Dan Riadah (MADAH) Pendaftaran (Cawangan Negeri Selangor)

Photos from Kelab Madah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor's post 24/11/2025

Festival Warisan dan Kesenian (FWaKes) JPN 2025 yang berlangsung meriah dengan penyertaan kakitangan JPN Selangor yang menonjolkan bakat dan kebolehan yang tersendiri dalam Nyanyian Solo & Tarian telah melabuhkan tirainya pada 23 November 2025.

23/09/2025

It is about the mentality of the players. The mentality has to be: We want to win every game.Motivation is the same. We have to fight until the endโ€ฆ Selesai Piala KPPN 2025

Photos from Kelab Madah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor's post 11/09/2025

โšฝ ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ก๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง | JPN SELANGOR ๐Ÿชช ๐Ÿ†š ROYAL WOLVEโ€™S ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ

Shah Alam, 8.30 malam : Satu Perlawanan Bola Sepak Persahabatan di antara JPN SELANGOR menentang ROYAL WOLVEโ€™S telah diadakan ARENA 26, Shah Alam pada 11 September 2025.

Dalam pertempuran taktikal selama 90 minit yang sengit, pasukan JPN Selangor akhirnya merentap kemenangan epik 4-3 menentang Royal Wolves, menjadikannya tonik semangat yang membara bagi menghadapi Piala KPPN 2025 pada 19 hingga 21 September ini.

Selepas mengharungi beberapa badai kekalahan dan keputusan seri yang menggoyahkan jiwa pemain sebelum ini, kemenangan epik muncul ibarat โ€œbangkitnya burung phoenix dari abuโ€ dimana semangat pemain yang tidak berbelah bahagi, bersedia untuk menakluki segala rintangan membuahkan hasil.

Tahniah diucapkan kepada barisan pemainยฒ JPN SELANGOR atas semangat kesukanan & juang yang yang tinggi

Photos from Kelab Madah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor's post 08/09/2025

๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ | ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚ - ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ-๐Ÿฒ๐Ÿด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, serta diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor, melalui Kelab Sukan, Rekreasi & Kebudayaan (MADAH) yang bertindak sebagai penyelaras kepada kontinjen perbarisan.

89 kontinjen telah mengambil bahagian dalam perbarisan tampil dengan penuh semangat patriotisme bagi menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68.

Bersama kita semarakkan semangat kemerdekaan, menghayati pengorbanan para pejuang negara, memperkukuhkan perpaduan dan menzahirkan rasa cinta tanah air dalam mendukung aspirasi Malaysia MADANI.

Photos from Kelab Madah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor's post 27/06/2025

โšฝ ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ก๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง | JPN SELANGOR ๐Ÿชช ๐Ÿ†š JPN PAHANG ๐Ÿชช

SETIA ALAM : Satu Perlawanan Bola Sepak Persahabatan di antara JPN SELANGOR menentang JPN PAHANG telah diadakan di JSA ARENA SETIA ALAM pada 26 Mei 2025.

Perlawanan Persahabatan ini lebih kepada persediaan & latihan bagi Pasukan Bola Sepak JPN Selangor bagi menghadapi PIALA KPPN 2025 yang dijangka akan diadakan pada bulan September 2025. Disamping itu perlawanan persahabatan ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan sesama JPN negeri lain.

Perlawanan yang berlangsung selama 90 minit berakhir dengan pasukan JPN SELANGOR tewas kepada pasukan JPN Pahang dengan skor jaringan 1-6. Perlawanan ini lebih kepada*eksperimen posisi, kecergasan , pemahaman taktikal & mental para pemain.

Tahniah diucapkan kepada barisan pemainยฒ JPN SELANGOR atas semangat kesukanan yang tinggi dan semoga perlawanan dapat mengeratkan hubungan antara kakitangan JPN SELANGOR & JPN PAHANG.

Biro Sukan

Photos from Kelab Madah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor's post 27/05/2025

Sukan Mini Persahabatan | JPJ SELANGOR ๐Ÿš“ ๐Ÿ†š JPN SELANGOR ๐Ÿชช

SHAH ALAM: Sukan Mini Persahabatan di antara JPJ SELANGOR ๐Ÿš“ menentang JPN SELANGOR ๐Ÿชช telah diadakan di Dewan Seri Setia JPJ Padang Jawa pada 27 Mei 2025.

Ping Pong ๐Ÿ“ & Badminton ๐Ÿธ adalah 2 jenis sukan yang terlibat dalam Sukan Mini Persahabatan yang dianjurkan JPJ SELANGOR ๐Ÿš“ kali ini. Perasmian Sukan persahabatan ini dirasmikan oleh YBHG. Dato Ahmad Kamaruzzaman bin Mehat Timb. Pengarah JPJ Selangor.

Ping Pong๐Ÿ“
JPN SELANGOR yang di Ketuai oleh En.Khairil (UKK) tidak tewas mudah kerana berjaya mencuri 2 mata dari set beregu lelaki & wanita yang dipimpin oleh En.Farhan (JPN K Damansara) ๐Ÿ‘๐Ÿ‘ tahniah kepada barisanยฒ pemain kerana berjaya membuatkan JPJ SELANGOR tidak menang mudah.
Keputusan Akhir_ :
JPJ SELANGOR 5๏ธโƒฃ JPN SELANGOR 2๏ธโƒฃ

Badminton๐Ÿธ
JPN SELANGOR yang di Ketuai oleh Pn Zurina (BKP) turut tidak tewas mudah kerana berjaya mencuri 1 mata dari set beregu mix double . Tahniah kepada pasukan๐Ÿธkerana berani mencuba beberapa regu lama & pemain baru Ammar (JPN Klang) & Eddy (UTC) bagi menghadapi JPJ SELANGOR ๐Ÿ‘๐Ÿ‘ tahniah lagi sekali kepada barisanยฒ pemain kerana berjaya membuatkan JPJ SELANGOR tidak menang mudah.
Keputusan Akhir :
JPJ SELANGOR6๏ธโƒฃ JPN SELANGOR1๏ธโƒฃ

Sekian,Terima Kasih

Biro Sukan

Photos from Kelab Madah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor's post 23/05/2025

Berita Kebudayaan

KLANG : Kelab MADAH JPN Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Rumah Abang Jamil,Klang bermula jam 1.00 petang hingga 5 Petang pada 27 April 2025. Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan dengan kehadiran para tetamu jemputan. Bertambah seri lagi dengan kehadiran Pengarah Bahagian Mekar & Korporat Tuan Mohammad Aโ€™sim bin Md Ali serta Personaliti Bekas Pengacara Wanita Hari Ini Pn. Irin Putri Azmi.

Turut hadir juga untuk memeriahkan majlis ialah kehadiran tetamu-tetamu wakil agensi kerajaan, serta seluruh warga kerja JPN Negeri Selangor dan keluarga.

Para tetamu disambut dengan juadah istimewa hari raya. Yang Dipertua MADAH JPN Selangor MUHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL RAHIM & Naib Yang Dipertua MADAH PN. NURUL HUDA BINTI MAโ€™AROF turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir sebagai simbolik kasih sayang dan keprihatinan.

Majlis ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Aidilfitri, malah mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua yang hadir. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.

Photos from Kelab Madah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor's post 23/05/2025

โšฝ ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ก๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง | KDN (FILEM) SELANGOR๐ŸŽฌ ๐Ÿ†š JPN SELANGOR ๐Ÿชช

SHAH ALAM : Satu Perlawanan Futsal Persahabatan di antara KDN (FILEM) SELANGOR menentang JPN SELANGOR telah diadakan di _FRENZY Arena Shah Alam_ pada 23 Mei 2025.

JPN SELANGOR yang di Ketuai oleh Rashid (BSK) berjaya menyusun gerakan asakan menarik yang diberikan untuk lawan.

Perlawanan yang berlangsung selama 60 minit berakhir dengan pasukan KDN (FILEM) SELANGOR tewas kepada pasukan JPN SELANGOR dengan skor jaringan 15-5.

Tahniah diucapkan kepada barisan pemainยฒ JPN SELANGOR atas Kemenangan ini serta semangat kesukanan yang tinggi dan semoga perlawanan dapat mengeratkan hubungan antara kakitangan JPN Selangor.

Sekian,Terima Kasih

Biro Sukan

Photos from Kelab Madah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor's post 22/05/2025

โšฝ ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ก๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง | JPJ SELANGOR ๐Ÿš“ ๐Ÿ†š JPN SELANGOR ๐Ÿชช

SHAH ALAM : Satu Perlawanan Bola Sepak Persahabatan di antara JPJ SELANGOR menentang JPN SELANGOR telah diadakan di Rhino Kv Arena Shah Alam pada 21 Mei 2025.

Lebih menarik lagi perlawanan ini, JPJ SELANGOR turut menampilkan bekas Pemain Utama Bola Sepak Kebangsaan Malaysia yang menjuarai AFF Suzuki Cup 2010 buat pertama kali dalam sejarah, Mahali Jasuli.

Walaubagaimana pun, JPN SELANGOR yang di Ketuai oleh Azhar (BKP) & Ketenangan tonggak pertahanan Azizi (JPN K.Sel) berjaya membimbing gabungan pemain lama & baru JPN SELANGOR dalam menyerap asakan yang diberikan pasukan lawan.

Tahniah diucapkan kepada barisan pemainยฒ JPN SELANGOR atas semangat kesukanan yang tinggi dan semoga perlawanan dapat mengeratkan hubungan antara kakitangan JPN Selangor.

Sekian,Terima Kasih

Biro Sukan

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Level 7 Plaza Masalam 2 Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E Seksyen 9
Shah Alam
40551